Halaman

30 June 2013

CUKUP-CUKUPLAH

Oleh: Putera Pesisir Air 


Sudah cukup, cukup sudah, cukup sampai di sini saja, daripada batin terseksa, lebih baik ku pergi saja.

Lirik lagu ini sesuai sekali untuk kita tujukan kepada pakatan pembangkang (DAP,PKR dan PAS) supaya cukuplah menipu rakyat.

Cukuplah berjanji yang bukan-bukan pada rakyat, cukuplah menimbulkan huru-hara kepada negara dan masyarakat.

Cukuplah menimbulkan kesesatan kepada umat Islam dengan berbagai fatwa dan penyelewengan dan sebagainya lagi hingga kehidupan rakyat dalam keadaan aman harmoni menjadi terancam akibat dari perbuatan puak-puak ini.

Melihat dari gelagat kumpulan pembangkang (DAP-PKR-PAS) yang tidak mampu berfikir, sudah cukup untuk kita buat kesimpulan yang pakatan mereka tidak diperlukan oleh negara dan negeri kita.

Apakah kita mahu bersekongkol dengan golongan yang menyokong fahaman pluralisma iaitu semua agama sama sahaja, termasuk Islam?

Apakah kita mahu bersama golongan yang mengamalkan kebebasan sex termasuk LGBT yang bersama-sama dengan Anbiga dalam memperjuangkannya atas nama hak kebebasan asasi manusia.

Sanggupkah kita bersama dengan golongan ini yang mahu menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu, menentang kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, meminggirkan Raja Raja kerana DAP mahukan sebuah negara Republik?

Teganya kau menari di atas tangisanku, kau permainkan sesuka hatimu, sudah cukup cukup sudah, cukup sampai di sini saja.

Baca, faham, selidiki dan sebarkan kepada rakan-rakan supaya kita tidak mudah terpedaya dengan taktik kotor Pakatan Penipu. Sayangi Malaysia kerana hanya Malaysia bumi milik kita!

Baca tulisan fellow kanan UKM ini dan insafilah: Tidak lama dulu akhbar tempatan heboh dengan satu majlis makan malam di Hotel Red Rock Pulau Pinang anjuran Ahli Parlimen DAP dari Jelutong yang dihadiri sekumpulan 35 orang paderi Kristian yang dikatakan berikrar mahu menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi negara ini.

Dikatakan juga bahawa parti itu sudah bersetuju bekerjasama dengan pihak Kristian bagi menjayakan misi berkenaan dalam jangka masa 10 tahun.

Juga didedahkan perancangan mereka hendak mengkristiankan orang Melayu seperti yang sudah dilakukan di beberapa bandar di Sarawak termasuk Sibu dan Miri.

Pendedahan itu dibuat oleh bekas anggota kuat dan berpengaruh DAP Pulau Pinang, Mohamad Razali Abdul Rahman, dalam beberapa ceramahnya selepas insaf dengan apa yang dilakukan parti yang amat kuat didukungnya pada suatu ketika.

 Beliau kemudian dipecat parti itu selepas membuat pendedahan terbabit. Razali juga membuat laporan polis pada 13 Mei 2011, di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Georgetown, mengenainya tetapi hingga kini tidak pula diketahui apakah hasil siasatan polis.

Hanya kerana kuasa Inilah sebenarnya perjuangan parti yang bersekongkol dengan PAS hanya kerana mahu mendapat kuasa.

 Oleh kerana mahukan kuasa, Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat bersedia pula bekerjasama dengan DAP walaupun Pengerusi DAP, Karpal Singh, pernah berikrar akan menentang habis-habisan usaha mewujudkan undang-undang syariah dalam negara ini.

Tidak kurang menarik pendedahan Razali itu ialah mengenai strategi DAP untuk menawan Putrajaya. Memang tidak ganjil bagi sebuah parti politik mengadakan strategi untuk memenangi pilihan raya dan dengan itu dapat menerajui kerajaan.

Usaha ini sudah jelas dilaksanakan gabungan pimpinan bapa dan anak dalam parti itu, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang beriya-iya mahu menonjolkan DAP sebagai parti dominan dalam pembangkang.

Dalam keghairahan mereka itu, Kit Siang mempertaruhkan masa depan politiknya bertanding di Gelang Patah, Johor dengan harapan menerajui usaha pembangkang meresapi kubu kuat UMNO tetapi beliau kini terpaksa pula berhadapan dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. Walaupun kawasan itu mempunyai majoriti pengundi Cina, Abdul Ghani yang dikatakan mempunyai pengaruh kuat dalam kalangan orang Cina Johor tentunya mempunyai harapan mendapat sokongan mereka.

