Halaman

17 February 2013

Pemimpin Pas sering menyalahkan orang lain


DR Abdullah menyampaikan cek kepada bekas anggota tentera tidak berpencen

Oleh: Mohammad Ishak 

Pemimpin PAS tidak mementingkan perpaduan umat Islam sebaliknya sering menyalahkan orang lain menyebabkan pengikutnya taksub dengan apa yang diperkatakan pemimpin mereka.

Penasihat Agama Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin berkata,jika ada barisan kepemimpinan Pas yang berhasrat mewujudkan perpaduan mereka akan menentangnya malah ada yang disingkirkan daripada parti itu.

Katanya, Islam menuntut umatnya ke arah perpaduan tetapi Pas dengan jelas tidak mengikutinya sebaliknya lebih banyak menimbulkan perpecahan sesama Islam.

Dr Abdullah yang juga Ahli Parlimen Besut berkata,hasrat Pas mengantikan Umno dalam pemerintahan juga tidak akan tercapai kerana parti itu hanya sekadar meletakkan kira-kira 60 calon perlimen dalam setiap kali pilihan raya umum diadakan

“Tindakan Pas menyingkirkan pemimpinnya yang memperjuang Islam membuktikan parti itu tidak Islamik sebaliknya mengikut telunjut DAP,” katanya selepas menyampaikan bantuan kepada bekas pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dewan Sivik Jabi, Jertih hari ini.

Seramai 383 bekas anggota tentera tidak berpencen menerima bantuan RM1,000 seorang daripada Jabatan Hal Ehwal Khas ATM.

Mengenai PRU13, Dr Abdullah berkata, Pas tidak akan mendapat tempat di kalangan pengundi di Parlimen Besut sebaliknya akan menolak calon parti berkenaan.

Katanya, Parlimen Besut mempunyai 74,000 pengundi termasuk 16,000 pengundi baru yang akan menentukan kedudukan calon pada PRU13.

Bagaimanapun,katanya, sebahagian besar pengundi baru di kalangan generasi muda adalah yang didaftarkan oleh Pemuda dan Puteri Umno bahagian itu.

MOSTI sedia dana bagi penyelidikan sains marin

Oleh; Esah Abdullah

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (Mosti) sentiasa menyokong mana-mana universiti yang ingin membuat penyelidikan dalam bidang sains dan oseanografi dengan menyediakan geran terutama dalam sains gunaan dan bidang berkaitan.

Ketua Penolong Setiausaha Direktorak Osenografi Kebangsaan (NOD), Haji Shahruddin Yusof berkata, kerjasama akan diadakan dengan negara-negara luar untuk dapatkan teknologi terkini serta memerlukan bantuan mereka dengan menghantar pelajar kita ke negara maju untuk menimba pengalaman.

“Setakat ini kita sudah menjalin kerjasama dengan beberapa negara termasuk China dan India serta negara-negara lain yang ada teknologi sains marin dan oseanografi,” katanya dalam sidang media pada Bengkel Sains Marin dan Ekosistem di Ri-Yaz Heritage Pulau Duyong hari ini.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof. Dr. Noor Azhar Mohamed Shazili; Pengarah Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Prof. Dr. Mohd Lokman Hussain dan Prof. Dr V.R. Vijayan dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia serta wakil-wakil dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).

Katanya, Mosti juga mempelawa para penyelidik membuat permohonan secara dalam talian untuk mendapatkan dana yang disediakan bagi tujuan projek penyelidikan terutama dana-dana teknokrat.

“Kebanyakan penyelidik hari gemar menjalankan penyelidikan mereka sekitar perairan sahaja yang sepatutnya mereka boleh pergi jauh hingga ke laut luas kerana dari segi kemudahan infrastruktur tiada masalah dan boleh menggunakan kapal RV Discorvery milik UMT,” katanya.

