KENANGAN...Adun Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman (empat dari kiri) bergambar kenangan bersama penerima bantuan baja, kakitangan Unit Pertanian Maras dan PPK Maras/Batu Rakit pada majlis penyerahan baja kepada petani terbabit di Kampung Bukit Chempaka Batu Rakit, baru-baru ini.
Bazlan berkata, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Unit Pertanian Maras, PPK Maras/Batu Rakit atas sumbangan baja kepada penanam tembikai itu.
Halaman
19 June 2014
18 June 2014
UKOM anjur Kursus Pengurusan Media.
FOKUS...sebahagian daripada seramai 42 peserta Kursus Pengurusan Media sedang memberi perhatian kepada ceramah yang disampaikan seorang penceramah ketika menyertai program itu yang diadakan selama tiga hari dua malam di Mutiara Beach Resort, Pulau Redang.
Program anjuran Unit Komunikasi (UKOM) Negeri Terengganu itu berakhir semalam dan ia diadakan bertujuan untuk memberi pemahaman tentang cara menguruskan media bagi menjayakan sesuatu program serta tanggungjawab kemanusian.
Jurucakap UKOM berkata, antara penceramah yang dijemput ialah Jagjit Singh dari Kementerian Penerangan Malaysia dan seorang pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu.
"Perasmian program dilakukan Pengarah AMPT, Omar Adam manakala perasmian penutup dilakukan oleh Mohd Razif Abdul Majid Timbalan Pengarah (Pengurusan) UKOM. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah UKOM, Ruslan Abdul Rahman", katanya.- Aminudin Ismail.
Program anjuran Unit Komunikasi (UKOM) Negeri Terengganu itu berakhir semalam dan ia diadakan bertujuan untuk memberi pemahaman tentang cara menguruskan media bagi menjayakan sesuatu program serta tanggungjawab kemanusian.
Mohd Razif berucap ketika majlis penutup program, semalam. |
"Perasmian program dilakukan Pengarah AMPT, Omar Adam manakala perasmian penutup dilakukan oleh Mohd Razif Abdul Majid Timbalan Pengarah (Pengurusan) UKOM. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah UKOM, Ruslan Abdul Rahman", katanya.- Aminudin Ismail.
Jagjit...kongsi ilmu pengurusan media. |
Rahmah gigih usaha rempeyek.
SEDAP...Pengusaha rempeyek, Rahmah Salleh (kanan) dari Kampung Seri Kenangan, Langkap, Setiu bersama seorang rakannya sedang menunjukan bungkusan rempeyek yang diusahakanya sejak tujuh tahun di bangunan Kemas di kampung itu.
Beliau yang mengusahakan rempeyek bersama suaminya Khairuddin Saad memulakan perniagaan dengan modal sebanyak RM500 pada 2007 dengan mengedarkan makanan itu di beberapa kedai runcit sekitar daerah Setiu dan Kuala Berang.
"Pada 2010 saya mula meluaskan pasaran dengan memasukan produk saya ini ke sebuah pasaraya terkenal di Kuala Terengganu dan Alhamdulillah sambutannya begitu mengalakkan," katanya yang kini mampu mengeluarkan sebanyak kira-kira 700 bungkus rempeyek sebulan.
Rahmah yang mendapat bimbingan dari Kemas dan Risda itu berhasrat mahu mempertingkatkan pengeluaran rempeyeknya dengan meluaskan pasaran ke daerah-daerah lain selain menerima tempahan daripada orang-ramai.- Aminudin.
Rahmah yang mendapat bimbingan dari Kemas dan Risda itu berhasrat mahu mempertingkatkan pengeluaran rempeyeknya dengan meluaskan pasaran ke daerah-daerah lain selain menerima tempahan daripada orang-ramai.- Aminudin.
17 June 2014
Sidang DUN : Terengganu Bida Hak Penganjuran Kejohanan Bola Sepak Dunia
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, kerajaan negeri sedang menyediakan kemudahan infrastruktur yang memenuhi piawaian ditetapkan.
“Penganjuran itu mampu menjana ekonomi Terengganu dengan lebih pesat dan memberi impak positif kepada rakyat dalam pelbagai aspek khususnya pelancongan,” katanya menjawab soalan tambahan daripada Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN-Air Putih) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, semalam.
Zawawie, anak Terengganu berjaya di Bandar Kajang.