Ini masanya bagi pengundi Cina membuktikan bahawa mereka bukan perkauman dengan memberi sokongan kepada Ghani.

Apa yang menarik daripada pendedahan bekas Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang itu yang juga Timbalan Ketua Pemuda DAP negeri terbabit, mengesahkan pandangan ramai terhadap parti yang dianggap cauvinis.

Pendedahan Razali menguatkan lagi anggapan ramai terhadap sifat dan perjuangan perkauman parti itu. Beliau mengakui sudah diberi kepercayaan melaksanakan pelbagai rancangan yang menekan orang Melayu di pulau itu dengan menyandang jawatan sebagai Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam.

Antara tugas utamanya dalam kerajaan negeri ialah merancang bagaimana mahu mengusir orang Melayu keluar dari Pulau Pinang dan sudah terbabit secara langsung dalam isu tanah orang Melayu, termasuk di Pokok Asam, Jelutong, Balik Pulau, Bayan Mutiara dan pelupusan rancangan membina sebuah masjid yang berharga RM125 juta dengan memberikan tapaknya untuk sebuah bangunan komersial.

Beliau juga mengakui bertanggungjawab merancang usaha merampas tanah orang Melayu dan merobohkan kedai orang Melayu kerana tidak menyokong DAP. Bagaimanapun, peniaga Cina yang diketahui penyokong pembangkang tidak diusik langsung walaupun tidak mempunyai lesen berniaga.

Memandangkan dia sudah diberi kepercayaan oleh Guan Eng, tentunya Razali mengetahui banyak hal mengenai perjuangan dan tindakan parti yang tidak didedahkan kepada khalayak.

Lebih-lebih lagi kerana dia dilantik menjadi penasihat yang dipercayai oleh Ketua Menteri itu dengan menyandang pelbagai jawatan penting parti termasuk menjadi Pegawai Tugas-Tugas Khas Ketua Menteri, selain Setiausaha Publisiti DAP negeri.

Yang agak mencemaskan ialah pendedahannya terhadap keghairahan parti itu menggunakan pegawai Zionis Yahudi sebagai penasihat perancangan dengan melatih dan menasihat satu jawatankuasa sulit 17 orang pakar strategi yang juga dianggotai Razali, satu-satunya orang Melayu serta seorang India.

Yang lainnya berbangsa Cina. “Kami dilatih oleh pakar dari luar negara. Saya dilatih hampir tiga tahun oleh pihak Israel. Tiga tahun saya berada di bawah naungan Israel.”

 

29 June 2013

Taman Pra Tahfiz Perkaya bantu anak yatim celik Al-Quran

Oleh: Noraini Jusoh

Atas dasar keprihatinan untuk menjaga kebajikan anak-anak yatim di negeri ini khususnya berkaitan ilmu agama, mendorong Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Perkaya) cawangan Kuala Terengganu membuka sebuah pusat bagi membantu anak yatim mempelajari ilmu al-Quran.

Pengerusi Perkaya Kuala Terengganu, Haji Yusof Abd. Karim berkata, kemurahan hati seorang hamba Allah mewakafkan sebuah rumah banglo di Kampung Beladau Kolam melancarkan hasrat tersebut dan membolehkan Taman Pra Tahfiz Perkaya mula dibuka pada 1 April lalu.

"Setakat ini, ia disertai 22 murid lelaki tahun empat dan lima yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam.

"Program ini memberi penekanan kepada mereka yang kurang faham dan tidak mahir Al-Quran dengan diajar tenaga pengajar berpengalaman yang terdiri daripada seorang guru tahfiz serta dua warden yang tahu tentang ilmu Al-Quran,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Teganukita di Majlis Sumbangan Pakaian Raya Anak Yatim Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Terengganu 2013, di Kompleks Seri Iman, kelmarin.

Katanya, selain mengajar anak-anak yatim supaya mereka celik al-Quran, ilmu akademik yang lain turut tidak dilupakan.

"Selepas habis sesi persekolahan, anak-anak yatim ini akan balik ke asrama di pusat berkenaan untuk mengikuti kelas al-Quran,” katanya.