Sebelum itu Haji Shahruddin telah membentangkan ucaptama pada program berkenaan mewakili Pengarah NOD, Prof Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar.

 

JAWAPAN KEPADA KENYATAAN/UCAPAN HAJI HADI DI PGU BANGGOL PERADONG BAHAWA PAS AKAN KELUAR DARI PR, JIKA RUGIKAN MELAYU DAN ISLAM.

INIKAH cara Haji Hadi memperjuangkan orang Melayu
apabila sanggup ``berpeluk'' dengan orang bukan Melayu.
Sejak bila Presiden Pas, Dato’ Seri Haj Abdul Hadi Awang mengiktiraf Melayu dan kepentingan memperjuangkan orang Melayu?

Sejak bila Pas bercakap soal perjuangan untuk orang Melayu sedangkan perkara itu diklasifikasikan sebagai amalan Asyabiah atau bersifat kebangsaan yang difatwakan sebagai bertentangan dengan Islam.

Itulah antara lain bermain di kotak fikir apabila menghayati kenyataan Ahli Parlimen Marang itu yang berucap di perhimpunan parti mereka di Banggol Peradong kelmarin dengan menyatakan Pas sedia keluar dari pakatan (PAS,DAP dan PKR) sekiranya merugikan orang Melayu dan agama Islam.

Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS akan meneruskan kerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR selagi dapat mempertahankan Melayu Islam.


Namun, katanya jika kerjasama itu merugikan Melayu dan Islam, PAS tidak ragu-ragu untuk keluar dari pakatan itu. Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato’ Abu Bakar Chik, Dr Bala Chandran , Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.

Selama ini pimpinan Pas dan pengikutnya menyatakan bahawa Umno yang memperjuangkan Melayu dan berfahaman kebangsaan (nasionalisma) adalah kononnya bertentangan dengan Islam.


Tiba-tiba hari ini, Haji Hadi bercakap soal Melayu, cukup aneh dan merupakan suatu sikap baru yang ditunjukkan seolah-seolah bagi mereka perjuangan untuk Melayu itu sudah tidak menyalahi lagi dengan dasar dan kefahaman mereka sebelum ini.

Tentang rugi atau tidak kepada Melayu dan umat Islam, Haji Hadi perlulah insaf bahawa dalam pakatan mereka itu bukanlah orang yang mahu meletakkan bangsa Melayu dan umat Islam di tempat yang selamat.

Hayati pendedahan berani yang dibuat oleh bekas Timbalan Ketua Pemuda DAP sendiri, Mohamed Razali Abdul Rahman bahawa seorang pemimpin kanan bukan Melayu/Islam dalam pakatan itu pernah didalam ucapannya menyatakan "we must make sure christian become official religion in Malaysia and we make sure that the next prime minister is christian."

Razali pernah ke Balai Polis untuk membuat laporan polis tentang kristian agama rasmi. Pemimpin kanan Pas mengarahkannya supaya ditarik balik laporan itu.

Seorang Ketua Menteri telah menawarkan RM 1Juta dan bercuti di Melbourne dan minta dia menarik balik laporan polis.

Paderi di tempat kerja isterinya juga membuat tawaran yang lumayan untuk menarik balik laporan polis. Senarai rancangan besar sebuah parti bukan Melayu dalam pakatan itu yang diberitahu oleh Mohamed Razali adalah seperti berikut yang JELAS MERUGI BAHKAN MENGHANCURKAN MELAYU DAN ISLAM:

