Halaman
14 January 2014
100 golongan miskin di daerah Besut dan Setiu terima bantuan dari FAMA
Nawi menyerahkan motosikal roda tiga kepada petani.
Oleh: Mohammad Ishak
Seramai 100 golongan miskin tegar dari Besut dan Setiu telah menerima bantuan menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dari peruntukkan yang disalurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat ,yang membabitkan perbelanjaan RM1 juta sejak dilancarkan tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Industri Asas Tani, Perladangan dan Komuditi negeri, Nawi Mohamad berkata pemberian adalah dalam bentuk bantuan peralatan pertanian, ternakan, peralatan menangkap ikan, peralatan perniagaan kedai runcit dan gerai jualan, industri asas tani, alatan pertukangan, motosikal roda tiga dan alat jahitan.
Nawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut berkata, bagi penerima yang gagal dalam memanfaat bantuan yang diberikan mereka akan terus dibimbing manakala yang menyalahgunakan bantuan mungkin alat bantuan yang diberikan kepada mereka akan ditarik semula.
“Pada tahun ini sejumlah 100 lagi telah dikenali pasti bagi menerima bantuan Azam Tani bagi memastikan mereka bebas dari kemiskinan,katanya selepas katanya ketika menyampaikan bantuan motosikal roda tiga kepada 8 penerima Program Azam tani di Pejabat FAMA Besut di sini hari ini. Hadir sama Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh.
Katanya, setakat ini seramai 12 penerima bantuan berjaya menafaatkan bantuan diberikan k epada mereka dengan mampu menjana pendapatan yang baik hingga mampu terkeluar dari garis kemiskinan.
Beliau turut kesal apabila terdapat penerima bantuan yang bertindak menjual alat bantuan yang diberikan dalam meraihkan keuntungan segera tetapi bilangannya tidaklah ramai , .
13 January 2014
T-Team sasar lima terbaik
Pengendali T-Team Mohd Azraai Khor Abdullah, mahu bersikap lebih realistik apabila sekadar menyasarkan kedudukan lima terbaik dalam Liga Super yang akan bermula 18 Januari ini.
Mohd Azraai yang juga bekas jurulatih Kedah dan Negeri Sembilan berkata sasaran berkenaan bertepatan dengan kekuatan dan keupayaan The Titans, namun jika mampu berada di tangga lebih baik, ia bonus untuk pasukannya.
"Kita tak ada pemain yang mempunyai nama besar dalam pasukan dan rata-rata pemain yang menganggotai skuad kali ini merupakan pemain skuad Piala Presiden T-Team, jadi kita kena berdepan dengan realiti," katanya kepada pemberita di sini.
Mereka menduduki tangga ketiga tercorot daripada 12 pasukan, pada musim lepas. Azraai turut menjangkakan saingan kali ini lebih seimbang dengan adanya pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Selangor serta Pahang yang muncul juara Piala Malaysia, musim lalu.
Menurutnya menjelang aksi pembuka tirai saingan Liga Super menentang Selangor di gelanggang lawan pada 18 Jan ini, rombakan kecil dalam kesebelasan utama akan dilakukan. Ia ekoran masih terdapat beberapa pemain yang masih dibelenggu kecederaan termasuklah dua pemain import, Evaldo Goncalves (Brazil) dan Nelson San Martin (Chile).
"Kita perlu memperbaiki beberapa kelemahan dalam pasukan terutamanya di bahagian serangan sebelum turun menentang Selangor kerana kita tidak mempunyai penggempur tempatan yang benar-benar berwibawa ketika ini.
"Sebab itulah dalam banyak perlawanan persahabatan sebelum ini, kita mencuba pelbagai gandingan di bahagian atas termasuklah Azlan (Ismail), Zul (Mohd Ramzul Zahini Adnan) dan Hattaphon (Bun An) untuk mencari gandingan terbaik," katanya.
Senarai penuh pemain T-Team dijangka diketahui sempena majlis menandatangani kontrak pemain dan memperkenalkan jersi bersama pasukan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), di Kuala Terengganu, Selasa ini.

Kerajaan akan laksanakan lebih banyak projek tebatan banjir
Oleh: Aida Abd Rahman
Gambar oleh Zulkipli Putra
Kerajaan Pusat akan melaksanakan lebih banyak projek projek tebatan banjir di seluruh negara termasuk di Terengganu dan Pahang demi memastikan keselamatan rakyat terjamin, kata Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak.