VISI A milik Zawawie yang terletak di tengah bandar Kajang. |
BERMULA dengan hanya 10 pelajar pada 1994, Zawawie Jaafar bersama isterinya, Muntaz Bee Abdul Aziz gigih mengusahakan sebuah kelas tuisyen di rumah selama beberapa tahun sebelum mempunyai sebuah pusat tuisyen sendiri di tengah-tengah bandar Kajang yang kini mempunyai kira-kira seramai 400 pelajar.
Zawawi yang berasal dari Kampung Mak Cili, Kemaman mula berhijrah ke Kajang pada 1987 dengan bekerja sebagai Pegawai Penjara Kajang dan pada masa sama beliau membantu isterinya mengusahakan kelas tuisyen apabila habis waktu bekerja.
Zawawie...gigih usaha pusat tuisyen. |
Dia yang berhenti kerja pada 2008 itu, berkata, pada awalnya agak sukar untuk beliau bersaing dengan pusat tuisyen yang banyak di sekitar Bandar Kajang tetapi berkat keazamannya yang tinggi akhirnya Zawawi berjaya dalam bidang yang diceburinya itu.
Pusat tuisyennya yang diberi nama VISI A semakin dikenali ramai di Bandar Kajang dan mampu bersaing dengan beberapa pusat tuisyen ternama di Bandar itu.
“Bandar Kajang ini tidak ramai pelajar Melayu dan kebanyakannya Cina dan India tetapi selepas beberapa lama beroperasi, pusat tuisyen saya diberi nama Visi A, akhirnya mendapat tempat di kalangan bangsa Cina dan India di samping beberapa pelajar Melayu.
“Kini saya mempunyai kira-kira 400 pelajar yang terdiri daripada pelajar dari empat buah sekolah menengah sekitar Kajang ini. Manakala guru pula seramai 32 orang yang bertugas mengikut jadual,” katanya yang bersaing dengan 13 pusat tuisyen lain.
Sebagai seorang yang meminati bidang pendidikan, Zawawie yang mempunyai tiga anak lelaki dan seorang anak perempuan itu berhasrat mahu membantu pelajar-pelajar di negeri kelahirannya suatu hari ini.
“Buat masa ini saya mahu menumpukan pusat tuisyen ini kerana kami sekeluarga menetap di sini tetapi jika mempunyai modal saya juga berhasrat mahu membuka cawangan pusat tuisyen di Chukai, Kemaman atau di Kuala Terengganu suatu hari ini nanti bagi membantu pelajar untuk lebih berjaya dalam peperiksaan terutamanya UPSR dan SPM,” katanya yang banyak membantu kempen jentera UMNO Terengganu dalam pilihanraya Kajang tidak lama dulu.
16 June 2014
UCB tuan rumah Sukan Masiswa
Oleh: Esah Abdullah
Universiti College Bestari (UCB) Setiu akan menjadi tuan rumah Majlis Sukan Institut Pengajian Tinggi Swasta (Masiswa 2014) Zon Timur meliputi Pahang, Kelantan dan Terengganu bermula 19 Jun ini.
Naib Censelor UCB, Prof Dr Mustafa Ismail berkata, seramai 2000 peserta daripada 16 Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) akan menyertai Kejohanan Masiswa yang berlangsung selama tiga hari.
Katanya, sebanyak lapan acara akan dipertandingkan dalam kejohanan itu antaranya termasuklah
bola sepak, badminton, pingpong, bola jaring, bola tampar dan sepak takraw.
"Satu acara sukan terbaru yang diperkenalkan pada kejohanan kali ini ialah acara pentanque,'' katanya dalam sidang media di Pejabat Perkaya hari ini. Yang turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal.Pelajar & Alumni) Prof Madya Ahmad Suhaily Mohd Salleh
Beliau berkata, tiga lokasi pertandingan dipilih membabitkan Kompleks Sukan Gong Badak, Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP) dan Kolej Kesihatan Batu Rakit.
Beliau berkata, antara IPTS di Terengganu yang akan menyertai kejohanan itu ialah Kolej University Bestari sendiiri, TATI University College, Kolej TESDDEC , INSTEP, dan Kolej Teknologi dan Inovasi (KRIM).