1. Kristian Agama Rasmi.
2. Malaysia akan ditukarkan kepada Republik.
3. YDP Negeri Pulau Pinang akan ditukar kepada bangsa lain.
4. Sistem Raja berperlembagaan akan dibubarkan, Raja adalah dianggap berketurunan lanun oleh pemimpin kanan dalam pakatan itu.
5. Isu azan hanya test kesensetifan orang Islam.
6. Pertandingan tilawah Al Quran akan dihapuskan.
7. NGO Melayu akan dihapuskan, contohnya PEKIDA & PERKASA.
8. Perkahwinan campur akan digalakkan, Insentif RM 5,000 akan diberikan atas alasan humans right (penghapusan etnik Melayu).
9. Bahasa Inggeris bahasa Rasmi.
10. Mata pelajaran Agama Islam akan dimansuhkan.
11. Chin Peng akan diberi pengampunan dan diberi gelaran Tun.
12. MARA jabatan yang dianggap rasis akan dibubarkan.
13. GLC akan dipegang dan diterajui oleh orang bangsa lain.
14. Di Hotel Palma Penang, lagu Negara ku yang baru telah dimainkan. Tiada sebut pun tentang raja.
15. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana telah banyak bunuh orang bukan melayu (komunis) sebelum ini.
16. Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan ditukarkan kepada orang bangsa bukan Melayu, bukan beragama Islam.
17. Kakitangan kerajaan berketurunan Melayu akan dikurangkan.
18. KEMAS, BTN dan MKN akan ditutup.
19. Kedutaan Israel akan dibuka.
20. Pengkalan Tentera Israel akan dibuka di Port Dickson.
21. Majlis antara agama akan menggantikan Majlis Agama Islam
22. Wang zakat akan digunakan oleh orang bukan Islam. Percubaan telah dibuat di Perak sewaktu di bawah pembangkang minta untuk guna wang zakat.
23. Dasar Ekonomi Baru DEB akan dimansuhkan
24. Parti berteraskan agama akan dibubarkan termasuk PAS.
25. Yahudi dan CIA akan bantu menjayakan rancangan sebuah parti dalam pakatan itu. Apakah semua itu tidak merugikan Melayu dan Islam? Sebenarnya ia bukan setakat merugikan Melayu dan Islam, malah menghancurkannya!!

Oleh itu, Pas perlu keluar dari pakatan yang hendak menghancurkannya Melayu dan Islam itu.

 

5 buah lagi Rumah Perantaraan bakal dibina

Oleh: Noraini Jusoh

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Penjara Malaysia bakal membina lima buah lagi Rumah Perantaraan sebagai premis tempat tinggal sementara yang disediakan untuk bekas banduan yang baru dibebaskan selepas tamat menjalani hukuman penjara.

Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Dato’ Sri Haji Zulkifli Omar berkata, setakat ini terdapat 14 buah Rumah Perantaraan telah dibina di mana setiap negeri mempunyai sebuah Rumah Perantaraan yang telah beroperasi.

"Bagi menjayakan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) mengurangkan kadar jenayah, kita bakal menambah lima lagi Rumah Perantaraan iaitu setiap satu di Penang, Selangor, Pahang, Kelantan dan Johor.

"Kerja-kerja pembinaannya akan bermula dalam masa terdekat,” ujar beliau pada sidang media selepas selesai Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2012, Jabatan Penjara Malaysia (Peringkat Zon Timur) di Hotel Prinzpark, Terengganu, hari ini.


Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KDN, Puan Hasanah Abd Hamid; Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan, Tuan Wan Abdul Rahman Abdullah; Ketua Seksyen Vokasional dan Industri, Dato’ Mohd Sakeri Dollah serta Pengarah Penjara Marang, Hamzani Che Berahim.

Menurut beliau, bekas bantuan yang berada di Rumah Perantaraan dibantu mendapatkan peluang pekerjaan di samping melibatkan mereka dengan program-program pemulihan seperti diberi kaunseling, bagi mengelakkan mereka terjebak kembali dengan kesalahan yang pernah dilakukan.

"Melalui program-program yang dilaksanakan di Rumah Perantaraan kita dapati banyak membantu mengurangkan kadar residivis (kemasukkan berulang) ke penjara di kalangan bekas banduan,” katanya.

