Halaman

13 February 2013

ADUN TEPOH SEDIA BERDEBAT DAP GANTI PAS

OLEH: Ruslan Abdul Rahman

Ahli Dewan Undangan Negeri Tepuh, Ustaz Haji Mohd. Ramli Haji Noh bersedia menyahut cabaran debat dari Pemuda Pas Terengganu.

Ketika dihubungi Teganukita, beliau berkata dia tunggu surat dari Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu dan jika Umno Negeri membenarkan debat itu, beliau sentiasa bersedia.

Beliau mengulas sebuah blog yang melaporkan Exco Dewan Pemuda Pas, Ustaz Hishamudin Karim akan mejemput Adun Tepoh itu berdebat berkaitan isu DAP ganti Pas.

Hishamudin yang berasal dari Mengabang Telipot juga Ketua Pemuda Pas Kemaman dalam sebuah blog pro pembangkang berkata, tidak ada satu pun kerusi pilihan raya di Terengganu diberikan kepada DAP, oleh itu tidak munasabah DAP ganti Pas.

Ustaz Haji Mohd. Ramli yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri berkata, di Selangor walaupun kerusi Umno didapati kurang tetapi yang menguasai kerajaan itu sekarang DAP, bukannya Pas.

 

Larangan pasang bendera parti di jambatan dan bulatan

Oleh: Aida Abd Rahman

Kerajaan negeri menggesa semua pemimpin dan penyokong politik supaya segera menurunkan bendera parti masing-masing yang dipasang di semua jambatan dan bulatan seluruh negeri ini kerana boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad said, berkata pihaknya sudah mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya mengeluarkan notis amaran kepada semua parti politik di kawasan masing-masing agar tidak memasang bendera di dua lokasi berkenaan.

“PBT meminta supaya semua bendera parti politik tidak dibenarkan sama sekali dipasang di jambatan sama ada sekarang mahu pun ketika kempen pilihan raya kerana kita menerima bantahan dan rungutan daripada orang ramai di mana jika bendera itu terjatuh di jalan raya, ia boleh mengakibatkan kemalangan serta mengancam nyawa terutama kepada penunggang motosikal.

“Selain jambatan, kita juga tidak membenarkan bendera dipasang di bulatan kerana boleh menghalang dan menjejaskan pandangan pengguna jalan raya,” katanya di sidang media selepas mesyuarat mingguan exco, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah.

Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, jika gagal mematuhi arahan berkenaan, PBT akan bertindak menurun dan merampas bendera berkenaan serta boleh dikenakan denda kepada mana-mana parti politik terbabit.

“Kita ada kuasa mendenda mereka, tetapi buat permulaan kita merampas dulu bendera berkenaan. Ini kerana apa jua pemasangan di kawasan PBT perlu mendapatkan kebenaran PBT terlebih dahulu, jadi kita berhak mengambil tindakan kepada mereka yang ingkar dengan amaran kita,” katanya.

Katanya, pihaknya juga kesal dengan tindakan parti pembangkang yang sewenang-wenangnya membuat pengubahsuaian pada tiang lampu di bandar ini untuk memasang bendera parti mereka sehingga mencacatkan pemandangan serta merosakkan harta benda awam.



Warga emas bersyukur terima BR1M 2.0

Oleh: Noraini Jusoh

"Saya sangat bersyukur kerana menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 lebih awal berbanding orang lain,” kata Selema Ahmad, 70.

Selema, dari Kampung Gemuroh antara salah seorang penerima BR1M 2.0 fasa pertama bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh yang mula diagihkan, hari ini.

Warga emas yang pernah menerima BR1M pada tahun lepas itu tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno yang sentiasa prihatin terhadap nasib warga emas sepertinya.

"Terima kasih kepada kerajaan yang cukup baik terhadap rakyatnya dan saya sangat bersyukur kerana terpilih untuk menerima sumbangan ini untuk dua tahun berturut-turut.

"Wang RM500 ini akan digunakan untuk perbelanjaan harian dan untuk membayar hutang,” ujarnya yang masih bekerja sebagai penoreh getah bagi menyara kehidupan.

Katanya, dia akan sentiasa memberi sokongan kepada kerajaan BN dan Umno dan mengharapkan bantuan tersebut diteruskan buat masa akan datang supaya nasib warga emas sepertinya terus terbela.

Sementara itu, Ibrahim Mohd Hasan, 70, seorang peneroka dari Felda Belara pula berkata, perasaan gembiranya tidak dapat digambarkan apabila namanya tersenarai sebagai penerima BR1M 2.0 pada kali ini.

