Halaman

24 January 2014

Program ETA berjaya tingkatkan keyakinan berkomunikasi

Oleh: Aida Abd Rahman

Program Pembantu bahasa Inggeris (ETA) berjaya mengubah keyakinan guru dan pelajar khususnya dari sekolah luar bandar untuk membudayakan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas negeri, YB Ghazali Taib, berkata program ETA yang mula dipelopori Terengganu sejak 2005, sebelum menjadi contoh kepada Kementerian Pelajaran apabila mengendalikan program berkenaan mulai 2012, berjaya mencapai matlamatnya.

“Kerajaan negeri mendapati program ETA itu menghasilkan peningkatan penguasaan BI dengan baik dan lebih lancar.

“Dalam tempoh lapan tahun program itu dijalankan peningkatan prestasi pelajar amat mengagumkan. Contoh terdekat, boleh dilihat apabila seorang pelajar yang agak ketinggalan dan `agak teruk’ dalam subjek itu, mampu berkomunikasi dengan guru ETA yang ditempatkan di sekolahnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Ajil, dengan lancar dan amat membanggakan saya,”katanya.

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri sejak dulu lagi memandang ke depan, malah melaburkan nilai yang tinggi di bidang itu bagi membangunkan modal insan yang cemerlang termasuk memperkasakan subjek BI.

Katanya, program ETA umpamanya menjadi satu inisiatif yang amat berkesan bagi memastikan anak Terengganu mampu berkomunikasi dengan lancar, yakin dan baik menggunakan bahasa antarabangsa itu.

Terbaru, Menteri Pendidikan Kedua, Dato' Seri Idris Jusoh menyempurnakan Majlis Penyampaian Program ETA Fulbright kepada 100 siswazah dari universiti terkemuka di Amerika Syarikat di kementeriannya, 20 Januari lalu.

Bakal guru dari Amerika itu akan ditugaskan selama 10 bulan di sekolah menengah dan rendah di enam negeri iaitu Terengganu, Johor, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak.

 Selain membantu guru bahasa Inggeris di dalam kelas, mereka juga akan menjalankan aktiviti kurikulum yang dilaksanakan dalam bahasa Inggeris seperti program perkhemahan.

 

TDM sasar peroleh pendapatan RM1 Bilion

Terengganu Development Management Bhd. (TDM), menyasarkan perolehannya mampu mencecah RM1 bilion dalam tempoh lima hingga tujuh tahun lagi hasil pelaburan di Indonesia.

 Ketua Pegawai Eksekutif TDM, Badrul Hisham Mahari berkata, ketika ini perolehan tahunan TDM sekitar RM400 hingga RM500 juta melalui dua bahagian perniagaan iaitu perladangan dan kesihatan.

 Menurutnya, bahagian peladangan merupakan perniagaan teras dengan menyumbang hampir 90 peratus kepada perolehan dan selebihnya kesihatan.

 "TDM mempunyai perancangan besar dengan meningkatkan pengeluaran kelapa sawit di Kalimantan, Indonesia meliputi kawasan ladang seluas 40,000 hektar menjelang 2018.

"Dengan peningkatan tersebut, ladang di Kalimantan akan menjadi penyumbang terbesar kepada TDM mengatasi saiz ladang di Terengganu seluas 32,500 hektar ketika ini apabila mencapai tempoh matang," katanya.

 Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pengumuman penerimaan sijil Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) oleh anak syarikat TDM, TDM Plantation Sdn. Bhd. (TDMP) di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi TDM, Datuk Roslan Awang Chik; Ketua Pegawai Eksekutif TDMP, Ab. Halim Yusof dan Ketua Setiausaha RSPO, Darrel Webber.

 Badrul Hisham berkata, ketika ini seluas 12,000 hektar ladang telah ditanam dengan lebih 202 hektar daripadanya akan memberikan hasil pertama tahun ini. "Untuk permulaan, hasilnya agak sedikit, namun dalam tempoh beberapa tahun lagi hasilnya akan lebih baik dari ladang di Terengganu berikutan keadaan cuaca dan jenis tanah yang lebih baik," jelasnya.

