Halaman

17 October 2013

Tiga Wakil Rakyat meriahkan Korban Perdana Batu Rakit.

Semangat...Bazlan(dua dari kiri) dan Zulkifly(sebelahnya) bersemangat memegang lembu untuk disembelih.
Teks dan gambar Aminudin Ismail.

BATU RAKIT: Tiga wakil rakyat dari Parlimen Setiu hadir bagi memeriahkan lagi Program Korban Perdana Parlimen Setiu, Dun Batu Rakit di yang diadakan di hadapan rumah Adun Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman, di sini, hari ini.

Dalam program itu, tujuh ekor lembu dikorbankan yang membabitkan 30 JKKK dari seluruh Batu Rakit, wanita, pemuda, puteri dan penduduk kampung sekitar Batu Rakit.

Adun Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman berkata, program korban itu adalah acara tahunan yang dilakukan oleh wakil rakyat terdahulu dan beliau menyambung tradisi itu.

"Semua hadir pada hari ini, termasuklah Dato' Mohd Jidin Shafee (Adun Permaisuri) dan Che Zulkifly Jusoh (Ahli Parlimen Setiu) dan hampir kesemua pengerusi JKKK kawasan Batu Rakit, suasana begitu meriah, masing-masing menunjukan semangat setiakawan dan bergotong-royong.Saya mengharapkan program ini akan berterusan sampai bila-bila," katanya.

Berikut ialah gambar-gambar sekitar program Korban Perdana itu:-
Mesra..Mohd Jidin (kiri) sedang melapah kambing sambil diperhati Bazlan dan Zulkifly.
Setiakawan..semangat setiakawan antara penduduk.
Rapat..Bazlan sedang bercakap sesuatu dengan dua rakannya.

Rebah..seekor lembu direbahkan beberapa penduduk.

Tanya khabar..Zulkifly bertanya khabar seorang penduduk Batu Rakit.
Bantu..kaum wanita turut mambantu.


Fama anjur Program Jualan Terus

Oleh: Suriati Ali

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu akan mengadakan program jualan terus sempena Aidiladha yang diadakan di pasar tani terpilih di seluruh negeri ini bermula 3 Oktober hingga 5 November ini.

 Pengarah Fama, Encik Hasan Jusoh berkata, program itu diadakan bagi membantu orang ramai mendapatkan bekalan yang secukupnya untuk musim perayaan dengan harga 10 peratus lebih rendah daripada harga pasaran setempat.

 Menurutnya, pasar tani yang terlibat adalah Pasar Tani Mega, Padang Hiliran, Pasar Tani Mega Kerteh, Kemaman dan Pasar Tani Jerteh, Besut.

“Melalui jualan terus ini, ia dapat membantu orang ramai mengurangkan kos membeli dan mendapat bekalan dengan secukupnya serta memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang pada musim perayaan.

 “Dengan langkah ini, ia membantu kerajaan untuk menangani isu kenaikan harga barang semasa musim perayaan dan menangani masalah kenaikan kos sara hidup rakyat,” katanya.

 Katanya, dengan jualan secara terus ke pengguna melalui rangkaian Fama, ia dapat meningkatkan pengedaran bekalan melalui pengukuhan prasarana pemasaran dan meningkatkan bekalan.

 “Fama juga menyediakan stok bekalan ayam yang secukupnya untuk keperluan musim perayaan dan juga sayur-sayu-ran lain seperti tomato, cili merah, kubis bulat, timun hijau, bawang merah dan kelapa,” katanya.

 

700 sertai Karnival Sukan Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Terengganu

Oleh: Mastura Jamaluddin

Seramai 700 peserta terdiri dari kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah seluruh negeri berentap di Karnival Sukan Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah selama tiga hari anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu, kelmarin.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga ADUN Kuala Berang, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, berkata program kali ke-5 itu bertujuan mengeratkan silaturahim di kalangan penjawat awam dan dianggap sebagai aktiviti riadah untuk menghilangkan tekanan semasa bekerja.

 “Ia juga bertujuan menjalinkan usahasama yang baik dalam bidang pengurusan dan bertukar pendapat dan maklumat dalam urusan tanah dan pembangunan di seluruh negeri,” katanya .

Beliau berkata, karnival yang dijalankan ini bukan sahaja bertujuan bersukan malah melambangkan kecemerlangan dalam sistem pentadbiran yang diterapkan dalam institusi kerajaan.

