Seperti kebiasaan, sambutan Tahun Baru Cina disambut pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini dengan penuh tradisi, termasuk persembahan tarian singa dan naga.
Bagi perayaan Tahun Baru Cina peringkat daerah Kemaman, para pemimpin negeri, termasuk Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek, turut hadir bagi memeriahkannya.
Perayaan tersebut yang diadakan di depan Muzium Kemaman, Chukai, malam kelmarin itu berlangsung dengan penuh meriah. Penganjuran acara itu bukan sekadar meraikan masyarakat Tionghua, tetapi bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum, tanpa mengira fahaman politik.
Ketibaan Menteri Besar dan isteri, To’ Puan Seri Norliza Mahmud disambut dengan persembahan tarian naga.
Hadir sama di majlis itu, Ketua Pergerakan Wanita Umno Kemaman, Senator Hajah Rohani Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pegawai kanan kerajaan.
Menteri Besar Terengganu dalam ucapannya melahirkan rasa bangga kerana penyertaan ramai rakyat daripada pelbagai kaum menunjukkan masyarakat negeri ini hidup dalam harmoni dan dapat meraikan Tahun Baru Cina dalam keadaan aman.
Beliau berkata, keadaan itu dapat dilakukan hasil daripada sebuah kerajan yang diterajui oleh Barisan Nasional yang baik dan stabil dari segi ekonomi dan politik.
“Sambutan yang sebegini rupa dapat mengeratkan lagi hubungan masyarakat Kemaman yang telah terkenal sejak dulu lagi yang sentiasa bekerjasama antra kaum bagi memastikan daerah ini dapat dibangunkan seperti yang dirancang,” katanya.
Sementara itu Dato’ Seri Ahmad Shabery berkata, sambutan Tahun Baru Cina di peringkat daerah itu tahun ini adalah yang paling hebat berbanding tahun sebelum ini.
Beliau turut memuji Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang pandai berbahasa Cina dan bermain alat muzik Cina di mana kelebihan ini dapat memikat hati masyarakat berkenaan.
“YAB. Perdana Menteri dalam Youtube telah membuat ucapan Selamat Tahun Baru Cina dalam bahasa Cina. Ini menunjukkan bahawa pucuk pimpinan kita dari atas sampai ke bawah mengamalkan konsep 1Malaysia.
“Perayaan Tahun Baru Cina adalah perayaan kita bersama yang dirayakan tanpa kira bangsa Melayu, Cina atau India.
Kita tunjukkan Kemaman adalah contoh terbaik bagaimana kita merayakan Tahun Baru Cina tanda kita adalah adik abang, kita bersatu, kita adalah keluarga yang besar,” katanya.
Program tersebut yang dihadiri kira-kira 15,000 penduduk di daerah Kemaman turut diserikan dengan persembahan pentas oleh artis jemputan.