Menurut beliau, semua pelajar di pusat tersebut adalah lelaki kerana pihaknya berpendapat mereka lebih mudah untuk bergaul dengan masyarakat setempat terutamanya dalam membantu menunaikan fardu kifayah seperti menyertai sembahyang jenazah sekiranya terdapat kematian, tahlil dan sebagainya.

"Secara tidak langsung, program ini dapat memberi peluang kepada anak yatim lelaki dalam daerah Kuala Terengganu mengikuti program yang sepenuhnya ditanggung dan apa yang lebih bermakna mereka dapat mengaplikasikan pengalaman ini apabila dewasa nanti,” ujarnya.

Katanya, setakat ini hanya terdapat sebuah Taman Pra Tahfiz Perkaya di Beladau Kolam dan insyaallah pada tahun hadapan sebuah lagi akan dibuka di Jerangau, Dungun.

"Pengambilan baru bagi Taman Pra Tahfiz Beladau Kolam akan dibuat pada tahun hadapan dengan menjalankan temuduga terlebih dahulu kepada mereka yang memohon dan mengutamakan pelajar yang buta al-Quran.

"Anak yatim lelaki yang kehilangan bapa, ataupun kehilangan ibu bapa kedua-duanya sekali dan terdiri daripada murid tahun empat dan lima boleh memohon untuk belajar al-Quran di pusat ini,” ujarnya.

Katanya, pengambilan baru pada tahun hadapan dibuka kepada 15 pelajar sahaja kerana kapasiti pusat tersebut hanya dapat memuatkan 40 pelajar sahaja pada satu-satu masa.

"Harapan saya, semoga Taman Pra Tahfiz Perkaya ini akan terus berkembang ke daerah-daerah lain dan pada masa akan datang pihak kami bercadang untuk membuka pusat khusus kepada pelajar yatim perempuan untuk mereka belajar al-Quran.

"Dari semasa ke semasa kita akan lakukan penambahbaikan terhadap pusat ini untuk memastikan nasib anak-anak yatim di negeri ini terus terbela,” ujarnya.

 

Penduduk Kg Surau Hj Yaacob dapat masjid baru

Oleh : Amirullah Othman 

Penduduk kampung Kampung Surau Haji Yaacob sangat gembira apabila masjid baru yang telah lama diidamkan telah siap di bina dengan kos RM 3.4 juta.

Jurutera Daerah, Pejabat Agama Daerah menyempurnakan proses penyerahannya kelmarin dan dijangka Masjid Surau Hj. Yaacob ini boleh digunakan pada minggu hadapan.



Encik Zaidi Muda calon Barisan Nasional dalam PRU 13 yang lalu melahirkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana apa yang diperjuangkan oleh beliau selama ini telah termakbul dan penduduk Kampung Surau Hj Yaacob telah mendapat tempat ibadat yang lebih besar dan selesa.

Ini merupakan satu projek daripada kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa membantu setiap permasalahan rakyat dan telah membina banyak masjid di seluruh negeri Terengganu.

Ruang dewan untuk pelbagai kegunaan juga telah di bina di bahagian atas masjid. Sebarang aktiviti boleh dijalankan seperti kursus perkahwinan,kursus pengurusan jenazah dan sebagainya.

Boleh kita lihat pada ukiran mimbar dan ayat-ayat suci Al-Quran sangat cantik dan memukau pandangan kerana kehalusan seni binanya.

 Ini menunjukkan negeri Terengganu memang sesuai dengan gelarannya “Darul Iman”.

 

28 June 2013

Biro Penerangan UMNO Besut akan digerakan segera

Oleh: Mohammad Ishak

Umno Bahagian Besut akan memperkukuhkan jenteranya terutama biro penerangan bagi memberi penjelasan pelbagai isu yang akan dibangkitkan pihak pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Pengerusi Biro Penerangan Umno Bahagian itu, Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman berkata, satu mesyuarat khas biro berkenaan akan diadakan Ahad ini untuk menyusun atur program parti yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh kempen PRK berkenaan.

Katanya, mesyuarat itu akan dipengerusikan sendiri oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia,Datuk Ahmad Maslan,akan membincangkan pelbagai perkara termasuk isu-isu yang bakal dicetuskan pihak pembangkang.

Wan Zakaria yang pernah menjadi wakil rakkyat kawasan itu selama tiga penggal berkata, pertandingan merebut kerusi DUN Kuala Besut, dijangka menarik kerana ia PRK pertama selepas PRU13 baru-baru ini.

Bagaimanapun,katanya, pengalaman beliau selama 15 tahun mewakili rakyat di kawasan itu harapan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi itu amat cerah sekali.

