Oleh: Mohammad Ishak
Kira-kira 10,000 penduduk di daerah Besut dijangka menyertai Program Gotong Royong Perdana Daerah Besut yang akan berlangsung sehari pada 15 Februari ini.
Program membabitkan agensi kerajaan, swasta, pertubuhan sukarela dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) itu bagi menceriakan seluruh kawasan daerah ini dengan persekitaran yang bersih.
Yang Di pertua Majlis Daerah Besut (MDB), Ibrahim Mohamad berkata, ia juga sebahagian sokongan penduduk Besut terhadap kempen Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 yang sedang berjalan sekarang.
Katanya, sasaran program itu termasuklah pejabat kerajaan, tempat awam, kawasan perumahan, tandas, pusat pelancongan, perkampungan tradisional dan kawasan perumahan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),
Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Pengerusi Mara, akan melancarkan program itu di Pantai Peranginan Air Tawar, Besut.
Katanya, semua wakil rakyat DUN dan Parlimen akan membuat pemantauan dengan helikopter sekitar daerah itu.
Beliau berkata hari gotong royong dan kebersihan itu diharap dapat membangkitkan kesedaran penduduk daerah itu dalam aspek menjaga kebersihan di kawasan masing-masing.