Sementara itu, mengulas bahagian kesihatan pula, TDM telah melabur sebanyak RM400 juta untuk membina dua buah hospital baharu iaitu Kuantan Medical Centre (KMC) dan Terengganu Specialist Hospital (FTS) dengan masing-masing akan siap pada tahun ini dan 2015.

"Dua hospital baharu berkenaan akan menambah kapasiti katil sebanyak 280 buah untuk menjadikan kapasiti keseluruhan 484 buah. "Ketika ini, TDM telah memiliki dua buah hospital iaitu Kelana Jaya Medical Centre dan Taman Desa Medical Centre," jelasnya.

 

2,146 remaja Batu Rakit sudah terima dana.

Bazlan ketika menyampaikan dana remaja, baru-baru ini.
Oleh: Aminudin Ismail.

SERAMAI 2,146 remaja di Dun Batu Rakit, Parlimen Setiu sudahpun menerima wang Dana Bakti Remaja yang membabitkan peruntukan sebanyak RM429, 200.

Ahli Dewan Undangan Negeri, Adun itu, Bazlan Abdul Rahman, berkata tarikh pengagihan dana itu berlangsung selama empat hari di Dewan GPMS Batu Rakit, baru-baru ini.

"Tarikh-tarikh itu ialah pada 12, 13, 15 dan 18 Januari lalu yang bermula jam 9 pagi dan berakhir kira-kira jam 2 petang," katanya yang turut hadir pada majlis-majlis itu.

Mesra..sedang bertanya khabar kepada remaja.
Bazlan berkata, beliau mengharapkan golongan muda di Dun Batu Rakit supaya tidak mudah terpengaruh sebarang unsur-unsur yang tidak baik termasuklah menerima maklumat kurang tepat daripada pihak-pihak tertentu yang cuba memburuk-burukan usaha murni kerajaan.

"Teruskan memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional kerana hanya kerajaan BN sahaja yang mampu memakmurkan negeri ini dan mengambil berat kepada golongan remaja melalui pelbagai usaha yang dilakukan termasuklah memberi dana ini bagi meringankan perbelanjaan remaja," katanya.

 

23 January 2014

Universiti disaran aplikasi sistem wakaf

Oleh: Noraini Jusoh

Setiap universiti di Malaysia disaran mengaplikasikan sistem wakaf sebagai satu punca pendapatan kepada universiti dan dapat mengurangkan bebanan kewangan kerajaan sekali gus menaikkan imej pusat pengajian tempatan.

Pengerusi Majlis Universiti Islam Malaysia (UIM) yang dulu dikenali sebagai Kolej Islam Malaya (KIM), Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor, berkata tidak banyak perubahan dasar yang perlu dilaksanakan memandangkan kerajaan sudah pun bersetuju supaya institusi pengajian tinggi berusaha mencari sebahagian daripada pendapatan mereka sendiri.

“Kerajaan mensasarkan 30 peratus daripada pendapatan universiti diusahakan oleh universiti sendiri dan terpulang kepada pihak pengurusan universiti berkenaan untuk menguruskannya.

”Kalau sekiranya sebahagian hasil yang diperolehi daripada aset wakaf untuk tujuan pendidikan mesti ada satu jawatankuasa syarie yang akan menentukan.

"Pihak universiti boleh menubuhkan jawatankuasa pengawasan syarak untuk menentukan wakaf yang memberi sumbangan dan mendapat nasihat daripada jawatankuasa berkenaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis Syarahan Wacana Kepimpinan di Universiti Malaysia Terengganu, hari ini.

Katanya, keuntungan yang diperoleh melalui pembangunan harta wakaf bukan sahaja boleh digunakan untuk tujuan pendidikan tetapi juga untuk kebajikan rakyat.

“Wakaf adalah satu konsep yang harus difahami secara mendalam kerana kebanyakan mereka di Malaysia masih kabur dengan konsep ini,” ujarnya.

Beliau turut menyambut baik sekiranya peruntukan untuk universiti diisytiharkan sebagai wakaf oleh kerajaan.

 “Jika bantuan kerajaan kepada universiti sebanyak RM1 juta misalnya, sudah sampai masanya kerajaan mengkaji sebahagian daripada wang itu diisytiharkan sebagai wakaf oleh kerajaan,” katanya.

