Wan Sukairi ketika sidang media selepas mesyuarat mingguan exco, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim. |
Kerajaan negeri akan menyelesaikan 16,289 penerima Dana Bakti Remaja yang belum menuntut bayaran itu di seluruh Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan negeri pimpinan Pas mahu memastikan pengagihan dana yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu diteruskan sebagai kesinambungan kebajikan dan kebaikan rakyat Terengganu.
Katanya, daripada keseluruhan 117,284 penerima dana berkenaan, 100,995 penerima sudah menebusnya sehingga 9 Mei lalu.