Katanya, biro penerangan akan digerakkan mulai sekarang secara tersusun termasuk menggunakan media social untuk menangkis isu-ius yang akan dibangkitkan pembangkang selan mengetengahkan janji kerajaan BN.

Beliau berkata, kehadiran Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan  diharap dapat membantu memperkemaskan jentera peneragan partri di peringkat bahagian dan kawasan.

Wan Zakaria berkata, pengundi di DUN Kuala Besut, menaruh harapan besar BN kekal di kawasan itu kerana masih banyak projek pembangunan untuk golongan nelayan akan dilaksanakan kerajaan.

Beliau berkata, sepanjang tempoh perkhidmatan bekas ADUN, Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar menjadi wakil rakyat sudah banyak kemudahan untuk rakyat disediakan di kawasan itu termasuk Pulau Perhentian.

Katanya, masalah penempatan penduduk yang sering dilanda hakisan ombak di persisiran pantai juga akan diatasi apabila sebuah rumah pangsa yang dibina kerajaan negeri sudah siap dan akan diagihkan kepada pemohon tidak lama lagi.

“Saya yakin BN akan terus kekal di DUN Kuala Besut kerana rakyat sudah matang selain penduduk Besut memang menolak kehadiran pembangkang” katanya.,

Pertunjukan Paramotor Antarabangsa Terengganu 2013

Oleh: Noraini Jusoh

Majlis Pengakap Negeri Terengganu (MPNT) bersama Kelab Paramotor Walis mengadakan Pertunjukan Antarabangsa Terengganu 2013 di Kawasan Tambakan Hujung Tanjung Seberang Takir, Kuala Terengganu bermula hari ini sehingga 30 Jun.

Setiausaha Kehormat MPNT, T. Ahmad Shabirin Awalludin berkata, seramai 25 peserta dari dalam dan luar negara mengambil bahagian pada acara kali ini.

"Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan negeri, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee akan menyempurnakan majlis pelancaran pertunjukan ini pada 29 Jun di lokasi yang sama pada sebelah petang.

"Selain memperkenalkan sukan paramotor sebagai salah satu aktiviti sukan lasak dan sukan pelancongan di negeri ini, tujuan pertunjukan ini diadakan adalah untuk menjadikan Seberang Takir sebagai hub penerbangan paramotor yang mampu menerima penerbang dari dalam dan juga luar negara,” ujarnya.

Katanya, pihak penggiat dalam aktiviti sukan paramotor telah mengenalpasti lokasi di Hujung Tanjung Seberang Takir sebagai salah satu kawasan yang paling strategik di Malaysia untuk menjalankan aktiviti tersebut.

"Mereka bercadang untuk memindahkan destinasi penerbangan yang diadakan di Jurga, Selangor sebelum ini ke Terengganu memandangkan kawasan Seberang Takir dari struktur geografi dan pengurusan logistiknya adalah yang terbaik,” ujarnya.

 

Tesdec rangka strategi jangka pendek berasas perkembangan ekonomi

Oleh: Aida Abd Rahman

Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec) merangka strategi jangka pendek bagi tempoh setahun berdasarkan jangkaan peningkatan pelaburan asing dan domestik tiga sektor utama negeri terutama  bioteknologi, minyak dan gas serta perkilangan seluruh Terengganu.

Pengerusi Lembaga Pengarah Tesdec, YB Mohd Mahdi Musa, berkata berasaskan itu, pusat kemahiran itu merangka beberapa program kemahiran kepada belia lepasan sekolah dan program peningkatan kemahiran berasaskan industri untuk lepasan ijazah dan diploma bagi melahirkan tenaga kerja terlatih selaras dengan perkembangan ekonomi negeri.


“Bagi program kemahiran kepada belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan golongan pekerja, Tesdec akan memberi tumpuan terhadap tenaga kera di bidang minyak dan gas,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Taklimat Kepada Lembaga Pengarah Tesdec di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, Pulau Duyung, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Hadir sama, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Tesdec, Haji Che Razali Adis.

YB Mohd Mahdi yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia negeri, berkata program utama yang mampu memberi peluang pekerjaan yang luas seperti Kimpalan 6G dan Kimpalan Aluminium; Pemasangan Paip Gas; Juruelektrik dan Pelukis Pelan Senibina turut disediakan Tesdec.

