Halaman

03 May 2014

Demo Bantah GST: Menteri kesal wartawan di kasari

Khairy Jamaluddin.
Oleh: Aminudin Ismail.

MENERI Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin kesal terhadap kekasaran berlaku ke atas sekumpulan wartawan yang bertugas membuat laporan tentang demontrasi bantahan GST di Ibu Negara, kelmarin.

Bercakap kepada media selepas merasmikan satu program belia di Besut, semalam, Khairy berkata kehadiran wartawan ke tempat itu bukanlah untuk menghalang kumpulan pembantah GST itu tetapi untuk membuat liputan.

“Ini menunjukan bahawa, walaupun tidak boleh digunakan alasan bahawa Polis yang membuat apa-apa halangan provokasi terbukti bahawa penganjur demontrasi dan mereka yang hadir semalam, segelintir daripada mereka memang tidak dapat kawal emosi dan perasaan mereka.

“Dan ini kumpulan yang sama yang memperjuangkan hak kebebasan media tetapi jika memperjuangkan hak pembebasan media kenapa nak serang wartawan,” katanya.

Khairy berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap kumpulan terbabit sekiranya terbukti mereka bersalah kerana tidak mematuhi syarat perhimpunan.

“Saya harap ada tindakan tegas, sebab kita kena tunjuk bahawa walaupun kita dah ada akta perhimpunan awam dan kita bagi kebebasan kepada rakyat kita untuk buat perhimpunan secara aman tetapi bagi mereka yang tidak dapat mematuhi pada syarat-syarat yang masih lagi tidak dapat membuat perhimpunan secara aman diambil tindakan.

“Dan saya yakin penganjur demontrasi semalam pun akan setuju sekiranya tidak ambil tindakan kepada mereka yang telah melakukan kekerasan terhadap wartawan,” katanya.