"Saya sangat gembira menerima wang tunai RM500 ini dan akan gunakan untuk membeli kelengkapan keperluan harian keluarga terutamanya bagi bulan ini.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan BN dan Umno kerana tidak pernah membezakan fahaman politik dalam menjalankan tanggungjawab membantu rakyat yang memerlukan,” kata bapa kepada enam orang anak itu lagi.

Difahamkan, selain diberikan kepada lelaki atau perempuan yang menjadi ketua isi rumah dengan jumlah pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM3000 dengan syarat telah berkahwin, serta ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah, warga emas yang berumur 60 tahun ke atas juga turut mendapat keistimewaan untuk menerima BR1M berjumlah RM500.

 

MB dianggap tetamu paling istimewa

Oleh: Suriati Ali

 “Kehadiran Menteri Besar bersama rombongan untuk menjenguk suami dan anak yang terlantar sakit dianggap tetamu paling istimewa dan cukup bermakna.

 “Makna tidaknya, kunjungan itu turut memberi sumbangan wang tunai RM500 dan pelbagai barangan dapur mampu meringankan beban di mana sebelum ini hanya bergantung kepada wang sumbangan anak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Dato' Seri Haji Ahmad sentiasa prihatin dan cakna mengenai kesihatan penduduk

 “Dengan duit yang diberi itu boleh saya belanja untuk membeli ubat dan terus mendapatkan rawatan secara tradisional untuk suami dan anak ketiga saya,” katanya Minah Ahmad, 54 ketika ditemui dirumahnya, Kampung Bukit Anak Dara, Kijal, Kemaman, baru-baru ini.

Suaminya, Othman Kasim, 60 sudah lapan tahun terlantar sakit dan tidak mampu menguruskan diri. Manakala anak, Mohd Zaki Othman, 33, disahkan doktor menghidap penyakit usus, hampir dua tahun tidak mampu menjalankan sebarang pekerjaan.

Penderitaan Mohd Zaki mendapat perhatian Pegawai Perubatan Klinik Awana Kijal, Prof Dr Selvaraj Y Subramaniam turut serta dalam kunjungan itu dengan mengarahkan supaya mendapat rawatan segera di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Hadir sama isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud, 20 ahli Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kemaman dan 15 kakitangan Pusat Khimat Masyarakat DUN Kijal.

 Isteri pesakit, Rahmah Abu Bakar, 78, berkata terima kasih banyak kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri sebab sudi melawat suami, Abdul Karim Jusoh, 80 yang sudah sepuluh bulan terlantar akibat serangan strok.

 Katanya, kunjungan Dato’ Seri bersama rombongan lain cukup bermakna, selain sedikit sebanyak menghilangkan rasa sedih dengan apa yang dialami itu.

 "Segala nasihat Dato’ Seri dan doktor supaya terus tabah menjaga suami dengan memberi makanan berkhasiat, mengurut, dan tidak putus asa berdoa akan dituruti,” katanya.

 Pada hari sama, Dato’ Seri Haji Ahmad sempat meluangkan masa hampir sehari bagi melawat 11 pesakit dan uzur terlantar lain di Kampung (Kg) Darat, Kg Beris Nenas dan Kg Bukit Anak Dara, Kijal, Kemaman, dalam sempena Program Ziarah Orang Sakit,

 

Kereta kuda dan ATV Motor, mampu tingkat jumlah pelancong

Oleh: Suriati Ali 

 Pendekatan beberapa pemilik kereta kuda berhias dan ATV Motor memperkenalkan produk masing-masing di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu mampu meningkatkan jumlah pengunjung ke lokasi tersohor itu.

 Hampir setiap hari terutama cuti sekolah dan cuti hujung minggu, mereka setia menunggu pelancong yang ingin mendapat perkhidmatan yang disediakan.

 
Kereta kuda berhias yang mengenakan harga tambang RM5 untuk dewasa dan RM3 (kanak-kanak) setia menunggu pelanggan 

Pemilik Kereta Kuda Berhias, Puan Rohani Yusof, berkata dia bersama suami berusaha memperkenalkan kereta kuda berhias kerana ingin menambah kelainan selain bertujuan membantu kerajaan negeri menaikkan imej Pantai Batu Burok.

Katanya, permintaan pengunjung terhadap perkhidmatan itu sangat menggalakkan sehingga kadang-kala tidak mencukupi walaupun lebih 10 kereta kuda disediakan pelbagai pemilik.