 

Ukom dianggap agen masyarakat

Oleh: Suriati Ali 

“Unit Komunikasi Negeri (Ukom) boleh dianggap sebagai `agen’ dalam menyampaikan ilmu, terutama berkaitan pembangunan di Terengganu kepada masyarakat luar.

“Pada masa sama, Ukom melalui akhbar Teganukita sewajarnya meneruskan atau perbanyakkan berita yang boleh menangkis pelbagai isu negatif yang sering dibangkitkan pihak tidak bertanggungjawab,” kata Imam Besar /Penolong Pengurus Masjid Kristal, Ustaz Mohd Zaki Mat Yakim.

 Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada Kursus Peningkatan Prestasi dan Transformasi Budaya Kerja di Sutra Beach Resort, Merang, Setiu, semalam.

Menurutnya, kakitangan unit itu juga diminta sentiasa menjalinkan kerjasama antara pelbagai pihak supaya tugas yang diarahkan majikan menjadi mudah dan tidak terabai.



“Selain itu, perlu ada sikap tolenrasi, bermaufakat dan rendah diri antara rakan sekerja.

“Elakkan sikap `berpuak-puak’ walaupun seseorang itu sudah lama bertugas atau mempunyai pangkat yang lebih tinggi.

“Jika apa yang diperkatakan ini wujudkan dalam satu organisasi, ia dianggap tidak cemerlang dan setiap tugas itu menjadi tidak sempurna `dek’ sikap yang diamalkan itu,” katanya.

Katanya, setiap tugas perlu dilaksanakan sebaik mungkin, walaupun tugas itu dianggap kecil seperti menjawab panggilan talefon.

“Setiap sikap yang diamal dan ditonjolkan melambangkan imej Ukom. Oleh itu, kita perlu sentiasa bermuhasabah diri dan apa yang penting jangan tinggal perkara wajib, termasuk solat lima waktu,” katanya .

 




TMT saji 34 acara pikat pelancong

Sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013, wartawan TEGANUKITA, Aida Abd Rahman mewawancara Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said.

DATUK ABDUL RAHIN MOHD SAID
S: Tahun Melawat Terengganu 2013 baru sahaja membuka tirai. Apakah fokus dan acara teras yang bakal mewarnai kalendar TMT 2013 ?

J: Pelancaran TMT 2013 baru sahaja disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu pada 4 Januari lalu, di mana kita berjaya mencapai objektif penganjuran berdasarkan kekuatan acara dan kehadiran pengunjung yang mahu menyaksikan Maharaja Lawak Mega.Terengganu dipilih sebagai destinasi pertama rancangan itu bersiaran di luar Stadium Shah Alam.

Sektor pelancongan negeri memberi tumpuan kepada tiga aspek utama, iaitu keunikan dan kekuatan acara, destinasi dan produk pelancongan serta jumlah tarikan pengunjung.

Sebanyak 34 acara diatur termasuklah Pelancaran TMT 2013, Festival Permainan Tradisional Terengganu, di Kemaman (25 – 27 Januari), Pesta Tahun Baru Cina, di Kampung Cina (15-16 Februari), Cabaran Gunung Tebu Antarabangsa 2013 (1 hingga 2 Mac) dan Le Tour de-Langkawi 2013 28 Februari hingga 2 Mac yang melibatkan seluruh daerah di negeri ini.

 Kesemua acara teras dalam kalendar TMT itu bertaraf kebangsaan, antarabangsa dan tidak terdapat di negeri lain yang pastinya mengundang publisiti meluas serta tarikan pengunjung dari dalam dan luar Terengganu.

Malah, selain acara utama itu, pelbagai acara sampingan juga bakal mewarnai sambutan TMT 2013, sekali gus menyuntik kekuatan dan mencapai sasaran empat juta pelancong sepanjang tahun ini.

S:  Terengganu pernah menganjurkan TMT pada 1997 dan 2008. Apakah usaha-usaha yang dilakukan bagi memastikan penganjuran TMT kali ini turut mencipta magis dan kenangan manis?

