Halaman

20 May 2014

Exco Kesihatan melawat pesakit sempena hari guru

Pahemi menghulurkan hamper kepada seorang ibu di wad kanak-kanak.
Oleh: Mohammad Ishak.

SAMBUTAN Hari Guru Peringkat Daerah Besut tahun ini dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik membabitkan penyertaan golongan berkenaan selain komuniti setempat.

Selain mengadakan sambutan di sekolah yang membabitkan ibu bapa pelajar serta guru, program kunjungan ke rumah guru-guru yang terlantar sakit juga turut diberi perhatian.

Malah, kanak-kanak yang sedang mendapat rawatan di Hospital Daerah Besut juga turut dijadikan salah satu aktiviti luaran dalam usaha mendekati golongan pendidik, masyarakat dan pemimpin.

Pengurusan Hospital Besut hari ini turut menyertai sambutan hari guru dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat Negeri ke wad kanak-kanak.

Pada majlis itu seramai 24 kanak-kanak yang sedang di rawat di wad hospital menerima hamper berupa makanan yang disampaikan oleh Muhamad Pehimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih.

Turut mengiringi beliau ialah Pengarah Hospital itu, Dr Asmasliza A Rahman serta pegawai kanan Pejabat Pendidikan Daerah Besut (PPDB).

Muhamad Pehimi menghargai tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh PPD Besut yang banyak mengantur program dan menjurus kepada khidmat sosial bersama pelbagai lapisan masyarakat.