Halaman

30 April 2014

Perkhemahan Kadet Pertahanan Awam- Besut juara.

Sebahagian kadet yang menyertai perbarisan.
Oleh: Aminudin Ismail. 

SERAMAI kira-kira 250 Kadet Pertahanan Awam negeri ini berjaya menamatkan perkhemahan selama empat hari di sebuah resort di Setiu, hari ini.

Perasmian penutup perkhemahan itu dilakukan oleh Pengarah Jabatan Pertahanan Awan (JPAM) Terengganu, Lt. Kol (PA) Che Adam A, Rahman.

Sepanjang empat hari perkhemahan itu, anggota kadet itu didedahkan dengan pelbagai aktiviti, antaranya ialah Kawad Kaki, Menyelamat, Melawan Kebakaran dan Pertolongan Cemas.

Che Adam menyampaikan sijil penyertaan.
Che Adam, dalam ucapannya berkata objektif penubuhan Kadet Pertahanan Awam itu adalah untuk memberi kemahiran pertolongan cemas, melawan kebakaran, menyelamat yang boleh diguna pakai oleh pelajar.

"Selain memberi perkhidmatan sukarela kepada sesiapa yang memerlukan tanpa mengira bangsa, agama ataupun fahaman.

"Antara lain ia juga bertujuan untuk menanam semangat kerjasama diantara pasukan, semangat patriotisma dan semangat cintakan negara," katanya.

Turut hadir ialah Mohd Nazri Ismail, Penyelia Ko-kurikulum Jabatan Pendidikan Negeri yang mewakili Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Pegawai JPAM Daerah dan pengetua-pengetua beberapa sekolah menengah.

Dalam pada itu, Kadet Pertahanan Awam Daerah Besut sekali lagi menjadi juara keseluruhan pertandingan pada perkhemahan tahun ini selepas menang pada tahun lalu manakala tempat kedua ialah Daerah Setiu.
Doa memulakan majlis.

Che Adam memeriksa perbarisan.

tabik hormat dari Pengarah JPAM negeri.
Tetamu jemputan yang hadir.


Ketua kontinjen menerima sijil penyertaan.

Nazri Ismail menyampaikan hadiah pemenang aktiviti.

Kadet menerima hadiah.

Tetamu jemputan khas yang hadir



Sedia...Kadet Pertahanan Awam dalam perbarisan.