Manakala IPTS di Kelantan ialah Kolej Islam Antrabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), dari Pahang antaranya University Tenaga Nasional, Kolej Poly-Tech Mara,Kolej PTPTL dan International College (IKIP).
Menurutnya, kejohanan sukan tersebut akan menjadi pemangkin hubungan baik dan jalinan kerjasama antara pelajar dan kakitangan di samping dapat mencungkil bakat baru untuk persiapan ke peringkat kebangsaan pada akhir tahun ini.
Katanya, majlis perasmian akan dilakukan Menteri Besar Dato' Haji Ahmad Razif Abdul Rahman manakala penutup oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Encik Ab Rasid Jusoh.
15 June 2014
100 Kolej Komuniti beroperasi akhir tahun ini- Idris Jusoh.
Rasmi...Idris sedang melakukan gimik perasmian sambil diperhatikan Pehemi dan Ketua Pengarah Kolej Kominiti (kiri), di Jertih, hari ini. |
KEMENTERIAN Pendidikan mensasarkan 100 Kolej Komuniti akan beroperasi di seluruh negara menjelang akhir tahun ini. Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh berkata, bagi memenuhi sasasaran itu Sembilan lagi kolej akan dibuka di kawasan Parlimen terpilih seluruh negara.
Katanya, ketika ini 91 Kolej Komuniti termasuk terbaru di Besut sudah beroperasi dengan menawarkan pelbagai kursus kemahiran untuk pelajaran lepasan sekolah menengah dan pesara.
Seorang tenaga pengajar memberitahu sesuatu kepada Idris |
“Kejayaan pelajar lepasan kolej mendapat tawaran kerja membuktikan kepercayaan pihak terbabit terhadap keupayaan pelajar dalam bidang kemahiran masing-masing,” katanya.
Idris yang juga Ahli Parlimen Besut berkata demikian ketika berucap merasmikan Kolej Komuniti Besut, di tapak Medan Selera Jertih, hari ini. Hadir sama Ahli Exco Kerajaan Negeri, Muhamad Pehimi Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau berkata, pembukaan Kolej Komuniti Besut diharap dapat menlahirkan pelajar berkemahiran tinggi dalam industri minyak dan gas sekali gus memenuhi pasaran kerja dalam industri di bawah seliaan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Perkaya belanja RM3 juta setahun untuk anak yatim
Oleh; Esah Abdullah
Gambar oleh Zulkipli Putra
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim (Perkaya) Terengganu membelanjakan kira-kira RM3 juta setahun untuk kebajikan anak-anak yatim di negeri ini.
Yang Dipertua Perkaya, Prof Dato' Dr Tengku Mahmud Mansor berkata, daripada jumlah tersebut RM1 juta adalah sumbangan kerajaan negeri manakala selebihnya oleh Perkaya.
Gambar oleh Zulkipli Putra
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim (Perkaya) Terengganu membelanjakan kira-kira RM3 juta setahun untuk kebajikan anak-anak yatim di negeri ini.
Dato' Tengku Mahmud |
"Saya amat mengalu-alukan sokongan orang ramai dan amat berterima kasih kepada penyumbang yang tidak putus-putus datang terutama dalam bentuk barangan dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis Sumbangan Pakaian Raya Anak-anak Yatim Tahun Tiga dan Enam Sekolah Rendah Daerah Kuala Terengganu di Dewan Besar Wisma Darul Iman hari ini.
Katanya, pihak Perkaya juga membelanjakan RM300,000 setahun bagi mengurus Sekolah Menengah Akademik Tahfiz (SMAT) yang terletak di Marang.
"SMAT telah ditubuhkan tahun lalu mempunyai 190 pelajar yatim yang sedang belajar dalam Tahun Satu hingga Tahun Tiga yang memberi penekanan dalam bidang hafiz al-Quran dan akademik," katanya.
Menurutnya, Perkaya kini mempunyai empat buah asrama anak yatim iaitu di Marang, Besut, Beladau Kolam dan Jerangau, Dungun yang menempatkan 600 pelajar.
Tahun ini Perkaya memperuntukkan RM80,000 untuk membeli pakaian raya bagi diagihkan kepada 1,200 pelajar yatim seluruh negeri.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis Sumbangan Pakaian Raya Anak-anak Yatim Tahun Tiga dan Enam Sekolah Rendah Daerah Kuala Terengganu di Dewan Besar Wisma Darul Iman hari ini.