Sebagai contoh katanya, jika 20 peratus daripadanya dijadikan wakaf, maka wang itu akan semakin bertambah dan pihak universiti boleh menubuhkan jawatankuasa untuk mentadbir wang wakaf berkenaan yang boleh menjana keuntungan khususnya untuk tujuan pendidikan.

 

Terengganu pusat pertumbuhan pendidikan

Oleh: Aida Abd Rahman

Terengganu kini muncul sebuah negeri yang menjadi pusat pertumbuhan pendidikan yang subur, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-Tigas Khas negeri, YB Ghazali Taib.

“Pada hari ini, ramai yang melihat Terengganu sebagai pusat pertumbuhan ilmu yang subur. Kalau dulu zaman keagungan Islam orang melihat kehebatan bandar Baghdad dengan perpustakaannya, pusat pengajiannya. Dan hari ini, Insha-Allah jika kita berusaha berterusan dengan fasiliti sedia ada, kemudahan tempat pengajian, kemudahan universiti yang semakin bertambah sama ada universiti kerajaan serta swasta.

“Pada masa yang sama, sekolah asrama penuh yang menjadi pusat membekalkan pelajar berkualiti seperti Imtiaz, selain Institut al-Quran Terengganu (IQT) yang sedang diusahakan menjadi sebagai kolej bertaraf universiti,” katanya di Majlis Bicara Bersama Media anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu di Hotel Permai, Kuala Terengganu, kelmarin.

Tambah YB Ghazali, kemajuan dalam bidang pendidikan itu juga memerlukan sokongan semua pihak termasuk media yang sering membuat liputan dalam program pendidikan serta keagamaan di seluruh Terengganu.

Katanya, tanpa media sudah tentu setiap aktiviti dan program di bidang itu sukar diketahui masyarakat secara menyeluruh dan berkesan.

“Hari ini kecanggihan media secara pantas, orang ramai dapat melihat perancangan dan program dalam bidang pendidikan di Terengganu serta pembinaan sahsiah serta akal budi berjalan dengan rancak.

“Sebagai contoh, setiap kali pengumuman peperiksaan awam, negeri Terengganu walaupun tidak berada di tangga pertama (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ) baru-baru ini, tetapi jumlah A kita bertambah.Sebagai negeri yang pernah bergelar juara, tidak mustahil kita diatasi negeri lain, malah kita juga akan memastikan Terengganu mampu menjuarai keputusan UPSR semula pada tahun ini,” katanya.

Beliau yang diberikan amanah memikul portfolio bidang itu, berasa bangga dengan pencapaian yang amat baik berjaya dikekalkan anak Terengganu selain mengharapkan pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi pelajaran Malaysia (STPM) tidak lama lagi, turut cemerlang, sebagaimana keputusan Penilaian Menengah Rendah yang lalu.

Katanya, kerajaan negeri juga menyediakan perancangan yang drastik untuk memastikan lepasan SPM dan STPM yang akan melangkah ke universiti nanti mampu bersaing dengan kehebatan dan penampilan pelajar dari negeri lain khususnya dalam penguasaan bahasa Inggeris (BI).

Menurutnya, program terdekat yang bakal dilaksanakan adalah Tranglish, iaitu memastikan pelajar negeri ini yang akan menduduki peperiksaan awam di sekolah menengah pada 2016 tidak akan gagal dalam peperiksaan berkenaan khususnya subjek BI.



ANTARTIKA: ORANG LAIN TELAH LAMA KE SANA MENCARI PELUANG DAN MENGENAL PASTI SUMBER YANG ADA....

“Saya menyokong penuh lawatan kerja Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said ke Anrtartika, “ kata Exco Kerajaan Negeri, Ghazali Taib selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas Negeri.

Katanya, program lawatan ke Antartika merupakan usaha merealisasikan kerjasama Malaysia dengan Chile bagi tujuan di kutub selatan sebagaiamana perjanjian kerjasama telah ditandatangan semalam.

Pemergian Menteri Besar Terengganu ke sana bersama sekumpulan penyelidik untuk melihat apakah pontensi dan peluang kita di sana kerana pihak lain telah lama menjalankannya, kata YB Ghazali.