Sehubungan itu, bagi melaksanakan semua prasarana itu, kerajaan memerlukan lebih banyak peruntukan yang diharap dapat diperoleh daripada tranformasi ekonomi negara.

"Untuk melaksana projek tebatan banjir yang keperluannya amat mendesak, kos amat tinggi. Di Chukai RM480 juta, di Kuantan RM700 juta...(ia) memakan belanja berbilion tidak termasuk jalan, jambatan, sekolah dan lain-lain kemudahan yang rosak akibat banjir," katanya.
Beliau berucap demikian di Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir dan Meraikan Sukarelawan di Padang Astaka, Chukai, Kemaman, semalam.
Menurutnya, kerajaan sentiasa mahu melihat rakyat hidup dalam keadaan selamat dan sejahtera dan adalah tidak adil untuk rakyat menyalahkan kerajaan di atas setiap bencana yang berlaku.
Malah, katanya tidak ada negara di dunia ini yang terlepas daripada bencana akibat perubahan iklim dunia sehingga mengakibatkan banjir besar.
Dalam pada itu, Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata laporan lengkap untuk membina sistem tebatan banjir di Chukai sudah selesai dan akan dilaksanakan sebaik sahaja kerajaan negeri menerima peruntukan.
Katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menganggarkan RM480 juta diperlukan untuk membina sistem tebatan banjir berkenaan tidak lama lagi.
Di majlis itu, seramai 30 daripada 19,205 keseluruhan mangsa banjir di Terengganu menerima sumbangan kelengkapan rumah iaitu televisyen, peti sejuk, tilam, bantal dan set dapur yang bernilai kira-kira RM5,000 yang akan disampaikan secara berperingkat-peringkat.
Selain itu, setiap mangsa juga akan menerima bantuan RM500 dari Kerajaan Pusat dan bantuan RM500 hingga RM1,500 dari kerajaan negeri bergantung kepada nilai kerugian.

Kumpulan Kompang KRT Lorong Haji Da semakin dikenali.
KENANGAN...Kumpulan Kompang KRT Lorong Haji Da, Batu Buruk, bergambar kenangan selepas membuat persembahan di satu majlis di Kuala Terengganu baru-baru ini.
Kumpulan kompang yang ditubuhkan pada 2011 itu dianggotai remaja kampung itu dan sering menerima undangan untuk membuat persembahan di sekitar Bandar Kuala Terengganu termasuklah majlis-majlis kerajaan negeri.
Di ketuai oleh Pengerusi KRT itu sendiri, Mazlan Ismail, kumpulan kompang itu juga pernah diundang untuk menyambut ketibaan ketibaan Perdana Menteri Malaysia di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman tidak lama dulu.
Mazlan berkata, pihaknya mahu memantapkan lagi kumpulan itu dengan mengadakan latihan lebih kerap dan mengambil beberapa anggota baru sebagai pelapis.
"Kami juga menerima jemputan dari luar Bandar Kuala Terengganu sekiranya ada jemputan dan bayaran yang dikenakan adalah berpatutan," katanya- oleh: Aminudin Ismail.
Kumpulan kompang yang ditubuhkan pada 2011 itu dianggotai remaja kampung itu dan sering menerima undangan untuk membuat persembahan di sekitar Bandar Kuala Terengganu termasuklah majlis-majlis kerajaan negeri.
Di ketuai oleh Pengerusi KRT itu sendiri, Mazlan Ismail, kumpulan kompang itu juga pernah diundang untuk menyambut ketibaan ketibaan Perdana Menteri Malaysia di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman tidak lama dulu.
Sedia..kumpulan sedia dijemput. |
"Kami juga menerima jemputan dari luar Bandar Kuala Terengganu sekiranya ada jemputan dan bayaran yang dikenakan adalah berpatutan," katanya- oleh: Aminudin Ismail.