Katanya, pihak Perkaya juga membelanjakan RM300,000 setahun bagi mengurus Sekolah Menengah Akademik Tahfiz (SMAT) yang terletak di Marang.
"SMAT telah ditubuhkan tahun lalu mempunyai 190 pelajar yatim yang sedang belajar dalam Tahun Satu hingga Tahun Tiga yang memberi penekanan dalam bidang hafiz al-Quran dan akademik," katanya.
Menurutnya, Perkaya kini mempunyai empat buah asrama anak yatim iaitu di Marang, Besut, Beladau Kolam dan Jerangau, Dungun yang menempatkan 600 pelajar.
Tahun ini Perkaya memperuntukkan RM80,000 untuk membeli pakaian raya bagi diagihkan kepada 1,200 pelajar yatim seluruh negeri.
Isteri MB agih pakaian raya kepada anak yatim
To' Puan Hajjah Halina menyampaikan sumbangan pakaian raya kepada anak-anak yatim. |
Gambar oleh Zulkipli Putra
Kerajaan negeri menghargai usaha Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim (Perkaya) Terengganu menjaga golongan itu dari setiap sudut termasuk dalam bidang pendidikan.
Isteri Menteri Besar, To' Puan Hajah Halina Zakaria berkata, usaha Perkaya mewujudkan asrama, sekolah tahfiz dan juga universiti membuka peluang lebih luas kepada golongan anak yatim di negeri ini untuk kemenara gading.
Yang turut hadir, Yang Dipertua Perkaya, Prof Dato' Dr Tengku Mahmud Mansor dan Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Terengganu, Haji Ngah Bidin.
Katanya, Perkaya merupakan sebuah pertubuhan kebajikan yang memberi khidmat untuk memajukan anak yatim khuususnya dalan bidang pendidikan di negeri ini.
"Saya menyeru anggota masyarakat dapat membantu Perkaya sama ada dengan kewangan atau sokongan moral bagi menjayakan wawasan pertubuhan itu dari semasa ke semasa," katanya.
Menurutnya, dengan adanya tumpuan pendidikan di peringkat rendah dan menengah anak-anak yatim ini lebih berjaya dalam pendidikan mereka dan seterusnya dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti College Bestari (UCB) kepunyaan Pertubuhan Anak-anak Yatim Kebangsaan (Peyatim) di Setiu.
Pada majlis itu seramai 853 pelajar yatim dalam daerah Kuala Terengganu menerima sumbangan pakaian raya yang disampaikan To' Puan Hajah Halina.
Tahun ini Perkaya memperuntukkan RM80,000 untuk membeli pakaian raya bagi diagihkan kepada 1,200 pelajar yatim seluruh negeri.
500 wanita Besut timba pengalaman memasak dari Chef Wan..
Lazat...Pehimi sedang memberitahu sesuatu kepada Chef Wan mengenai masakan yang disediakan chef itu di Kampung Gong Kemuntong, Besut. |
SERAMAI 500 wanita daerah Besut khususnya golongan suri rumah berkongsi pengalaman dalam bidang masakan bersama Chef selebriti dan duta masakan terkenal Malaysia,Dato’ Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan “Chef Wan”.
Mereka dipillih menyertai Program Sajian Al-Barakah anjuran Empower ECER yang berlangsung sehari di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB) Gong Kemuntong, dekat Jertih.
Program julung kali diadakan di negeri ini bertujuan memberi kemahiran kepada golongan wanita dalam bidang masakan terutama persediaan resepi yang sesuai untuk hidangan keluarga sepanjang Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Sebahagian peserta yang hadir. |
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Muhammad Pehimi Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih merasmikan program berkenaan.
Chef Wan menggunakan kesempatan waktu tiga jam untuk mengendalikan program itu dan membuka rahsia bagaimana menjadi tukang masak terkenal dan ia menjadi idola kepada golongan wanita negara ini.
Muhamad Pehimi, ketika merasmikan program itu memuji usahakan yang dilakukan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menerusi Empower ECER menganjurkan program berfaedah itu.
Beliau berharap, pihak terbabit merancang lebih banyak kursus kemahiran untuk golongan wanita khusnya suri rumah dan ibu tunggal bagi melengkapkan mereka dengan kemahiran dalam pelbagai bidang yang mereka minati untuk diterokai..
Subscribe to:
Posts (Atom)