Katanya, Tesdec turut melaksanakan program latihan pra pekerjaan bagi membekalkan tenaga kerja mahir kepada industri yang akan membina kilang dan menjalankan operasi di negeri ini.

“Kerjasama dengan syarikat CJ Bio bagi menyediakan tenaga kerja di bidang Bioteknologi dan Eastern Steel Sdn Bhd bagi tenaga kerja dalam industri keluli.

“Sementara bagi program peningkatan kemahiran industri untuk lepasan ijazah dan diploma, pada tahun ini Tesdec akan menawarkan beberapa kursus latihan yang menjadi keperluan semasa negeri, iaitu Bioteknologi; Selaman Laut Dalam (Skim Akreditasi Penyelam Australia (Adas), Australia); ISO 29001 untuk Industri Minyak dan Gas; ` ISO 50001 for Energy Management Systems’ dan Sistem Keselamatan Teknologi Maklumat,” katanya.

Selain itu, pusat kemahiran itu juga akan terus melaksanakan program T-Gas (Terengganu Graduate Attachment Scheme).

 Katanya, bagi merealisasikan segala perancangan latihan ini, Tesdec juga sudah dan akan menjalinkan kerjasama dengan beberapa pihak yang terdiri daripada agensi kerajaan seperti SIRIM, Biotechcorp dan lain-lain.

 “Sementara bagi menjamin piawaian dan kualiti latihan yang dilaksanakan mampu bersaing di pasaran global, Tesdec turut menjalinkan hubungan dengan pihak antarabangsa seperti TWI of UK (bidang kimpalan), Adas Austalia (bidang selaman komersial) dan sebagainya.


PKJM dijangka dapat sambutan

Oleh: Suriati Ali 

Lebih 20,000 pengunjung dijangka hadir pada Program Karnival Jualan 1Malaysia (PKJM), di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu yang berlangsung selama empat hari dan berakhir 30 Jun ini.

 Terdapat 48 gerai pameran dan jualan disediakan yang melibatkan usahawan dari pelbagai negeri iaitu, Pahang, Kelantan, Melaka, Pulau Pinang, Johor dan Selangor.

 PKJM sebagai wardah untuk menyebarkan maklumat , selain memupuk budaya keusahawanan di kalangan masyarakat setempat, terutama bagi mereka yang berminat dalam bidang itu pada masa kelak.

Ketua Eksekutif Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia, Dato’ Hafsah Hashim, berkata minggu PKJM mempamer dan memperkenalkan produk serta perkhidmatan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) selain mampu memupuk kesedaran lebih meluas lagi di kalangan orang ramai.

“Dengan adanya program seumpama ini. Ia mampu menyediakan akses yang lebih meluas terhadap kemudahan yang disediakan oleh pelbagai pihak kepada IKS, termasuk berkaitan bantuan kewaan dan pembiayaan.

 “Pihak kami yakin, masih banyak lagi usaha yang boleh dibuat bagi membantu usahawan Terengganu melebarkjan sayap perniagaan masing-masing, bukan sekadar sumber pendapatan bulanan,” katanya ketika berucap pada majlis itu, semalam .

 Dato’ Hafsah berkata, sebagai mengiktiraf pentingnya sumbanagan mereka dalam pembangunan serta kemajuan ekonomi, sambutan PKJM dirangka dan diadakan serentak di seluruh negara bermula tahun lepas.

“Pendekatan itu mampu memberi peluang kepada usahawan menonjolkan produk ke pasaran lebih terbuka, bukan saja di peringkat kampung atau kenalan dan saudara,” katanya .

.

27 June 2013

Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar minta anak jadi doktor.


Nurul..berazam memenuhi harapan ayah menjadi doktor.

Oleh: Mohammad Ishak

“Saya akan berusaha menunaikan permintaan ayah untuk menjadi seorang doktor seperti yang Allahyarham pesan sebelum meninggal dunia,” kata anak bongsu, Dr A Rahman Mokhtar.

Harapan ayah itu disampaikan beberapa hari sebelum arwah dimasukkan ke Hospital Besut,Khamis lalu sebelum dipindahkan ke HSNZ yang meminta salah seorang daripada anaknya mengikut jejak langkah beliau menjadi seorang doktor.

Nurul Najihah,18, yang baru selesai menamatkan pengajian metrikulasi sedang menunggu keputusan dari universiti untuk pengajian dalam bidang kedoktoran.

 “Arwah ayah memberi harapan tinggi agar saya akan menjadi seoang doctor untuk memberi khidmat kepada rakyat,” katanya ketika ditemui  semalam.

