Abdul Rahman ketika sesi sidang media sempena Ops HRA JPJ di Terminal Bas MBKT. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim. |
Sebanyak lapan kesalahan dikesan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu dalam Ops Sisih 3/2018 melibatkan pemandu dan pemilik bas sejak dilancarkan bermula 1 Jun lalu hingga semalam.
Pengarahnya, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, seramai 270 orang pemandu bas dari tujuh buah syarikat telah diperiksa dan terdapat lapan kes aktif iaitu lima kes melibatkan pemilik bas dan tiga kes bagi pemandu bas.