Halaman

12 February 2013

Operasi Bersepadu JPJ tingkat kesedaran pemandu



Oleh:Mohammad Ishak 

Operasi Bersepadu  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama agensi penguatkuasa lain sudah memeriksa
50,222  kenderaan telah diperiksa dan daripada jumlah itu 9,537 buah sudah diambil mtindakan kerana melakukan pelbagai kesalahan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Solah Mat Hassan berkata, dalam operasi itu  seramai 1,500 anggota di seluruh negara itu dikerah bagi menjalankan operasi.

Katanya, untuk itu JPJ telah mengeluarkan 7.530 notis saman dan 4,654 notis-notis lain termasuk 203 kenderaan telah di sita .

Dalam Ops khas motosikal pula sebanyak 9,168 buah telah di periksa dan dari jumlah tersebut 1,838 diambil tindakan yang membabitkan dari 3,306 jenis kesalahan.

Berkaitan kes positif dadah pula, Solah memberitahu dalam ops yang dijalankan membabitkan 6 pemandu kereta, 14 penunggang motosikal dan 5 orang pembonceng yang kebanyakkan dari negeri Kedah, Selangor dan Pahang.

Beliau berkata demikian ketika menyertai Operasi Bersepadu JPJ dengan kerjasama Puspakom,\dan Polis Trafik di Kilometer 81 Jalan Kuala Terengganu-Jertih, Kampung Anak Ikan,dekat Jertih, hari ini.

Sementara itu Ketua Eksekutif PUSPAKOM, Mohamed Shukor Ismail dalam sidang media yang sama memberitahu sebanyak 500 pemilik kenderaan sendiri telah datang ke PUSPAKOM di seluruh negara ketika pihaknya menawarkan pemeriksaan percuma dari 29 Januari hingga 8 Februari lalu sempena Tahun baru Cina.

Katanya, kini pemilik keenderaan persendiri telah mula menyedari akan kepentingan pemeriksaan dilakukan kepada kenderaan mereka walaupun ianya tidak diwajibkan kepada mereka.