 “Kadar harga yang dikenakan kepada pengunjung dewasa sebanyak RM5 dan kanak-kanak RM3 adalah berpatutan.

 “Kebanyakan pelancong luar Terengganu lebih gemar mendapatkan perkhidamatan kereta kuda berhias ini berbanding pelancong tempatan,” katanya ketika ditemui Teganukita.

 Katanya, mereka tertarik mungkin disebabkan sukar atau tiada perkhidmatan seumpama ini ditawarkan di tempat lain melainkan beca berhias.

 Pengerusi Kelab ATV Motor Kuala Terengganu (KMKT), Encik Tarmizi Shafie,38, berkata KMKT mula memperkenalkan aktiviti ATV Motor kepada pengunjung Pantai Batu Burok lima bulan lalu selepas mengetahui orang ramai turut berminat mengenai hobi lasak ahli kelab itu.

 Katanya, pada awalnya, dia bersama beberapa hanya sekadar ingin mencuba dengan membeli kenderaan itu sebanyak tiga buah. “Aktiviti itu semakin mendapat sambutan pengunjung terutama pelancong luar Terengganu selepas beberapa bulan diperkenalkan dan bilangannya terpaksa ditambah secara berperingkat-peringkat. “Sehingga kini, KMKT mempunyai 15 buah ATV Motor dengan mengenakan kadar bayaran sewa sebanyak RM15 bagi tempoh 15 minit,” katanya.

Bagai mimpi dapat tawaran tunai haji -Presiden MPP

Oleh; Esah Abdullah

“Tiada kata-kata yang mampu saya luahkan selain mengucap syukur dan terima kasih kepada kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

 “Memang saya tidak pernah menduga dan seperti bermimpi peluang ini datang kepada saya,” kata Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Encik Mohammad Marzuqi Zainal Adlan, 24,

Beliau telah tersenarai antara ketua MPP tiga universiti iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang ditawarkan oleh kerajaan untuk menunaikan fardu haji ke Makah tahun ini.

Perkara berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Dato’ Haji Jailani Ngah dalam Majlis Lawatan dan Ucapan bersama Pensyarah,Kakitangan dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA semalam.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer itu melahirkan rasa gembira kerana pemergian ke Baitullah merupakan impian semua umat Islam di dunia ini.

Mengulas keberkesanan transformasi yang diperkenalkan oleh kerajaan hari ini beliau melahirkan rasa kagum dengan wawasan kepimpinan negara yang tidak memingirkan ulamak sebaliknya menjadikan ia tunggak utama dalam apa juga urusan pentadbiran negara.

“Saya doakan pucuk pimpinan Dato’ Sri Mohd Najib meneruskan wadah yang mulia itu demi kejayaan ummah di negara ini serta mendapat kejayaan dan kemakmuran sepanjang hayat,” katanya.

Katanya, usaha Perdana Menteri memberi fokus dan pengiktirafan kepada ulamak merupakan suatu yang dibanggakan oleh seluruh rakyat sambil mengharapkan agama suci Islam terus berada ditakhta paling atas dalam apa juga perancangan yang dilaksanakan serta menjamin keharmornian negara.
 

HALANG TETAP HALANG, HALANG SAMPAI MEREKA HILANG....

Bahagian 2

INGAT DOK LAGI, EXCO NEGERI TIDAK BACA AL FATIHAH SOLAT JUMAAT DAN BUAT SUJUD SAHWI.....PERSOALANNYA BOLEHKAH RUKUN DIGANTI DENGAN SUJUD SAHWI? 

Oleh: Ruslan Abdul Rahman

SUATU PERISTIWA YANG PELIK TETAPI BENAR, tetapi ia adalah realitI yang benar-benar berlaku di MASJID KAMPUNG LINGAI, DUN BATU RAKIT.

Exco Kerajaan Negeri Terengganu yang datang mengambil alih tugas Imam asal bagi mengimamkan Solat Jumaat di Masjid Pecah Rotan pada 15 September 2000 TIDAK MEMBACA AL FATIHAH dalam solat berkenaan. Bagi penduduk dan para makmun yang menunaikan Solat Jumaat pada hari tersebut di masjid berkenaan tentu tidak lupa perkara tersebut.