 "Karnival ini bukan sahaja melahirkan atlit yang berbakat, tetapi mewujudkan suasana erat di kalangan kakitangan awam di seluruh negeri dan mencapai matlamat dengan usaha gigih demi kebaikan negeri.

“Dengan program tahunan inii dapat melonjakkan usaha dan semangat di kalangan kakitangan awam supaya berkerja lebih gigih untuk meningkatkan prestasi dan kecekapan dalam bidang pengurusan sesebuah daerah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan carnival berkenaan di Padang g Astaka Kuala Berang.

Hadir sama di majlis itu ,Ketua Pentadbir Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu, Haji Wan Nawawi Wan Ismail, Ketua Pentadbir Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman, Haji Mohd Kamil Othman; Ketua Pentadbir Pejabat Daerah dan Tanah Marang, Encik Zulkifli Ali dan Pegawai Daerah Dungun, Haji Mohd Akhil Mat.

16 October 2013

Din syukur terima bantuan kerajaan.

Teks dan gambar Aminudin Ismail.

Din..dapat RM200 dari JKM.
WARGA EMAS, Abdul Rahman Said, 60, dari Kampung Buluh Hilir, Setiu, yang cacat penglihatan ketika di zaman kanak-kanak gembira dan bersyukur kerana menerima bantuan bulanan daripada kerajaan sejak lebih 20 tahun lalu.

Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai “Din Buta” yang pernah bekerja mengambil upah memanjat kelapa itu menganggap bantuan bulanan yang diterimanya RM200 sebulan itu meringankan bebanan hidupnya.

“Saya bersyukur kerana anak-anak sudah besar dan boleh berdikari sendiri, bantuan itu cukuplah untuk makan saya seorang, dulu masa anak masih belajar, saya mengambil upah memanjat pokok kelapa untuk menyara mereka,” katanya yang mempunyai dua orang anak itu.

“Dulu saya terpaksa bekerja kuat untuk menyara anak-anak tetapi sekarang cukuplah dengan bantuan itu. Saya bersyukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada kerajaan terutamanya JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) kerana perihatin dengan orang cacat seperti saya ini,” katanya yang berulang alik sejauh 500 kilometer berjalan kaki untuk menunaikan solat jemaah di sebuah surau itu.

Menurutnya, walaupun tidak lagi menjadi rutin hariannya tetapi dia masih melakukan kerja memanjat kelapa itu sekali sekala sekiranya ada yang mengupahnya kerana kerja itu sudah sebati dalam hidupnya sejak masih kecil lagi.

“Kalau nak ikutkan umur memanglah saya tidak boleh memanjat pokok kelapa lagi tetapi jika ada yang suruh dan pokok tidak terlalu tinggi, saya masih boleh lagi memanjatnya tetapi bukanlah selalu,” katanya.


DUN Langkap Korban 14 ekor Lembu.

Teks dan gambar: Aminudin Ismail.

Dato' Sabri (baju oren) melapah lembu, sambil diperhati Wan Nasiah (dua dari kanan).
Ahli Dewan Undangan Langkap, Dato’ Sabri Mohd Nor bersama lebih 100 penduduk termasuk Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) kawasan itu hadir menjayakan Program Korban Perdana Parlimen Setiu dan Dun Langkap, yang diadakan di Pekan Sungai Tong, Setiu, hari ini.

Dato’ Sabri berkata, sebanyak 14 ekor lembu dikorbankan pada program yang bertujuan untuk menyempurnakan ibadah korban dan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara sesama penduduk itu.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkify Jusoh dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Setiu yang baru dilantik, Wan Nasiah Wan Majid. Berikut ialah gambar-gambar sekitar program yang menjadi acara tahunan Dun Langkap itu:-
Rebah..beberapa penduduk berjaya merebahkan lembu.
Dengar...mendengar taklimat penyembelihan dari pegawai vateriner.
Cakna...sabri sedang bertanya sesuatu kepada seorang penduduk.
Lapah...seekor lembu sedang dilapah penduduk.

Beri sokongan..sebahagian yang hadir.



UniSZA anjur Kejohanan Memanah

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan Pertama selama lima hari bermula 23 Okt ini.

