Halaman

24 January 2014

2,146 remaja Batu Rakit sudah terima dana.

Bazlan ketika menyampaikan dana remaja, baru-baru ini.
Oleh: Aminudin Ismail.

SERAMAI 2,146 remaja di Dun Batu Rakit, Parlimen Setiu sudahpun menerima wang Dana Bakti Remaja yang membabitkan peruntukan sebanyak RM429, 200.

Ahli Dewan Undangan Negeri, Adun itu, Bazlan Abdul Rahman, berkata tarikh pengagihan dana itu berlangsung selama empat hari di Dewan GPMS Batu Rakit, baru-baru ini.

"Tarikh-tarikh itu ialah pada 12, 13, 15 dan 18 Januari lalu yang bermula jam 9 pagi dan berakhir kira-kira jam 2 petang," katanya yang turut hadir pada majlis-majlis itu.

Mesra..sedang bertanya khabar kepada remaja.
Bazlan berkata, beliau mengharapkan golongan muda di Dun Batu Rakit supaya tidak mudah terpengaruh sebarang unsur-unsur yang tidak baik termasuklah menerima maklumat kurang tepat daripada pihak-pihak tertentu yang cuba memburuk-burukan usaha murni kerajaan.

"Teruskan memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional kerana hanya kerajaan BN sahaja yang mampu memakmurkan negeri ini dan mengambil berat kepada golongan remaja melalui pelbagai usaha yang dilakukan termasuklah memberi dana ini bagi meringankan perbelanjaan remaja," katanya.