Mungkin kerana keghairahan dengan kemenangan dan terlalu gembira MENDAPAT KUASA, Ahli Dewan Undangan Negeri merangkap Exco Kerajaan Negeri TERTINGGAL perkara RUKUN dalam Solat. Sedangkan Bacaan fatihah adalah bacaan rukun di dalam sembahyang, ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Ahmad:لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب

Maksudnya: Tidak wujud sembahyang yang sah bagi mereka yang tidak membaca fatihah dalam sembahyangnya

Seorang Exco Kerajaan lain yang bertaraf ‘Ketua Ulamak parti berkenaan” dalam satu Persidangan Dewan Undangan Negeri cuba mempertahankan rakannya dengan mengatakan Adun itu (yakni rakan sejawatnya) membaca al-Fatihah secara perlahan dan tidak didengari oleh makmun.

Tetapi sokongan dan usaha mempertahankan puaknya itu membawa rebah kerana beliau tidak mengetahui bahawa rakan Exconya itu membuat sujud sahwi di akhir solat Jumaat itu- yang membawa makna benarlah Exco Kerajaan yang bergelar Ustaz itu tidak membaca Al-Fatihah.


Sama ada dibolehkan atau tidak sujud sahwi bila meninggalkan rukun dalam Solat itu juga menjadi persoalan?

Ini kerana menurut jawapan yang diberikan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu tahun yang diterbitkan pada tahun 1988, berkaitan perkara ini berbunyi: Maka sesuatu fardu(rukun) yang tertinggal dengan lupa tidak boleh diganti dengan sujud sahwi atau dengan lainnya daripada perkara-perkara sunat sembahyang, bahkan hukumnya kiranya orang yang sembahyang itu teringat sebelum salamnya wajib ia mengerjakan yang tertinggal itu dengan serta merta kerana hakikatnya sembahyang tidak sempurna tanpanya.

Ini bermakna...Adun atau Exco Kerajaan Negeri benar-benar tidak membaca Al-Fatihah rukun solat- dan bila beliau menggantikan dengan sujud sahwi pun tidak betul kerana hukum menetapkan tidak boleh sesuatu yang rukun atau fardhu diganti dengan sujud sahwi, hendaklah dibaca semula apabila disedari tertinggal.



12 February 2013

MB turut meriahkan sambutan Tahun Baru Cina

Oleh: Kamarudin Mat Akib dan Rozita Abd Wahab 

Seperti kebiasaan, sambutan Tahun Baru Cina disambut pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini dengan penuh tradisi, termasuk persembahan tarian singa dan naga.

Bagi perayaan Tahun Baru Cina peringkat daerah Kemaman, para pemimpin negeri, termasuk Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek, turut hadir bagi memeriahkannya.

Perayaan tersebut yang diadakan di depan Muzium Kemaman, Chukai, malam kelmarin itu berlangsung dengan penuh meriah. Penganjuran acara itu bukan sekadar meraikan masyarakat Tionghua, tetapi bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum, tanpa mengira fahaman politik.



Ketibaan Menteri Besar dan isteri, To’ Puan Seri Norliza Mahmud disambut dengan persembahan tarian naga. Hadir sama di majlis itu, Ketua Pergerakan Wanita Umno Kemaman, Senator Hajah Rohani Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pegawai kanan kerajaan.



Menteri Besar Terengganu dalam ucapannya melahirkan rasa bangga kerana penyertaan ramai rakyat daripada pelbagai kaum menunjukkan masyarakat negeri ini hidup dalam harmoni dan dapat meraikan Tahun Baru Cina dalam keadaan aman.

Beliau berkata, keadaan itu dapat dilakukan hasil daripada sebuah kerajan yang diterajui oleh Barisan Nasional yang baik dan stabil dari segi ekonomi dan politik.

“Sambutan yang sebegini rupa dapat mengeratkan lagi hubungan masyarakat Kemaman yang telah terkenal sejak dulu lagi yang sentiasa bekerjasama antra kaum bagi memastikan daerah ini dapat dibangunkan seperti yang dirancang,” katanya.

Sementara itu Dato’ Seri Ahmad Shabery berkata, sambutan Tahun Baru Cina di peringkat daerah itu tahun ini adalah yang paling hebat berbanding tahun sebelum ini.

Beliau turut memuji Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang pandai berbahasa Cina dan bermain alat muzik Cina di mana kelebihan ini dapat memikat hati masyarakat berkenaan.

 “YAB. Perdana Menteri dalam Youtube telah membuat ucapan Selamat Tahun Baru Cina dalam bahasa Cina. Ini menunjukkan bahawa pucuk pimpinan kita dari atas sampai ke bawah mengamalkan konsep 1Malaysia.

