Alhamdulillah. 5 hari di Kemaman.
Saat kritikal nampaknya sudah berakhir. Masa kepada kerja-kerja pasca banjir. Membersih dan mengukur kerugian yang ditanggung.
Terima kasih kepada yang sudi menghulur. Tenaga atau pun harta. Lebih 18 ribu berpindah dalam tempoh 30 jam. Paling kritikal apabila kira-kira 10 tempat berpindah diisytihar tidak selamat dan terpaksa berpindah lagi.
Keselamatan lebih utama dari keselesaan. Maaf di atas kekurangan. Tiada siapa menjangka. Paras air berganda dari yg pernah diingati sesiapa. Seberang Tayor seratus peratus tenggelam. Mak Chili, Mak Lagam, Bukit Mentok lumpuh sama sekali.
Elektrik, air dan sistem telekomunikasi turut terhenti. Semuanya luar biasa. Bacaan sukat hujan di Jabur pada 2 Disember ialah 777 mm. Ini fenomena 100 tahun. Biasanya di musim tengkujuh kira2 350mm sebulan.
Kali ini 777mm sehari. Mereka yg tidak berada di sini, tidak merasakannya.
Ini adalah fenomena luar biasa.
18 ribu hanyalah rekod mereka yang berpindah. Mangsa sebenar lebih dari itu. Tak terkira korban harta benda. Ya, ada banyak yg kelemahan dan banyak perlu diperbaiki. Ini adalah ingatan utk semua.
Namun peranan yg ditunjukkan oleh semua pihak, kakitangan kjaan, polis, bomba penyelamat, JPAM, rela, dan lebih2 lagi tentera yg datang dari jauh dan dekat amat dihargai.
Mereka bekerja bukan kerana kerja tetapi menghayati tanggungjawab yang diberikan.
"Salute" saya untuk tentera kita. Kau kebanggaan negara. Tak ketinggalan para sukarelawan. Baik NGO, parti politik, atau persendirian. Tak kira mereka Umno, Pas atau lainnya.
Anda semua wira yang tak didendang. Kita bersatu atas kemanusiaan. Kita bersatu atas hablomminannas. Hubungan insan - ibadat yang dituntut! Ajal maut di tangan Tuhan.
Terima kasih semua. Allah maha penyayang. Syukur yang tak terhingga.
Semoga Allah lebih menyatukan kita. Mungkin ini adalah ingatan untuk ummat.
Di Aceh dan Sri Lanka, perbalahan mereka hingga berbunuhan - diuji tsunami.
Di Filipina, perbalahan mereka hingga berbunuhan -diuji haiyan. Ujian kita belum sampai ke tahap itu.
Allah masih menyayangi kita!
I love kemaman!
I love you All!