150 belia sahut cabaran daki Everest
Oleh: Suriati Ali
Gambar oleh Zulkipli Putra
Hampir 150 belia anak Terengganu termasuk 20 wanita hadir pada hari pertama sesi pemilihan peserta untuk Program Terengganu De' Everest 2015, di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia negeri, YB Rozi Mamat, berkata mereka terdiri daripada kalangan pelajar, kakitangan awam serta swasta itu cukup bersemangat mendaftar diri walaupun rata-ratanya tidak mempunyai pengalaman mendaki ke puncak tertinggi di dunia itu.
“Saringan pertama bermula minggu ini dengan 40 peserta akan mara ke peringkat seterusnya sebelum lapan dipilih menyertai misi itu bersama lima calon simpanan.
“Senarai pendek peserta yang layak mengikuti misi itu dijangka diumumkan selewat-lewatnya pada penghujung April ini,” katanya.
Presiden Persatuan Kembara Negara, Datuk Khalid Yunus berkata, pihaknya menyediakan program latihan lengkap termasuk di luar negara bagi membantu peserta yang akan bersaing merebut tempat.
"Bagi sesi dalam negeri, peserta perlu berlatih lima hari seminggu iaitu tiga hari pergi ke gimnasium untuk latihan menguatkan otot, satu hari latihan berenang dan satu hari lagi kena berlari selain mendaki sebuah gunung pada setiap bulan di negara ini.
"Sementara sesi latihan di luar negara pula, melibatkan pendakian puncak tertinggi di benua Afrika, Gunung Kilimanjaro diikuti latihan teknikal di Banjaran Annapurna, Nepal pada Mac dan April.
"Ini disusuli latihan mendaki kedua di Gunung Elbrus, Rusia pada Ogos serta latihan mendaki ketiga yang juga boleh disifatkan sebagai praekspedisi ke Everest iaitu di Gunung Baruntse, Nepal pada September," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam sesi pemilihan dan pelancaran program Terengganu De' Everest 2015 yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Rozi Mamat di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini..
Datuk Khalid turue memberitahu, selain mengadakan sesi latihan berterusan, peserta juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa bagi memastikan kecergasan mereka sentiasa pada tahap terbaik.
"Dalam masa yang sama, kita juga akan memberi penerangan tentang halangan terutama sekali dari segi cara-cara dan teknik mendaki, soal pemakanan serta lain-lain yang berkaitan dengan pendakian itu," ujar beliau.
Projek Gunung Everest kali ini yang dijangka bermula pada Mac 2015, adalah hasil usaha sama kerajaan negeri menerusi Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Persatuan Kembara Negara yang bertindak sebagai penggerak program.

YB Rozi Mamat (kiri) diberi penjelasan mengenai alatan mendaki gunung oleh Datuk Khalid Yunus sambil disaksikan peserta Terengganu De' Everest 2015 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu. |

12 January 2014
909 pelajar terima Bantuan Persekolahan-Terima kasih kerajaan BN.
Terima Kasih..Seorang penerima menerima bantuan di Telaga Daing, hari ini. |
SEBERANG TAKIR: Seramai 909 pelajar dari 564 keluarga di Dun ini menerima wang sebanyak RM100 dan RM200 tiap seorang di Majlis Bantuan Persekolahan 2014 yang diadakan di Kampung Telaga Daing, hari ini.
Majlis yang bermula kira-kira jam 10 pagi itu dirasmikan oleh Pegawai Biro Pembangunan Kuala Nerus, Azmi Abdul Rahman yang mewakili Adun Seberang Takir, Dato' Razif Abdul Rahman yang tidak dapat hadir kerana berada di Kemaman di satu majlis bersama Perdana Menteri.
Tinjauan Teganukita mendapati rata-rata penerima bersyukur kepada Tuhan dan berterima kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana memberi bantuan itu bagi meringankan bebanan untu membeli keperluan persekolahan anak-anak.
Sapinei..gembira. |
"Terima kasihlah kepada kerajaan kerana perihatin terhadap orang seperti saya ini yang berpendapatan kecil, dengan bantuan itu saya boleh mengunakan untuk membeli beberapa keperluan lain kerana saya sudah membelanjakan duit gaji saya untuk membeli baju pakaian sekolah anak-anak," katanya yang mempunyai dua anak yang masih bersekolah itu.
Siti Hasmah Jamaluddin(50)dari Kampung Seberang Takir pula, berkata walaupun bantuan itu mungkin kecil bagi mereka yang berpendapatan lebih tetapi baginya duit bantuan RM100 dan RM200 itu amat besar nilainya.
