Exco Kerajaan Negeri, YB A.Latiff Awang menyifatkan pembangkang tidak faham perkara sebenar tentang lawatan kerja Menteri Besar Terengganu ke Antartika dan membuat kenyataan secara rambang dan melulu.
Sebagai Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad amat peka kepada usaha Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan bagi meningkatkan usaha-usaha penyelidikan di Antartika, ujarnya.
Sebenarnya tegas beliau, kita telah jauh ketinggalan dari pihak lain yang sekian lama membuat penyelidikan di Antartika, lantaran itu usaha yang diambil oleh Yayasan berkenaan dengan kerjasama ada sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi amatlah perlu disokong oleh semua pihak.
Malah katanya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sendiri menggesa supaya kerajaan kerajaan negeri, badan swasta dan individu membantu usaha yang dipelopori oleh Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan itu.
“Justeru itu, suatu pengiktirafan oleh Kementerian Sains , Teknologi dan Inovasi kepada Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengamanahkannya bagi mengetuai lawatan kerja itu,” kata A.Latiff.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah yang mempertikaikan lawatan kerja Menteri Besar Terengganu ke Antartika itu.
Kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu semalam “perkara itu menjadi tanda tanya memandangkan ia dianjurkan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar yang sepatutnya diketuai menteri atau pakar berkaitan.”
Menurut YB A.Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Berangan, bahawa Dato’ Seri Ahmad sebagai salah seorang pemimpin sebenarnya telah merealisasikan gesaan kementerian supaya membantu usaha-usaha murni yayasan itu, kerana kalau kita ketinggalan dalam kajian di sana, maka kita akan terus ketinggalan dalam mengetahui perubahan yang sedang berlaku di kutub yang juga memberi suatu kesan kepada perubahan alam seluruhnya.
Pihak lain telah lama beroperasi di sana dengan pelbagai kajian, mempunyai ‘base station’ dan kita hanya baru hendak memulakan, mengapa begitu dangkal pemikiran pembangkang, ujarnya.
Beliau yang juga Pengerusi Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri menegaskan. bahawa pada masa kini hujan salji telah wujud di Vietnam dan Mesir akhir tahun lalu,yang sepatutnya musim kering, bermakna cuaca dunia semakin berubah dan akan terus berubah, apakah kita masih lagi mahu menjadi katak di bawah tempurung?
Justeru itu, A. Latiff marilah sama-sama kita membuka minda dengan lebih luas dengan berfikiran lebih professional, ilmiah dan jangan disempitkan oleh pemikiran politik murahan semata-mata.