Selain itu turut diselitkan Kejohanan Terbuka Pusat Kecemerlangan Sukan (PKS) UniSZA 2013 bagi mencungkil dan mengetengah bakat baharu.

 Naib Canselornya Prof Dr Yahaya Ibrahim berkata kejohanan bertempat di kampus induk UniSZA di Gong Badak itu dijangka melibatkan sekitar 300 peserta tempatan dan dari Indonesia serta Thailand.

 "Kejohanan ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM6,000," katanya dalam sidang media sempena Majlis Anugerah Sukan UniSZA 2012 dan Penyampaian Insentif Sukan, di sini Jumaat.

Menurutnya, UniSZA diberi keutamaan menganjurkan acara itu oleh Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia kerana UniSZA merupakan pusat kecemerlangan sukan bagi acara memanah untuk institusi pengajian tinggi di Malaysia.

 Sementara itu, Yahaya berkata UniSZA akan membina sebuah stadium mini serta membaik pulih fasiliti sukan sedia ada di universiti itu bermula Januari depan, dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berkualiti.

 "Kita akan tambahkan peralatan dan fasiliti sedia ada kerana sekarang hanya peralatan asas sahaja. Mini stadium pula akan dibangunkan di sebuah tanah milik UniSZA.

 "Kita juga meletakkan sasaran 30 peratus atlet UniSZA dapat mewakili negara dalam apa-apa kejohanan sukan sama ada di Sukan SEA mahupun Olimpik," katanya.

 Menurut Yahaya, keseluruhan projek akan membabitkan perbelanjaan berjumlah RM15 juta. Dalam majlis itu, atlet karate-do, Noor Azizan Nor Azli, 21, dianugerahi Olahragawan Terbaik manakala gelaran Olahragawati Terbaik milik atlet memanah, Fatin Nadira Hassin, 21.

 Masing-masing yang pernah mewakili Terenggahu dalam Sukan Malaysia 2012 membawa pulang wang tunai RM1,000, piala pusingan, piala iringan serta sijil penghargaan dan wang insentif sebanyak RM1,700.

 

15 October 2013

Mohd Jidin Harap Pemilihan Sabtu ini Lancar.

Oleh: Aminudin Ismail.

Mohd Jidin...penuh harmoni.
SETIU: Penyandang Ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato’ Mohd Jidin Shafee mahu perjalanan mesyuarat UMNO Bahagian itu yang akan diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana, di sini Sabtu ini, berjalan lancar dan penuh harmoni.

Menurutnya, tiada pertandingan atau perlawanan pada mesyuarat itu tetapi sebaliknya ia adalah pemilihan untuk memilih Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian (tiada pemilihan), Naib Ketua Bahagian dan Ahli Jawatankuasa Bahagian yang menjadi rutin setiap mesyuarat pemilihan UMNO.

“Mesyuarat sayap baru-baru ini, Alhamdulillah berjalan baik dan lancar dan tiada kecelaruan. Pada 19haribulan ini kita harap lebih teraturlah , lebih bersifat terbuka dan bersifat keluarga sebabnya ini bukanlah satu perlawanan tetapi ia hanya satu pemilihan.

“Kita terbuka kepada konsep yang kita lakukan dan kita terima semua itu secara terbuka dan menang atau kalah kita tidak ambil kira sangat. Saya mengharapkan disaat-saat akhir ini, semua calon yang terlibat berkempen dengan lebih sihat kerana ini adalah pemilihan dalaman UMNO sahaja.

“Kita harap tidak akan berlaku perkara yang tidak diingini lebih daripada kehendak parti, tapi saya yakin pemilihan nanti akan berjalan dengan teratur, baik dan lancar,” katanya ketika ditemubual Teganukita, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Jidin berkata, UMNO Setiu akan membuat beberapa perancangan selepas pemilihan UMNO nanti antaranya ialah membaikpulih soal pemilihan, menyusun balik kelemahan dalam keahlian dan akan menambahkan keahlian bagi memantapkan lagi keahlian UMNO Setiu.

“Kepada sayap dan semua petugas supaya masuk ke setiap cawangan untuk mendaftar semua ahli yang layak dan setuju untuk masuk UMNO,” katanya.


Korban Perdana Parlimen Setiu, Dun Permaisuri Meriah.

Teks dan gambar: Aminudin Ismail. 