J: Sebagaimana kejayaan penganjuran TMT 2008, kerajaan negeri menerusi Sekretariat TMT 2013 giat mengatur pelbagai promosi dalam dan luar negara sejak awal tahun lalu dengan menyertai pelbagai festival, forum dan ekspo peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

Pada masa yang sama, kita juga memaparkan keindahan dan keunikan Terengganu yang terkenal dengan jolokan `Negeri Cantik, Budaya Menarik, Orang Baik-Baik’ menerusi sebaran dalam media massa sama ada elektronik serta media cetak.

Rancangan Teganukita di TV3 yang memasuki musim ketiga, Program Kenali Terengganu di Terengganu FM dan Manis FM, RTM, Astro antara platform bagi mempromosi, selain hebahan melalui majalah tempatan dan antarabangsa seperti KL Vision, Gaya, Traveller’s Digest, Santai, Libur dan MAS Going Places Inflight Magazine.

Kerajaan juga giat menjual nama Terengganu dalam dan luar negara termasuk menyertai Asean Tourism Forum, Vientiane Loas; International Tourism Base, Berlin; Travel Malaysia Fair, Singapura; Arabian Travel Market, Dubai; JATA Tourism. Promosi domestik dan pameran seperti Matta Travel Fair di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru, pakej khas TMT 2013, Showcase Kenali Terengganu, penjelajahan ke seluruh negeri, kuiz dan pertandingan, pesta serta karnival.

Terbaru, kita melantik Zizan Raja Lawak sebagai duta TMT 2013 atas faktor populariti dan kemasyhuran anak jati Terengganu itu yang dijangka dapat `menjual’ dan membantu mempromosi secara meluas dan berkesan kepada pelancong luar Terengganu.


Ilmu al-Quran halang tafsiran mengelirukan

Oleh: Aida Abd Rahman

Setiap usaha kerajaan bagi membudayakan al-Quran di kalangan masyarakat negeri ini bukan sahaja mampu mendatangkan kebaikan dan keberkatan kepada negeri, malah turut meningkatkan kefahaman agama serta mewujudkan kesejahteraan di kalangan masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Haji Khazan Che Mat, berkata dengan lahirnya masyarakat yang memahami al-Quran dengan cara yang betul pasti mampu menghalang golongan tertentu melakukan kekeliruan menerusi pandangan dan tafsiran yang tersendiri demi kepentingan peribadi atau politik mereka.

“Oleh itu, hari ini apabila lahir ramai golongan ulamak dan mereka yang mengetahui mengenai agama yang berada di pelbagai jabatan dalam negara kita, mereka mengajar di sana-sini, maka kefahaman agama semakin meningkat, hari ini semakin banyak perubahan dalam bidang agama tanah air.

 “Kalau dahulu dengan mudah ayat al-Quran dibaca dan ditafsirkan dengan cara mendesak, maka dengan peningkatan ilmu hari ini ditafsir dengan cara yang sebenar berdasarkan pendapat ulamak,” katanya di Majlis menghafaz al-Quran peringkat negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Haji Khazan berkata, menerusi usaha kerajaan mewujudkan lebih ramai golongan ilmuwan dalam bidang agama dan al-Quran itu sudah cukup memberi kefahaman kepada orang ramai bahawa apa yang dilaksanakan oleh kerajaan itu menepati tuntutan agama.

Beliau berkata, jika dahulu dengan mudah orang menganggap sesiapa yang tidak menjalankan hukum Allah s.w.t tergolong dalam golongan kafir, jika kerajaan tidak melaksanakan hukum hudud juga dianggap kafir dan orang yang menyokong kerajaan juga dianggap kafir.

Bagaimanapun, katanya dengan perubahan masa apabila ramai yang berpengetahuan agama dan mengetahui tafsiran al-Quran maka tuduhan kafir itu dapat diperbetulkan maksud dan pengertiannya.