Zanariah..amat bermakna. |
Bagi Mohd Zapi Mat Sidek, 43, pula menganggap bantuan itu dapat menampung perbelanjaan persekolahan anaknya seramai empat orang yang masih bersekolah dan berharap supaya kerajaan meneruskan bantuan itu bagi membantu golongan berpendapatan rendah sepertinya.
Seorang lagi penerima, Zanariah Mohd, 44, dari Kampung Seberang Takir mengucap berbanyak terima kasih kepada kerajaan dan bersyukur kepada Allah kerana menerima bantuan itu.
"Suami kerja nelayan, kais pagi makan pagi. Anak-anak masih ramai yang bersekolah. Bantuan ini amat bermakna sekali bagi kami walaupun ia mungkin kecil bagi mereka yang berpendapatan lebih. Terima kasih banyak-banyaklah kepada YB Dato' Razif dan kerajaan BN," katanya.
Seramai 1,769 pelajar dari 1092 keluarga dari seluruh Dun Seberang Takir menerima bantuan pakaian sekolah yang diadakan selama dua hari bermula hari ini.(12 dan 13 Jan).
Mohd Zapi..empat anak bersekolah. |
Zanariah...besar nilainya. |
Azmi..rasmi majlis. |
S.u UMNO Kuala Nerus turut berucap. |
Ramli..memimpin bacaan doa. |
Tunggu giliran...sebagian penerima yang hadir. |
Dengar...penerima lelaki mendengar ucapan dari Azmi. |
Asyik..penerima wanita asyik mendengar ucapan Azmi. |
Pejabat baru lancarkan aktiviti belia Marang
Oleh: Amirullah Othman dan Noraini Jusoh
Pejabat Belia Daerah Marang yang baru siap dibina sudah mula beroperasi sekali gus dapat melancarkan lagi dan memartabatkan aktiviti belia daerah Marang.
Sebelum ini, segala aktiviti belia dijalankan di Pejabat Belia dan Sukan Marang tetapi dengan adanya pejabat baru ini segala urusan pentadbiran dan aktiviti berkaitan belia diadakan disini.
Terdapat lima badan gabungan utama di bawah pejabat berkenaan iaitu Kelab Belia Malaysia (MAYC) kawasan Marang, Gerakan Belia 4B (M) kawasan Marang, Persatuan Pengakap Daerah Marang, Pergerakan Pandu Puteri Marang serta Persatuan Puteri Islam Marang.
Bagi melancarkan segala urusan, Majlis Belia Daerah Marang turut menyediakan set komputer untuk semua badan gabungan bagi memudahkan urusan pentadbiran dan pendaftaran persatuan baru.
Sempena pembukaan Pejabat Belia Daerah Marang baru yang terletak di Kampung Paya bersebelahan dengan Pusat Gym 1Malaysia itu, satu majlis doa selamat telah diadakan di pejabat berkenaan, baru-baru ini.
Pada majlis berkenaan, sedikit jamuan ringan turut diadakan bagi meraikan ahli jawatankuasa dan belia daerah Marang.
Sebelum itu, belia yang hadir bersama-sama berselawat, membaca yasin dan tahlil serta solat magrib, isyak dan hajat secara berjemaah.

NELAYAN KEMAMAN KAHWINI GADIS PULAU NATUNA: yang pastinya wanita wanita yang berasal dari Natuna ramai lagi yang terdapat di Kemaman
Eksklusif daripada: Ruslan Rahman -Pengarang Teganukita
Bagi Rumiza Kamaruzan, 25 tahun, anak kepada Teni yang berasal dari Pulau Seluan, Natuna di tengah Laut China Selatan, kasih sayang pada tanah asal ibunya tetap tidak terpadam.
Cerita cerita ibu tentang keindahan, alam pulau yang kaya dengan sumber member kesan yang mendalam kepadanya untuk sentiasa pulang ke sana walaupun pada masa sekarang terpaksa melalui Batam atau Tanjung Pinang, Riau Indonesia.