Nurul anak kempat daripada empat beradik berjanji akan memenuhi permintaan arwah ayahnya yang sememangnya mahukan saya menjadi doktor.

Beliau yang ditemani ibunya, Azizah N Omar berkata, arwah menyampaikan permintaan itu dihadapan semua adik beradik dan ibunya beberapa hari sebelum diserang penyakit.

“Insyaalah saya akan berusaha untuk mewarisi kerjaya arwah ayah selain meemberi khidmat kepada orang ramai,” katanya.

Sementara itu, ibu Allahyarham, Mek Embong Chik,80, berkata beliau reda dengan pemergian anak kedua daripada empat beradik itu.

Katanya, beliau bersyukur kerana berada disisi anak kesayangannya ketika arwah menghembuskan nafas terakhgir di HSNZ Kuala Terengganu. Menurutnya, walaupun sedih dengan kehilangan dengan seorang anak yang banyak berjasa kepada keluarga dan rakyat beliau tetap meredainya.

 “Allahyarham sangat mementingkan keluarga dan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat ketika berkhidmat sebagai ADUN Kuala Besut,” katanya. Mek Embong berkata, kesemua empat anaknya lelaki dan masih hidup dan bekerja sendiri. 

533 anak yatim terima sumbangan pakaian raya

Oleh: Noraini Jusoh

Seramai 533 anak yatim yang terdiri daripada murid tahun tiga dan enam dari 77 sekolah rendah dalam daerah Kuala Terengganu menerima sumbangan pakaian raya dalam satu majlis yang dianjurkan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Perkaya) di Kompleks Seri Iman, hari ini.

Pengerusi Perkaya Cawangan Daerah Kuala Terengganu, Haji Yusof Abd Karim berkata, Perkaya tidak pernah melupakan anak-anak yatim yang kurang bernasib baik dengan meraikan mereka di majlis-majlis tertentu atau memberikan pakaian raya yang disumbangkan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat, badan korporat mahupun orang perseorangan.

"Alhamdulillah, program kali ini berjalan lancar dengan kehadiran hampir 95 peratus murid daripada sekolah terpilih dan selebihnya yang tidak dapat hadir pakaian raya masing-masing akan diserahkan kepada wakil guru mereka.

"Kita mengambil masa selama tiga minggu untuk membuat pemilihan pelajar yang layak dan kerjasama yang diberikan oleh sekolah yang terlibat amat memuaskan dan menjadikan majlis ini dapat berjalan dengan lancar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Teganukita di Majlis Sumbangan Pakaian Raya Anak-Anak Yatim Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Terengganu 2013 di Kompleks Seri Iman, hari ini.

Katanya, jika sebelum ini penyerahan pakaian raya oleh Perkaya dibuat secara keseluruhan melibatkan semua daerah, tetapi tahun ini pertama kali dibuat secara berasingan dengan dipecahkan mengikut daerah setelah wujudnya biro bagi setiap daerah.

"Penyerahan pakaian raya pada tahun ini dibuat secara berperingkat mengikut daerah dan diuruskan sepenuhnya oleh biro yang bertugas di setiap daerah di negeri ini,” ujarnya.

 

Umno Besut mula gerak kerja hadapi PRK

Oleh: Kamarudin Mat Akib 

Umno Bahagian Besut mula mengatur gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, untuk memastikan calon Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi berkenaan.

Satu mesyuarat khas diadakan di pejabat Umno Bahagian berknenaan malam tadi yang dipengerusikan ketuanya, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Teganukita difahamkan mesyuarat itu diadakan bagi mengenal pasti kawasan-kawasan di sekitar DUN berkenaan bagi memastikan kelemahan dan kekuatannya, agar strategi seterusnya diatur sebagai persiapan awal menghadapi PRK.

DUN Kuala Besut dikosongkan berikutan kematian Adunnya, Dr Haji A Rahman Mokhtar semalam.
PRK ini merupakan yang pertama diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei lalu yang menyaksikan BN menang 17 kerusi DUN di Terengganu, termasuk DUN Kuala Besut.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,679 pemilih berdaftar dengan 98.71 peratus adalah pengundi Melayu, 0.80 peratus Cina, 0.08 peratus India dan lain-lain 0.41 peratus.

Difahamkan beberapa nama yang mampu memberi kemenangan kepada BN pada PRK nanti akan dipertimbangkang sebagai calon BN.