Halaman

03 June 2019

Kerajaan & Polis Terengganu Lancar Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Aidilfitri

KEMAMAN, 3 Jun - Kerajaan negeri bersama beberapa agensi yang diketuai oleh Polis Kontinjen Terengganu telah melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya untuk mendidik pemandu supaya lebih berhemah ketika memandu.


Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, kerajaan negeri berbesar hati dengan seluruh agensi kerajaan yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta beberapa pertubuhan yang menjayakan program itu.

02 June 2019

Santuni Pesakit Hospital Kemaman Melalui Lawatan Mahabbah

KEMAMAN, 2 Jun- PAS Kemaman mengadakan Lawatan Mahabbah ke Hospital Kemaman yang mana program ziarah berkenaan diadakan saban tahun pada bulan Ramadan.


Rombongan berkenaan diketuai Ahli Parlimen Kemaman Che Alias Hamid. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat, ADUN Kemasik Ir. Saiful Azmi Suhaili, ADUN Air Putih Razak Ibrahim, Penyelaras DUN Kijal Hazri Jusoh.


Hadir sama, Pengarah Akademi Duat Terengganu Ramalan Mahmood, Pegawai Khas Agama Pejabat Menteri Besar Terengganu Nik Muhammad Nasri Nik Malek, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Parlimen Kemaman Mohd Hafiz Adam serta Penolong Penyelia i-MiTS DUN Cukai Fainah Mat.

14 May 2019

RM16 Juta Dana Raya Terengganu Tahun Ini




KEMAMAN, 14 Mei - Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM16 juta untuk Dana Raya menjelang Aidilfitri, Jun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Haji Hanafiah Mat berkata, peruntukan itu dikira berdasarkan jumlah keseluruhan 32 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu.

Katanya, setiap DUN diperuntukkan sebanyak RM500,000 dengan jumlah penerima maksima adalah seramai 2,500 orang.

Katanya, setiap pemohon pula diberi RM200 seorang, bergantung kepada arahan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan dana berkenaan dijangka akan dimasukkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 28 dan 29 Mei ini.

08 May 2019

Kakitangan WDI Tidak Jadi Berpindah Ke Bangunan Baharu



KUALA TERENGGANU, 8 Mei- Keputusan kerajaan negeri untuk tidak memindahkan kakitangan ke Bangunan Wisma Darul Iman (WDI) yang baharu di Kampung Tanjung, dekat sini, mampu menjimatkan kos antara RM30 juta hingga RM40 juta.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata bangunan WDI setinggi 30 tingkat yang hampir 90 peratus siap itu pada awal cadangan pembinaan adalah Menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) membabitkan kos pembinaan RM180 juta.

27 April 2019

Forum Tautan Hati, Persiapan Menjelang Ramadan




KEMAMAN, 27 APRIL- Inisiatif Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai menganjurkan Forum Kuliah Dhuha DUN Chukai mendapat reaksi positif masyarakat sekitar yang membanjiri tapak program sehingga tamat.

Forum itu menampilkan dua panel masing-masing, penceramah bebas, Ustaz Haslin Baharim (Bollywood) dan Pengarah Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (Duat) Ustaz Ramlan Haji Mahmood dan moderator, Ustaz Izzuddin Ismail.

24 April 2019

Permohonan Walimatulurus Perdana 2019 Dibuka Mulai Hari Ini




KUALA TERENGGANU, 24 April- Permohonan mengikuti Program Walimatulurus Perdana 2019 yang dijadualkan berlangsung 17 Ogos hadapan mula dibuka hari ini (24 April).

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, program anjuran kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) itu turut mendapat kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

11 April 2019

Air Putih Sejahtera 1.0 Capai Matlamat



KEMAMAN, 11 April - Penganjuran Karnival Air Putih Sejahtera 1.0 baru-baru ini berjaya mencapai matlamatnya menjadi medan pertemuan pemimpin dan masyarakat apabila ramai yang hadir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim berkata, matlamat karnival berkenaan adalah untuk menjadi platform kepada kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat, medan pemimpin bertemu masyarakat dan kolaborasi antara Pejabat Khidmat Masyarakat, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), jabatan-jabatan kerajaan dan NGO.

01 April 2019

Sidang DUN : Kutipan Hasil Terengganu Berjumlah RM1.792 Bilion Tahun Lalu


KUALA TERENGGANU, 1 April - Kerajaan negeri telah mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM1.792 bilion tahun lalu dan menurun sebanyak RM280.34 juta berbanding tahun sebelumnya.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah bertitah, penurunan itu disebabkan oleh Terimaan Bukan Hasil berpunca daripada bayaran royalti minyak berkurang sebanyak RM317.57 juta atau 17.38 peratus.

28 March 2019

Fokus Isu Wanita Jadi Agenda Utama - Zuraida




KUALA TERENGGANU, 28 Mac - Kerajaan negeri akan memberi penekanan kepada empat permasalahan utama yang melibatkan kaum wanita di Terengganu. 

 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md. Noor berkata, pihaknya memfokuskan empat masalah utama itu dengan memastikan hak-hak mereka ditunaikan dan bukannya mengeksploitasi golongan ini untuk keseronokan dan keuntungan. 

Katanya, salah satu permasalahan melibatkan diskriminasi wanita dalam pekerjaan sedang ditangani dengan Terengganu menjadi contoh dari sudut mengiktiraf bakat dan kemampuan wanita dalam kemajuan negeri. 

26 March 2019

Zuraida Terima Anugerah Ikon Wanita Noor Arfa




KUALA TERENGGANU, 26 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md. Noor menyifatkan Anugerah Ikon Wanita Noor Arfa 2019 yang diberikan kepadanya sebagai pengiktirafan terbesar dalam perjuangan mengangkat martabat wanita di negeri ini.

Katanya, beliau berterima kasih kepada Noor Arfa kerana memberi anugerah yang sangat bermakna kepadanya yang masih baharu dalam kepimpinan dan politik negeri.

"Pengiktirafan dan kepercayaan yang diberikan terhadap diri saya yang masih lagi mentah berbanding mereka yang lebih berpengalaman dan telah mencurahkan banyak jasa serta sumbangan kepada golongan wanita amat saya hargai.