Halaman

03 May 2014

Gajah Liar Bakal Pindah Ke Kenyir

Oleh: Suriati Ali

Kerajaan negeri bersedia menanggung kos mengendali kerja-kerja menangkap sekumpulam gajah liar yang mengamuk memusnahkan tanaman penduduk sekitar Hulu Setiu,.

 sekiranya mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Difahamkan, kira-kira 21 ekor gajah liar berkeliaran dan mengamuk di kawasan berkenaan sehingga meng¬ancam keselamatan penduduk sekitar selain merosakkan tanaman.

 Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri sanggup mengeluarkan belanja bagi tujuan itu di mana dianggarkan kira-kira RM40,000 hingga RM50,000 perbelanjaan untuk seekor gajah.

“Pihaknya sanggup memikul tanggungjawab itu kerana konsulton yang dilantik mempunyai jurulatih berpengalaman dan kakitangan yang mampu menangkap gajah-gajah liar itu.

 “Selepas ditangkap, kesemua haiwan liar itu akan ditempatkan di Kenyir Elephant Village (KEV) di Tasik Kenyir untuk dilatih dan dijadikan tarikan pelancong.

 “Pada masa ini, KEV hanya mempunyai sembilan ekor gajah dan masih memerlukan kira-kira 30 ekor lagi haiwan itu,’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Toastmaster Intrenational District 51 Annual Conference, di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Presiden Toastmaster International, George Yen. Toastmasters International adalah sebuah organisasi terkemuka dunia dalam pembangunan memperkasa komunikasi dan kepimpinan, Mempunyai 13,500 kelab di 116 buah negara di seluruh dunia yang membentuk rangkaian global.

 Sementara itu, George Yen, berkata keahlian dalam Toastmasters adalah salah satu pelaburan yang paling minima serta besar faedahnya untuk pembangunan kendiri.

 Katanya, mesyuarat Latihan Toastmasters adalah bengkel pembelajaran, di mana ahli dan peserta mengasah bahasa, pengucapan awam dan kemahiran kepimpinan dalam suasana tanpa tekanan.

 “Tidak ada tenaga pengajar dalam setiap mesyuarat latihan Toastmasters. Sebaliknya, ahli-ahli menilai persembahan dan penyampaian satu sama lain. Proses maklum balas adalah satu bahagian penting dalam kejayaan program ini.

 “Peserta mesyuarat juga memberi ucapan yang diberi nama tajuk bualan tanpa persediaan mengenai topik-topik yang diberikan, mesyuarat latihan tersebut merangkumi proses pembangunan kemahiran yang berkaitan dengan pengurusan masa, tatabahasa serta dilaksanakan mengikut prosedur parlimen,” katanya.