Halaman

17 February 2019

Forum Terengganu Sejahtera DUN Chukai Dapat Sambutan Hangat



KEMAMAN, 17 Februari - Program Pimpinan Cakna Rakyat kawasan Chukai melalui Forum Terengganu Sejahtera mendapat sambutan yang hangat apabila diserbu pengunjung dari pasar tani dan pasar pagi di Padang Astaka baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat berkata, program itu merupakan kali yang kedua diadakan, selepas program kali pertama yang menampilkan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

13 February 2019

Terengganu Lulus Satu Ekar Tanah Kepada Masyarakat Cina Kemaman



KUALA TERENGGANU, 13 Februari - Kerajaan negeri mahu melaksanakan pemerintahan yang baik, tulus dan budiman dan telah meluluskan sebidang tanah seluas satu ekar kepada masyarakat Cina Tionghua di Kemaman.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, tanah tersebut telah diberikan kepada Dewan Perhimpunan Cina untuk pengurusan sebuah rumah mayat.

05 February 2019

Suasana Harmoni Antara Kaum Hiasi Sambutan Tahun Baharu Cina Di Terengganu


KUALA TERENGGANU, 5 Februari - Kerajaan Negeri Terengganu akan memastikan suasana aman dan harmoni yang dinikmati di negeri itu akan terus dipertahankan meskipun berbeza agama, kaum dan fahaman politik.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, kerajaan negeri bersyukur dengan nikmat keharmonian antara kaum yang dikurniakan di Terengganu.

25 December 2018

Kad Sejahtera: Perbincangan Di Peringkat Akhir



KEMAMAN, 25 Disember- Kerajaan negeri sedang memperinci puluhan klinik di Terengganu untuk disenaraikan sebagai panel pemegang Kad Sejahtera.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, melalui kad sama, pemegang layak mendapat rawatan perubatan wad kelas ketiga hospital secara percuma.

"Perbincangan berkaitan program itu sudah di peringkat akhir dan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat" katanya.

Menurutnya, kemudahan itu bakal dinikmati oleh mereka yang disenaraikan dalam e-Kasih dan Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan peruntukan RM500 seorang.

"Berdasarkan rekod, seramai 6,000 penerima disenaraikan dalam kategori itu dan layak memiliki kad sejahtera, " katanya.


Beliau berkata demikian pada Program Pemasaran Berkesan anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) di Pejabat Agama Daerah Kemaman, hari ini.

Seramai 200 peserta yang juga peminjam Projek Jaya Diri hadir pada program itu.

Hanafiah turut memberitahu, melalui program itu, mereka dilatih khas bagi memasarkan produk masing-masing secara atas talian dengan bayaran yang sangat berpatutan.

"Produk mereka bukan saja boleh dipasarkan ke serata negeri malah ke peringkat antarabangsa,"katanya.




25 July 2018

Taska Di Semua Jabatan Kerajaan Mulai 2019


Kerajaan negeri akan memastikan semua agensi dan jabatan kerajaan termasuk di daerah mewujudkan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di tempat kerja masing-masing bermula tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, langkah itu selaras dengan janji yang telah ditawarkan dalam Manifesto PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 baru-baru ini.

18 June 2018

420 Anggota, Pegawai Polis Bertugas Pada Op Selamat 13/2018



Seramai 420 anggota polis Terengganu bertugas sepanjang dua minggu Op Selamat 13/2018 sempena Aidilfitri bermula 8 Jun lalu hingga 22 Jun ini.

Ketua Polis Terengganu, Dato’ Aidi Ismail berkata, ianya bagi membolehkan penugasan dilakukan secara menyeluruh dan lancar selain memastikan keselamatan rumah yang ditinggalkan terjamin.

Kerajaan Negeri Beri Perhatian Cadangan Perantau

Menteri Besar bersalaman dengan tetamu di Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar
Bersama Anak-Anak Terengganu Di Perantauan Sempena Aidilfitri 2018.
Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim.

Semua cadangan dan sumbangan pemikiran anak-anak Terengganu di perantauan akan diberi perhatian oleh kerajaan negeri sebagai usaha memajukan negeri ini.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pertemuan Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Bersama Anak-Anak Terengganu Di Perantauan 2018, sempena Aidilfitri itu juga pendekatan terbaik kerajaan negeri untuk bermesra dan mendekati seluruh anak-anak Perantau.

Oleh itu, majlis tersebut katanya, adalah medan yang sesuai untuk mendapatkan pandangan dan cadangan dari rakan-rakan perantau.

16 June 2018

Belanja RM1.8 Juta Untuk Bayaran Bonus Guru Khidmat Masyarakat Dan Pintar al-Quran

Ahmad Samsuri mengagihkan bayaran bonus kepada guru pintar al-Quran.
Foto Harish Fadzillah.
Abu Kasim Kerajaan negeri membelanjakan RM1.8 juta sebagai bayaran bonus kepada guru khidmat masyarakat dan guru pintar al-Quran yang berjumlah RM500 setiap seorang.

Ia membabitkan seramai 1,705 guru bagi program Pintar Al-Quran manakala seramai 1,944 orang lagi membabitkan tenaga pengajar bagi kelas masyarakat.

Polis Terengganu Beri Lebih Tumpuan Kawasan ‘Blackspot’ Sepanjang Op Selamat


Polis Terengganu akan memberi lebih tumpuan kepada kawasan 'blackspot' yang dikenal pasti sebagai lokasi kerap berlakunya kemalangan dalam Op Selamat 13/2018 sempena Aidilfitri tahun ini.

Antara lokasi itu ialah Kilometer 3 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Jalan Kamaruddin) di Kuala Terengganu, KM 72-KM 73 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Pulau Serai) Dungun serta KM 170 Jalan Jerangau-Jabor (Padang Kubu) di Kemaman.

Ketua Polis negeri, Dato’ Aidi Ismail berkata, dalam masa yang sama Polis Kontijen Terengganu tidak akan mengabaikan kawasan bukan sasaran.

15 June 2018

4,000 Rakyat Sertai Sultan Mizan Solat Sunat Aidilfitri

Sultan Mizan bersalaman dengan jemaah yang turut hadir menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. 
Hampir 4,000 rakyat negeri ini mengambil kesempatan menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu, pagi ini.


Sultan Mizan tiba jam 8.10 pagi dengan berpakaian baju Melayu ungu turut ditemani Sultanah Terengganu, Sultanah Nurzahirah serta anakanda, Tengku Muhammad Mua'az.