“Ayat (mengenai kafir) itu ada tafsirannya, sesiapa yang tidak melaksanakan hukum agama dengan mengingkari barulah dia kafir.. kafir apabila dia tidak melaksanakan atas sebab-sebab yang lain tanpa dia mengingkari, maka ini boleh jadi mereka fasik atau dosa besar dan sebagainya

“Inilah tafsir yang sebenar dan apa yang kita mahukan daripada masyarakat kita. Inilah juga apa yang kerajaan usahakan menerusi pelbagai program pendidikan termasuk Pintar al-Quran, program hafazan al-Quran di Sekolah imtiaz dan Majlis Hafazan al-Quran di peringkat negeri,” katanya.

Menurutnya, dengan kefahaman agama, hadis dan al-Quran yang sebenar akan mewujudkan masyarakat yang mampu memenuhi tuntutan agama serta hidup dalam keadaan aman, selain memperolehi keberkatan di dunia dan juga akhirat.


DI MANAKAH ZANA KINI.....GADIS 26 TAHUN YANG DAPAT KONTRAK KAWASAN BALAK 6,500 EKAR (Tahun 2003)

Di manakah kau kini Zana.... 

Zana yang ketika itu adalah seorang gadis cantik, berusia 26 tahun tiba-tiba menjadi ‘glamour’ apabila terbongkar kerajaan Terengganu pada waktu itu meluluskan kepada beliau kawasan balak melalui sebuah Yayasan milik Kerajaan Terengganu seluas 6, 500 ekar!

Zana gadis berasal dari Hulu Terengganu dengan tiba-tiba mempunyai syarikat yang didaftarkan ditubuhkan pada 10 Julai 2003 dengan jenis perniagaan Pembalakan dan Menjual Kayu.

Gadis ini adalah pekerja di sebuah kilang papan di Wakaf Tapai yang dimiliki bukan Melayu, kroni parti pemerintah waktu itu.

Zana adalah anak saudara kepada orang kuat parti tertentu di kawasan itu. Kawasan balak yang diberikan kepada gadis ini seluas 6 500 ekar atau 2 600 hektar...teramatlah luas, terletak di Merang, Setiu Terengganu.

Nilai kawasan ini pada waktu itu tidak kurang dari RM5juta atau RM6 juta atau lebih.

Kelulusan kawasan balak kepada Zana ini tidak dibuat melalui tender terbuka.

Pengerusi Pelaburan yayasan milik kerajaan Terengganu waktu itu adalah merupakan pemimpin kanan dalam parti terbabit, begitu juga pengerusinya pemimpin utama parti berkenaan.


 

Bidang sains marin dalam kerangka akademik UMT

Oleh; Esah Abdullah

Usaha membangunkan lagi bidang Sains Marin dalam kerangka akademik dan penyelidikan dengan penglibatan universitii-universiti adalah wajar memandangkan keperluan yang tinggi serta prospek yang luas yang ada pada bidang ini.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof. Dr. Noor Azhar Mohamed Shazili berkata, tidak dinafikan perkembangan terkini bidang sains dan teknologi di negara kita banyak menyentuh aspek Sains Marin.

“Pertumbuhan negara melalui eskplorasi petroleum dan gas sangat berkait rapat dalam bidang ini,” katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian Bengkel Sains Marin dan Ekosistem di Ri-Yaz Heritage Pulau Duyong hari ini.

Hadir sama, Ketua Penolong Setiausaha Direktorak Osenografi Kebangsaan (NOD), Haji Shahruddin Yusof; Pengarah Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Prof. Dr. Mohd Lokman Hussain dan Prof. Dr V.R. Vijayan dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia serta wakil-wakil dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).

Katanya, bidang ini bukan saja keperluan negara tetapi pasaran kerjaya adalah tinggi permintaannya di seluruh dunia selain dari perubahan iklim dunia termasuk Tsunami banyak kaitannya dengan bidang Sains Marin.