Anak kelahiran Chukai ini dan telah berkahwin dengan jejaka di bandar ini, tetapi kerinduannya kepada Seluan tetap tidak dapat dipadamkan. “Beberapa hari selepas Raya Haji baru-baru-baru ini saya ke sana melalui Tanjung Pinang, menaiki kapal selama dua hari,” beritahu Rumiza kepada Pengarang Teganukita. Rumiza mengesahkan bahawa memang makanan ala Terengganu terdapat di sana, seperti nasi dagang, lempuk, budu (pedek) dan lain-lain.
“Tetapi di sana ikan tongkok atau ikan aya di bakar dahulu sebelum di gulai,untuk di makan dengan nasi dagang,” jelasnya. Katanya, beliau pulang ke sana baru-baru ini bersama ibunya Teni, anaknya yang berusia tiga tahun iaitu cucu kepada Teni dan seorang kawan baiknya dari Chukai.
Di sana masih banyak telor penyu dan penyu terlalu jinak sambil menunjukkan gambar-gambar di dalam telefon bimbit yang dirakamkannya sewaktu berada di sana baru-baru ini.
Di sana juga terdapat banyak sotong dari sepsis kureta dan lobster (udang karang), ceritanya. Menyentuh tentang hubungan Natuna dan Chukai Kemaman,
Rumiza berkata, ibunya menceritakan ramai lagi kawan-kawan ibu yang lebih tua datang dari Natuna dan berkahwin dengan nelayan di Kemaman.
Ada setengahnya yang telah meninggal dunia, tetapi yang pastinya wanita wanita yang berasal dari Natuna ramai lagi yang terdapat di Kemaman, seperti di Mak Chili, Kuala Kemaman dan Berenjut.
“Bagi saya ini biasa sahaja, tetapi mungkin bagi yang tidak pernah tahu adalah sesuatu yang baru,” kata Rumiza ibu muda warisan Pulau Seluan Natuna, yang tinggal di bandar Chukai.
Bahagian Ketiga:
Kira-kira 34 tahun yang lalu datang ke Chukai Kemaman, menaiki bot nelayan dari Terengganu untuk mencari penghidupan baru.
Biarpun terpaksa mengharungi badai gelombang di tengah lautan, dia yang baru berusia 15 tahun waktu itu nekad bahawa di hujung sana ada negeri lain yang boleh memberi suatu sinar baru bagi kehidupannya yang sunyi di pulau yang bersetentangan bandar Chukai Kemaman di tengah-tengah Laut China Selatan antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur.

Untuk rujukan kepada yang belum membaca Bahagian Ketiga- Pengarang.
HUBUNGAN CHUKAI KEMAMAN- PULAU SELUAN, NATUNA
Oleh: Ruslan Abdul Rahman-Pengarang Teganukita
Teni binti Abdul Manan, berusia 49 tahun, dahulunya
gadis Kepulauan Natuna yang kini menetap di Chukai Kemaman berasa amat bahagia
bersuamikan orang Kemaman.
Kira-kira 34 tahun yang lalu datang ke Chukai Kemaman, menaiki bot nelayan dari Terengganu untuk mencari penghidupan baru.
Biarpun terpaksa mengharungi badai gelombang di tengah lautan, dia yang baru berusia 15 tahun waktu itu nekad bahawa di hujung sana ada negeri lain yang boleh memberi suatu sinar baru bagi kehidupannya yang sunyi di pulau yang bersetentangan bandar Chukai Kemaman di tengah-tengah Laut China Selatan antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur.
Namun, pulau tempat asalnya itu, Seluan (antara pulau yang terdapat dalam
gugusan Natuna) adalah di bawah jajahan takluk Indonesia, meskipun hatinya
begitu mencintai Malaysia dan sebuah negeri yang bernama Terengganu.
Kini cintanya kepada Terengganu,
Malaysia menjadi kenyataan apabila bersuamikan Kamaruzan awal 50 an, orang
Kemaman Terengganu.
Cintanya kepada Kamaruzan adalah cintanya juga kepada Terengganu, malah beliau sebelum ini beberapa kali sanggup 48 jam bertarung dengan gelombang di lautan demi kasih sayangnya pada Kamaruzan lelaki Kemaman yang berjaya mencuri hatinya.
Zuriat pertama yang dilahirkan hasil percintaan suci Teni-Kamaruzan diberi nama Deby Marindo (kini menetap di Shah Alam).