“Kita semua maklum kawasan antartika sangat kaya dengan sumber alam yang belum di terokai seperti petroleum , emas dan galian lain-lain, kawasan ini juga kaya dengan sumber maritim yang boleh di majukan,” ujarnya.

Oleh itu kita tidak boleh ketinggalan dan hanya menjadi penonton melihat negara orang lain berlumba-lumba mencari peluang serta mengenal pasti sumber yang ada di sana untuk dieksploitasi suatu hari nanti, katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Ajil, Terengganu.


Sekitar program pelajar SMK Pelong terima bantuan khas.

Azmi (tengah) sedang bertanyakan sesuatu kepada seorang bapa sambil diperhati Che Adan.
Teks dan gambar Aminudin Ismail. 

SERAMAI 374 pelajar Sekolah Menengah Pelong, Setiu menerima wang RM100 setiap seorang di Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia di dewan sekolah itu, hari ini. 

Menurut Pengetuanya, Che Adan Che Muda, bantuan wang persekolahan itu adalah diberikan kepada pelajar tingkatan satu hingga lima bagi sessi persekolahan tahun 2014.

“Bajet 2014 lalu, kerajaan meluluskan peruntukan berjumlah RM540 Juta untuk bantuan khas itu dan tujuannya ialah meringankan bebanan perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung ibubapa,” katanya.

Azmi...kerajaan perihatin.
Che Adan berkata, beliau mengharapkan ibubapa akan memanfaatkan pemberian RM100 itu dengan mengunakannya untuk keperluan persekolahan anak-anak.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu, Mohd Azmi Nazir dalam ucapan perasmiannya mahu semua warga SMK Pelong sentiasa berusaha untuk mempastikan sekolah itu sentiasa cemerlang dalam dalam pelbagai bidang termasuklah akademik.

“Sekolah ini adalah antara sekolah yang terbaik dan sering mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan di daerah Setiu ini dan kita mengharapkan pencapaianya akan lebih baik pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Pada majlis itu, juga Azmi turut melancarkan Program 'Learning English Through Comunicative Skill' (Lectcs) iaitu program untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
Semak..ibubapa menyemak nama penerima bantuan.

Hadir..sebahagian ibubapa yang hadir.

Azmi dan Che Adan ketika melancarkan program LETCS.
Seorang guru sedang memberi taklimat.




Seorang pelajar menerima wang RM100.

Seorang bapa bersama anaknya sempat bergambar.
Ramai..sebahagian pelajar lelaki SMK Pelong.
Mesra...Azmi bertanyakan sesuatu kepada pelajar.
Beberapa pelajar turut membuat persembahan.

 

Fama pilih 18 petani untuk Program Ladang Kontrak

 Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu akan memilih 18 petani lagi untuk menjalankan Program Ladang Kontrak dalam usaha meningkatkan bekalan terus dari ladang ke Pasar Tani di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan & Komoditi negeri, Nawi Mohamad berkata tambahan petani itu dibuat bagi menjamin sumber bekalan hasil pertanian mencukupi untuk dipasarkan kepada pengguna.

 "Dalam jangka masa panjang, langkah itu juga diharap dapat mengurangkan rantaian pemasaran yang menyumbang kepada harga tinggi sebelum hasil ladang sampai kepada pengguna," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Bantuan Insentif Pengukuhan Ladang Kontrak ke Pasar Tani (Kukuh) di Pejabat Fama daerah Besut di Jerteh di sini

Nawi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Besut berkata pada masa ini 10 petani terlibat dalam program ladang kontrak itu dengan kuantiti hasil pertanian berjumlah 16,962 kilogram dengan nilai RM29,092 tahun lepas.

 Beliau berkata pertambahan bilangan dengan hasil berkualiti itu sejajar dengan 'Kempen Jom Nanang' (kempen jom tanam) yang bakal dilancarkan kerajaan negeri dalam masa terdekat ini bertujuan menggalakkan rakyat menanam sendiri keperluan harian mereka.