Mohd Jidin dan Zulkify (tengah) sedang melapah kulit lembu.
LEBIH 100 penduduk dari beberapa kampung berhampiran hadir bergotong royong menjayakan Program Korban Perdana anjuran Parlimen Setiu, dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Dun Permaisuri di hadapan Masjid Kampung Banggol, Setiu, hari ini.

Program yang turut di hadiri Ahli Parlimen Setiu, Che Mohd Zulkifly Jusoh dan Adun Permaisuri Datuk Mohd Jidin Shafee itu bertujuan untuk memenuhi sunnah Rasulullah dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk.

Mohd Jidin berkata, sebanyak sembilan ekor lembu dikorbankan pada program itu melalui peruntukan parlimen dan Dun itu. Program yang menjadi acara tahunan itu dihadiri hampir semua wakil dari JKKK seluruh cawangan Dun Permaisuri, Pemuda, Puteri dan penduduk kampung sekitar

“Mereka semua dapat merasakan satu perasaan kesamaan bahawa bukan sahaja mereka yang menunaikan haji di Mekah yang merayakanya tetapi kita juga turut sama merayakan hari raya korban ini,” katanya

Berikut ialah gambar-gambar sekitar program Korban Perdana Parlimen Setiu itu:
Kuat...Mohd Jidin memegang lembu yang disembelih.

Jatuh..beberapa penduduk sedang menjatuhkan lembu.
Asyik..sebahagian penduduk asyik memerhati lembu.
Gotong-royong...bersama menyiang daging lembu
Kerjasama...penduduk bersama melapah lembu.
Mohd Jidin (kiri) bercakap sesuatu kepada Zulkifly (dua dari kanan).
Perhati...Zulkifli (tengah) memegang lembu ketika sembelihan.

 

Idris berjanji akan terus bantu UMNO Besut


YB Dato'Seri Idris Jussoh bersama pemimpin Wanita UMNO Besut

Oleh: Mohammad Ishak

Ketua Umno Bahagian Besut, Dato' Seri Idris Jusoh berjanji akan terus membantu kepemimpinan baru parti di bahagian itu walaupun tidak lagi menjadi ketua selepas pemilihan parti peringkat bahagian itu pada 19 Oktober ini.

Katanya, soal diri beliau akan berada dalam jawatan nombor tiga sebagai naib ketua bahagian, tidak menjadi masalah untuk beliau bekerjasama dengan pimpinan baru bahagian berkenaan.

Menurutnya, walaupun tidak memegang ketua bahagian beliau masih lagi menjadi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dan insyaalah mengekalkan jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Idris yang juga Menteri Pendidikan II berkata, keputusan tidak mengekalkan jawatan ketua bahagian kerana ingin memberi peluang kepada pelapis muda menerajui Umno Besut selaras dengan hasrat pemimpin parti untuk meremajakan Umno.

“Saya sedar ramai ahli parti di bahagian itu kecewa dengan keputusan dibuat tetapi, perlu diingat pemimpin tidak seharusnya mengekalkan jawatan untuk tempoh terlalu lama dan ada masa patut berundur,” katanya

Berikutan keputusan beliau tidak mengekalkan jawatan itu,Ahli Exco Kerajaan Negeri, Nawi Mohamad, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, menang tanpa bertanding selepas Idris tidak bertanding.

Idris berkata, Umno Besut ingin membuktikan kepada bahagian lain sejarah tidak pernah berlaku pertandingan merebut jawatan Ketua Bahagian berkenaan dan beliau juga berbuat demikian sama seperti pemimpin lain sebelum ini.

“Peralihan pimpinan Umno Besut secara terssusun sejak zaman Allahyarham Datuk Zakaria Abdul Rahman, Tan Sri Dr Yusof Noor, Datuk Wan Zakaria Abd Rahman dan sekarang giliran saya berbuat demikian,” katanya.

Menurutnya, tugas sekarang sebagai Menteri Pendidikan II memerlukan perhatian serius terhadap tugas yang diamanahkan untuk pembangunan pendidikan negara yang semakin mencabar.

“Oleh kerana saya tidak lagi memegang jawatan ketua bahagian dan peluang itu akan digunakan sepenuhnya untuk memikul tanggungjawab sebagai menteri,” katanya.

Sekitar Majlis Qurban di Kuala Terengganu

Peserta yang mengambil bahagian qurban mewakilkan kepada juru sembelih untuk menyembelih qurban mereka