Deby yang kini telah berusia 27 tahun dilahirkan di kampung halaman ibunya Teni di Pulau Seluan, Natuna.

Ini kerana sebaik sahaja mengandung
tiga bulan, Teni menjadi terlalu rindu kepada orang tuanya di pulau Seluang,
Natuna.
Beliau 28 tahun lalu iaitu pada tahun 1986 sewaktu mengandung tiga
bulan bersama ibubapa yang menaiki bot nelayan ke Chukai Kemaman di pulang ke
Seluan menumpang bot nelayan Kemaman yang pergi ke sana, dengan harapan
suaminya datang mengambilnya kembali setelah pulang untuk melawat kampung
asalnya.
(Sebelum itu ayah dan ibu yang rindukan anaknya Teni itu sanggup datang ke Chukai, juga dengan menumpang bot nelayan).

Akhirnya dia melahirkan anak
sulung, yang dinamakan Deby itu tanpa suami di sini. Dua tahun kepulangannya
semula ke Pulau Seluan Natuna, itu tanpa khabar berita tentang suaminya.
“Bagi Teni, Teni fikir sebenarnya sudah berpisah, tiada harapan lagi dan biarlah Teni kembali bersendiri bersama anak hasil perkahwinan sahnya dengan Kamaruzan,” katanya mengenang peristiwa pilu dalam hidupnya yang lalu itu.
Tanpa di duga, suatu hari dia menerima sepucuk surat yang disampaikan oleh seorang nelayan Kemaman yang datang ke pulau itu yang kebetulan kawan suaminya dengan disertakan lukisan wajah berairmata, yakni orang dalam kesedihan dan derita.
Lalu dia berpesan kepada kawan suaminya itu, bahawa dia juga masih mencintai dan mengingati suaminya dan menunggu biarpun berapa lama sekalipun.
Kawan kepada suaminya itu kembali ke Kemaman membawa khabar itu kepada Kamaruzan, suami Teni yang berada di Chukai Kemaman.
Lantas Kamaruzan mengambil keputusan nekad menaiki bot nelayan dari Kemaman itu terus ke pulau Seluan, Natuna untuk membawa pulang kembali Teni ke Chukai Kemaman, termasuklah anak mereka, Deby Marindo yang dilahirkan oleh Teni di pulau itu.

Teni yang pernah bekerja di
Kampung Air, Kemaman kini bersama Kamaruzan dan anak serta cucunya begitu
bahagia sekali.
Teni ketika ditemubual Pengarang Teganukita kita yang membongkarkan hubungan Kepulauan Natuna dengan nelayan Kemaman ini menyatakan, baginya Natuna dan Terengganu adalah sebahagian dari sejarah kehidupannya.
Kisah ini penulis abadikan bagi menggambarkan betapa eratnya hubungan penduduk Chukai, Kemaman, khususnya nelayan dengan kepulauan itu.

Hubungan dua tempat yang
berlainan pemerintah itu adalah suatu kenyataan bukannya fantasi.
PROJEK TEBATAN BANJIR KEMAMAN RM480 JUTA - DS AHMAD SAID
KEHADIRAN PM BUKTI ERATNYA HUBUNGAN DAN KASIH MESRA PM DENGAN KEPIMPINAN DAN RAKYAT KEMAMAN KHASNYA DAN TERENGGANU AMNYA.
Oleh: Ruslan Rahman dan Nurul
Gambar oleh Zulkipli Putra
Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said dalam majlis penyampaian Bantuan Mangsa Banjir di Chukai Kemaman pagi tadi memberitahu, projek tebatan banjir di Kemaman bakal disiapkan melibatkan kos RM480 juta.

Orang Kemaman begitu bertuah apabila Kerajaan Barisan Nasional begitu peka dengan masalah rakyat. Hari ini Perdana Menteri sendiri turun padang penyampaikan bantuan banjir di Padang Astaka Chukai. |
Katanya, kita akan membaiki seberapa segera yang dapat kerosakan berkenaan.
Dato' Seri Haji Ahmad meminta rakyat mencari kerajaan bukan sahaja di masa susah sahaja, tetapi semasa senang pun hendaklah bersama menyokong kerajaan.