 Pada majlis itu, seramai 10 petani yang mengusahakan kontrak ladang Fama ke Pasar Tani dari dua daerah, masing-masing Besut dan Kuala Terengganu menerima insentif berjumlah antara RM1,000 hingga RM1,500 seorang.

Selain itu, Nawi berkata kerajaan negeri telah mengarahkan Fama mencari tapak baharu yang lebih sesuai untuk mengadakan Pasar Tani Kekal di setiap daerah di negeri ini.

 


ANTARTIKA: MOU NARC- NACH DITANDATANGANI-TUDUHAN LIAR DAN SEMBORONO PEMBANGKANG TERJAWAB.

Daripada: Ruslan Abdul Rahman 

Menjadi realiti…Perjanjian Persefahaman (MOU) berkaitan penyelidikan di Antartika telahpun ditandatangani semalam dan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said telah menyaksikannya.

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said di majlis MoU antara National Antartic Research Center of Malaysia dengan Institut Antartico Chileno.
Perjanjian itu adalah di antara National Antartic Research Center of Malaysia (NARC) dengan Institut Antartico Chileno (NACH).

NARC diwakili oleh Prof Dr.Azizan Abu Samah, manakala NACH diwakili Pengarahnya, Dr.Jose Ratamales Espinoza.

Menurut salah seorang yang menyertai lawatan kerja ke Antartika itu,Prof Datuk Dr Aziz Deraman sekurang-kurangnya terdapat 4 fokus utama persefahaman itu:

I) Kerjasama dalam kajian sains dan alam sekitar Antartika.

II) Berkongsi dan saling bertukar sumber penyelidikan untuk kepentingan bersama.

III) Bekerjasama mempromosio pembangunan sumber manusia berkaitan kajian di Antartika.

IV) Mencari peluang untuk kerjasama kedua dua pihak untuk meningkatkan keupayaan penyelidikan di Antartika.

Kesemua ini menolak tohman dan tuduhan liar pemimpin pembangkang terhadap pemergian Menteri Besar Terengganu itu ke Antartika.


22 January 2014

Nasib keluarga piatu di Langkap terbela.

Sabri bersama lima sekeluarga piatu di Kampung Langkap.
Oleh: Aminudin Ismail. 

LIMA sekeluarga yatim piatu di Kampung Langkap, Setiu berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Langkap, Dato’ Sabri Mohd Nor kerana sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan bebanan keluarga itu yang hidup dalam kekurangan.

Abang sulong keluarga itu, Mohd Azmi Khairuddin, 29, berkata, dia yang bekerja sebagai penoreh getah terharu dengan kesudian wakil rakyat itu untuk bertandang ke rumahnya dan melihat sendiri keadaan keluarganya itu.
Nordiana..baru kematian ibu.(tiga minggu lalu)

“Terima kasihlah kepada YB Dato’ Sabri kerana datang ke rumah saya ini. Dia bersetuju untuk menyelesaikan beberapa perkara yang menjadi masalah kami sekeluarga kerana saya dan adik (Azam,26) tidak dapat mengambil upah menoreh pada musim hujan ini.

“Antaranya ialah Dato’ mahu adik saya Azizi (14) yang tidak bersekolah supaya meneruskan persekolahannya dan menangggung beberapa perbelanjaan persekolahan termasuklah membeli pakaian sekolah.

“Selesaikan masalah bil air yang banyak tertunggak dan membina bilik air dan tandas di rumah ini kerana kami mengunakan bilik mandi dan tandas yang uzur di luar rumah,” katanya.

Sementara itu, Dato’ Sabri berkata, beliau akan membantu keluarga ini dalam beberapa perkara termasuklah meminta JKM menaikan jumlah bantuan bulanan yang diterima sebanyak RM200 sebulan oleh seorang ahli keluarga ini yang OKU. (Azizol, 18)

“Kita akan sentiasa memantau keluarga ini dan kita akan pastikan keluarga ini terbela dan anak bongsu keluarga ini (Nordiana, 2) dapat membesar dengan sempurna,” katanya mengenai keluarga ini yang kematian ayah dan ibunya itu.
Sabri menghulurkan sumbangan peribadi kepada Azmi.

Sedang meneliti bil air bersama Azizol yang OKU.(kiri).