Menurutnya, kepakaran dalam bidang ini khususnya untuk ramalam iklim dunia masih belum mencukupi untuk memenuhi kehendak dan keperluan semasa negara kita.

Katanya, INOS adalah antara institut penyelidikan marin oseanografi yang tertua dan mantap di mana penubuhannya adalah untuk menjadi pusat penyelidikan serantau yang terkemuka di negara ini.

“Kini INOS telah menjadi salah satu Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HiCoE) yang ke tujuh di negara ini yang menfokuskan bidang sains marin dan oseanografi,” katanya.

Bengkel yang berlangsumg dua hari berakhir esok ini dihadiri 50 peserta tediri daripada penyelidik UIA, UKM, UNIMAP, UMT serta jabatan kerajaan dan agensi berkaitan sains marin bertujuan menonjolkan bidang kepakaran dan fasiliti sokongan Sains Marin yang terdapat di IPT di negara ini.
 

Terengganu Bina Litar Lumba RM30 juta

Oleh: Fauzi Mohd dan Suriati Ali

Kerajaan negeri bercadang membina sebuah litar perlumbaan motosikal bernilai kira-kira RM30 juta di kawasan seluas 30 ekar pada tahun depan.



 Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, kos pembinaan kompleks itu akan dimasukkan dalam bajet negeri 2014.

 “Buat masa sekarang kerajaan negeri masih mengenal pasti lokasi bersesuaian di sekitar Kuala Terengganu termasuk satu kawasan di Batu Rakit dan Lembah Bidong di Setiu.

“Ada cadangan supaya ia dibina di Kuala Berang, Hulu Terengganu dan tanah sudah ada. Tapi, memandangkan jaraknya agak jauh dari sini, kerajaan merasakan lokasinya tidak sesuai,” katanya.

 Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Santai Menteri Besar Bersama Skuad Sukarelawan Bermotor di Kediaman Seri Iman, Batu Burok, Kuala Terengganu, malam tadi.

 Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB Rozi Mamat dan Presiden Pertubuhan Permotoran Bersatu Malaysia (Rider United), Encik Wazi Abdul Hamid.

 Program itu dihadiri lebih 1,600 Skuad Sukarelawan Bermotor termasuk Kelab Motor 69,71 dan 99 serta dimeriahkan dengan kehadiran ikon Riders United seperti Zizan Razak, Intan Ladyana dan Sari Yanti.



 Dato’ Seri Haji Ahmad turut memberitahu, kompleks yang akan dibina mengikut spesifikasi litar bertaraf profesional itu membolehkan peminat sukan khususnya golongan muda membuktikan kebolehan mereka di lapangan sebenar.

 “Saya berharap akan lahir anak Terengganu yang mampu pergi jauh dalam bidang berkenaan kerana litar khas itu akan diseliakan oleh tenaga pengajar profesional yang akan mengawal aktiviti di samping mengatur program untuk pengguna litar.

 “Terengganu berjaya lahirkan pasukan lumba basikal profesional iaitu Terengganu Pro Cycling Team (TSG) dan tidak mustahil akan muncul ikon sukan permotoran di kalangan anak Terengganu,” ujarnya.

 Sementara itu, Encik Wazi dalam ucapannya berkata, Rider United akan menjelajah ke setiap daerah di Terengganu bagi mencari bakat baru yang boleh digilap menjadi jaguh permotoran.

“Budaya menunggang motosikal secara berhemah dan selamat akan ditekankan secara serius sepanjang jelajah itu dengan harapan agar indek kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.

“Saya yakin tempoh tiga tahun bermula tahun ini sudah cukup untuk kami berusaha melahirkan ikon dalam sukan permotoran ini kerana Terengganu sudah mempunyai nama tersendiri dalam melahirkan jaguh sukan,” katanya.