Beliau amat mengalu-alukan dan berterima kasih atas kehadiran Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib ke Kemaman untuk berjumpa dan membantu mangsa-mangsa banjir.
Ia adalah bukti hubungan yang amat erat dan kecaknaan Perdana Menteri kepada penduduk Kemaman khususnya dan Terengganu amnya.
Kerajaan BN berlaku adil agih bantuan banjir : PM
Oleh: Aida Abd Rahman dan Suriati Ali
Gambar oleh Zulkipli Putra
Kerajaan Barisan Nasional (BN) berlaku adil mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir tanpa mengira penyokong kerajaan atau pembangkang serta di kawasan kalah atau menang kerana mengutamakan nilai kemanusian berbanding pertimbangan politik, kata Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.
“Sebab itulah hari ini selain sumbangan RM500 daripada kerajaan, tambah lagi dengan Kerajaan Terengganu RM1,500, kita buat sesuatu yang agak sukar dibayangkan, difikirkan dan dianggarkan sebelum ini kerana apa..kerana kita bagi dapur, mungkin selama ini ada kita bagi dapur, kita juga bagi bantal, mungkin selama ini kita ada bagi bantal, tilam pun kita bagi, mungkin sebelum ini pun ada tilam, tetapi kali ini kita tambah dengan peti sejuk dan televisyen. Saya pesan kepada Dato’ Sri Shabery Cheek sebab televisyen kita ambil dari dana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Dato’ Sri Ahmad Shabery bagitau kepada saya tak mengapa, boleh ambil kerana justifikasinya ada. Selain nak tolong mangsa banjir, kita juga boleh berkomunikasi dengan rakyat. Jadi apa jua maklumat akan sampai kepada rakyat melalui televisyen LED 32 inci,” katanya.
Beliau berucap demikian di Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir dan Meraikan Sukarelawan di Padang Astaka, Chukai, Kemaman, hari ini.
Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Mohd Zubir Embong.
Hadir sama, Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Umno Wanita, Dato’ Sri Shahrizat Abd Jalil.
Sebelum itu, Perdana Menteri berkata, Kerajaan BN yang berpegang kepada falsafah rakyat didahulukan, sentiasa berusaha dan membuktikan bahawa kerajaan akan sentiasa bersama rakyat dalam senang dan susah termasuk ketika berdepan musibah banjir.
“Bukankah Kerajaan Umno dan BN sahaja (membantu rakyat). Oleh itu janganlah cuba hendak mainkan dalam kepala rakyat, sekali dua turun waktu banjir, sekali dua singsing seluar, keluar dalam Facebook kononnya dialah juara rakyat tetapi hakikatnya dari mula sampai akhirnya Umno dan BNlah yang membantu rakyat.
“Tidak boleh kita nilai itu sahaja. Dari segi bantuan makanan, dari segi bantuan buruh, dari segi tenaga sukarela, wanita dengan Skuad Sayangnya yang turun walaupun sekejap semangat wanita tidak pernah luntur, sebab itu kita gelar wanita tulang belakang Umno,” katanya.
Dalam pada itu, Dato’ Sri Mohd Najib meminta supaya rakyat tidak seharusnya tertipu dengan lakonan pemimpin pembangkang yang hanya keluar bertemu rakyat dan mengagihkan bantuan yang tidak seberapa ketika musim tertentu sahaja.
“Janganlah sebab sehari dua muncul, turun dan kibar bendera besar, tidak bolehlah.. dan tidak sampai, tidak sampai bantuan sebagaimana yang dihulurkan Kerajaan BN,” katanya.
Tambah beliau lagi, keprihatinan pemimpin BN dan Umno juga terbukti apabila ketika ramai pemimpin sedang mengikuti Perhimpunan Agung Umno 2013 yang lalu, Dato’ Seri Ahmad Said dan Dato’ Sri Ahmad Shabery sanggup meninggalkan tempat persidangan untuk meninjau dan bersama-sama rakyat yang dalam kesusahan.
Di majlis itu, seramai 30 daripada 19,205 keseluruhan mangsa banjir di Terengganu menerima sumbangan kelengkapan rumah iaitu televisyen, peti sejuk, tilam, bantal dan set dapur yang bernilai kira-kira RM5,000 yang akan disampaikan secara berperingkat-peringkat.
