Berita gembira bakal diterima 51 keluarga yang menetap di rumah Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di Penempatan PPRT Nelayan Kampung Telaga Daing, Seberang Takir, Kuala Terengganu apabila kerajaan negeri bakal menukar status pemilikan rumah mereka sebagai hak milik sepenuhnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, berkata kerajaan negeri sudah bersetuju untuk meluluskan status pemilikan rumah PPRT itu sebagai hak milik dan menjadi aset mereka sepenuhnya.
“Kita dalam proses memberikan 51 rumah sebagai pemilikan sepenuhnya kepada keluarga berkenaan yang menghuni di sini sejak 2007 lagi. Manakala dua penerima yang terbaru, pada tahun ini akan diproses kemudian.
“Sebenarnya kerajaan sudahpun membuat kelulusan untuk memberikan rumah dan lot tanah kepada mereka yang menduduki rumah ini dan sekarang kita menunggu kelulusan Exco yang akan saya bawa dalam masa terdekat,”katanya selepas menyerahkan kunci rumah kepada dua penerima rumah PPRT, di kawasan itu, hari ini.
Dato’ Ahmad Razif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi Dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri berkata , pembinaan rumah yang mempunyai tiga bilik tidur dengan kos tanah bernilai RM110,000 termasuk nilai rumah RM40,000 ini membuktikan kerajaan sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah rakyat khususnya yang amat memerlukan bantuan.
Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 722 unit rumah mampu milik yang sudah dibina di Kampung Batin akan diserahkan kepada pemilik dalam masa terdekat.
Sehingga kini, katanya sebahagian nama pemilik rumah berkenaan sudah dikenalpasti dan akan diserahkan secara berperingkat-peringkat tidak lama lagi.