“Perayaan Tahun Baru Cina adalah perayaan kita bersama yang dirayakan tanpa kira bangsa Melayu, Cina atau India.

Kita tunjukkan Kemaman adalah contoh terbaik bagaimana kita merayakan Tahun Baru Cina tanda kita adalah adik abang, kita bersatu, kita adalah keluarga yang besar,” katanya.

Program tersebut yang dihadiri kira-kira 15,000 penduduk di daerah Kemaman turut diserikan dengan persembahan pentas oleh artis jemputan.


 







Kerajaan hantar 800 imam dan pengerusi JKKK/JKKP tunai haji tahun ini

Oleh; Esah Abdullah

Kerajaan akan menghantar 800 orang imam dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Persekutuan (JKKP) seluruh negara untuk menunaikan fardu haji ke Makah tahun ini.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Dato’ Haji Jailani Ngah (gambar) berkata, jumlah tersebut termasuklah 400 imam dan 400 lagi ketua-ketua kampung termasuk dari negeri di bawah pemerintahan pembangkang yang belum pernah menunaikan haji.

“Setakat ini senarai nama imam dan ketua kampung yang terpilih untuk menjadi tetamu Allah itu sudah diterima dan surat tawaran kepada mereka akan dilakukan pada penghujung bulan ini atau awal Mac depan,” katanya dalam sidang media di Majlis Lawatan dan Ucapan bersama Pensyarah,Kakitangan dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini.

 Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Haji Ahmad Razif Abdul Rahman; Timbalan pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB haji Muhammad Ramli Noh dan Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr Yahya Ibrahim.

 Selain itu beliau turut membuat tawaran menunaikan haji tahun kepada Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) tiga universiti iaitu Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan UniSZA.

 “ Kerajaan amat menghargai peranan MPP dalam menyatupadukan pelajar, menjalankan aktiviti kebajikan serta menaikkan imej universiti,” katanya.

Dato’ Haji Jailani juga turut membuat tawaran yang sama kepada penyarah di UniSZA dan menyerahkan kepada Naib Canselor untuk memilih salah seorang kakitangannya yang belum pernah menunaikan Rukun Islam Kelima.

Pada majlis yang sama beliau turut menyerahkan sumbangan peribadi berjumlah RM10,000 kepada Tabung Kebajikan UniSZA sambil berharap UniSZA mampu bergerak bersama arus pembangunan negara.

Operasi Bersepadu JPJ tingkat kesedaran pemandu



Oleh:Mohammad Ishak 

Operasi Bersepadu  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama agensi penguatkuasa lain sudah memeriksa
50,222  kenderaan telah diperiksa dan daripada jumlah itu 9,537 buah sudah diambil mtindakan kerana melakukan pelbagai kesalahan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Solah Mat Hassan berkata, dalam operasi itu  seramai 1,500 anggota di seluruh negara itu dikerah bagi menjalankan operasi.

Katanya, untuk itu JPJ telah mengeluarkan 7.530 notis saman dan 4,654 notis-notis lain termasuk 203 kenderaan telah di sita .

Dalam Ops khas motosikal pula sebanyak 9,168 buah telah di periksa dan dari jumlah tersebut 1,838 diambil tindakan yang membabitkan dari 3,306 jenis kesalahan.

Berkaitan kes positif dadah pula, Solah memberitahu dalam ops yang dijalankan membabitkan 6 pemandu kereta, 14 penunggang motosikal dan 5 orang pembonceng yang kebanyakkan dari negeri Kedah, Selangor dan Pahang.

Beliau berkata demikian ketika menyertai Operasi Bersepadu JPJ dengan kerjasama Puspakom,\dan Polis Trafik di Kilometer 81 Jalan Kuala Terengganu-Jertih, Kampung Anak Ikan,dekat Jertih, hari ini.

Sementara itu Ketua Eksekutif PUSPAKOM, Mohamed Shukor Ismail dalam sidang media yang sama memberitahu sebanyak 500 pemilik kenderaan sendiri telah datang ke PUSPAKOM di seluruh negara ketika pihaknya menawarkan pemeriksaan percuma dari 29 Januari hingga 8 Februari lalu sempena Tahun baru Cina.

Katanya, kini pemilik keenderaan persendiri telah mula menyedari akan kepentingan pemeriksaan dilakukan kepada kenderaan mereka walaupun ianya tidak diwajibkan kepada mereka.