Selain itu, setiap mangsa juga akan menerima bantuan RM500 dari Kerajaan Pusat dan bantuan RM500 hingga RM1,500 dari kerajaan negeri bergantung kepada nilai kerugian.
Gambar oleh Zulkipli Putra
Kerajaan Barisan Nasional (BN) berlaku adil mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir tanpa mengira penyokong kerajaan atau pembangkang serta di kawasan kalah atau menang kerana mengutamakan nilai kemanusian berbanding pertimbangan politik, kata Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.
“Sebab itulah hari ini selain sumbangan RM500 daripada kerajaan, tambah lagi dengan Kerajaan Terengganu RM1,500, kita buat sesuatu yang agak sukar dibayangkan, difikirkan dan dianggarkan sebelum ini kerana apa..kerana kita bagi dapur, mungkin selama ini ada kita bagi dapur, kita juga bagi bantal, mungkin selama ini kita ada bagi bantal, tilam pun kita bagi, mungkin sebelum ini pun ada tilam, tetapi kali ini kita tambah dengan peti sejuk dan televisyen. Saya pesan kepada Dato’ Sri Shabery Cheek sebab televisyen kita ambil dari dana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Dato’ Sri Ahmad Shabery bagitau kepada saya tak mengapa, boleh ambil kerana justifikasinya ada. Selain nak tolong mangsa banjir, kita juga boleh berkomunikasi dengan rakyat. Jadi apa jua maklumat akan sampai kepada rakyat melalui televisyen LED 32 inci,” katanya.
Beliau berucap demikian di Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir dan Meraikan Sukarelawan di Padang Astaka, Chukai, Kemaman, hari ini.
Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Mohd Zubir Embong.
Hadir sama, Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Umno Wanita, Dato’ Sri Shahrizat Abd Jalil.
Sebelum itu, Perdana Menteri berkata, Kerajaan BN yang berpegang kepada falsafah rakyat didahulukan, sentiasa berusaha dan membuktikan bahawa kerajaan akan sentiasa bersama rakyat dalam senang dan susah termasuk ketika berdepan musibah banjir.
“Bukankah Kerajaan Umno dan BN sahaja (membantu rakyat). Oleh itu janganlah cuba hendak mainkan dalam kepala rakyat, sekali dua turun waktu banjir, sekali dua singsing seluar, keluar dalam Facebook kononnya dialah juara rakyat tetapi hakikatnya dari mula sampai akhirnya Umno dan BNlah yang membantu rakyat.
“Tidak boleh kita nilai itu sahaja. Dari segi bantuan makanan, dari segi bantuan buruh, dari segi tenaga sukarela, wanita dengan Skuad Sayangnya yang turun walaupun sekejap semangat wanita tidak pernah luntur, sebab itu kita gelar wanita tulang belakang Umno,” katanya.
Dalam pada itu, Dato’ Sri Mohd Najib meminta supaya rakyat tidak seharusnya tertipu dengan lakonan pemimpin pembangkang yang hanya keluar bertemu rakyat dan mengagihkan bantuan yang tidak seberapa ketika musim tertentu sahaja.
“Janganlah sebab sehari dua muncul, turun dan kibar bendera besar, tidak bolehlah.. dan tidak sampai, tidak sampai bantuan sebagaimana yang dihulurkan Kerajaan BN,” katanya.
Tambah beliau lagi, keprihatinan pemimpin BN dan Umno juga terbukti apabila ketika ramai pemimpin sedang mengikuti Perhimpunan Agung Umno 2013 yang lalu, Dato’ Seri Ahmad Said dan Dato’ Sri Ahmad Shabery sanggup meninggalkan tempat persidangan untuk meninjau dan bersama-sama rakyat yang dalam kesusahan.
Di majlis itu, seramai 30 daripada 19,205 keseluruhan mangsa banjir di Terengganu menerima sumbangan kelengkapan rumah iaitu televisyen, peti sejuk, tilam, bantal dan set dapur yang bernilai kira-kira RM5,000 yang akan disampaikan secara berperingkat-peringkat.
Selain itu, setiap mangsa juga akan menerima bantuan RM500 dari Kerajaan Pusat dan bantuan RM500 hingga RM1,500 dari kerajaan negeri bergantung kepada nilai kerugian.
Subscribe to:
Posts (Atom)