Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Terengganu mengadakan program turun padang membantu ibu tunggal yang kudung kaki, Rosiana Rosli, 37, di Kampung Padang Kemunting, Batu Rakit, hari ini, bagi memperbaharui kad pengenalan (MyKad) menerusi program Mobile Ehsan.
Turut serta, Pengarah JPN Negeri Terengganu, Mohd Nasir Kareem.
Menurut Mohd Nasir, perkhidmatan Mobile Ehsan merupakan program turun padang yang disediakan kepada orang kelainan upaya (OKU) dan pesakit terlantar seperti Rosiana yang tidak dapat bergerak sendiri ke JPN.
“Puan Rosiana perlukan bantuan untuk penggantian kad pengenalan diri. JPN sediakan kemudahan ini dengan kita turun sendiri ke lapangan sebagai kemudahan kepada pesakit terlantar, OKU dan juga warga emas.