Antara pelajar yang menerima bantuan persediaan kemasukan ke IPT. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail |
Kerajaan negeri memperuntukan RM1.5 juta untuk diagihkan kepada 2,404 pelajar sebagai persediaan menyambung pelajaran ke peringkat matrikulasi, asasi dan diploma di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Berdasarkan jumlah itu, sejumlah RM808,950 diagihkan kepada 1,249 pelajar di Parlimen Marang, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, dan Kuala Nerus.