Halaman

23 March 2014

Sokongan pengundi BN bertambah- Dato' Man Bakar.

Oleh: Aminudin Ismail. 

KEMEROSOTAN majoriti sebanyak 1,445 undi oleh PKR dalam Pilihanraya Kecil Dun Kajang yang diumunkan sebentar tadi menunjukan sokongan pengundi dun itu terhadap Barisan Nasional semakin meningkat.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato' Abdul Rahman Bakar, berkata walaupun kalah tetapi BN dapat mengurangkan majoriti calon PKR.

"Ini adalah kemenangan kepada BN kerana dapat mengurangkan majoriti PKR di kawasan yang menjadi kubu kuat mereka.

"Kekurangan peratusan keluar mengundi daripada 88 peratus kepada 72 peratus adalah antara penyebab BN kalah dan sekiranya jumlah yang keluar mengundi hari ini semakin ramai, saya rasa undi BN akan semakin bertambah," katanya.

Menurutnya lagi, antara lain penyumbang kekakalan BN ialah, banyaknya provokasi yang dilakukan pihak bertanggung jawab yang membuat kenyataan-kenyataan yang boleh membuatkan ada yang tidak keluar mengundi.

"Selain itu, terdapat beberapa kelemahan dalam jentera kempen BN PRK Kajang ini yang perlu diperbaiki dan diperelokan pada pilihan raya akan datang, antaranya ialah komitmen jentera parti yang seolah-olah dibayangi dengan kekalahan." katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rahman mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera UMNO Terengganu yang datang berkempen di PRK Kajang juga menyumbang kepada kemenangan majoriti Kajang terutamanya Bandar Kajang yang menjadi PDM angkat di mana jumlah yang mengundi BN meningkat di PDM itu.

Dalam PRK Kajang yang diumunkan tadi, BN tewas kepada PKR dengan majoriti 1,445 undi di mana pada PRU Umun lalu, PKR memperolehi 6,824 undi manakala pada PRK ini PKR hanya mendapat 5,379 undi.

 

JPNT anjur pengisahan kenegaraan

Oleh: Suriati Ali 

 Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (JPNT) mempelawa orang ramai menyertai pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia 2014 peringkat Negeri Terengganu yang akan diadakan pada awal Jun depan.

 Pemangku Pengarah JPNT, Mustaffa Abd. Kadir, berkata mereka yang ingin menyertai pertandingan perlu menubuhkan kumpulan yang dianggotai dua atau tiga individu berumur antara 18 dan 45 tahun dan warganegara Malaysia.

 Acara tahunan JPNT itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM8,000 dengan juara bakal menerima RM3,000, kedua (RM2,000) dan tiga saguhati RM1,000 bagi setiap kumpulan.

Katanya, pertandingan itu berkonsepkan penceritaan dan sketsa secara berkumpulan mengenai kenegaraan seperti sejarah negara, pahlawan yang menentang penjajahan dan perjuangan tokoh negara terdahulu.

‘Pertandingan bertujuan menggalakkan masyarakat menyampaikan pendapat dan pandangan mereka mengenai peristiwa bersejarah Negara,” katanya dalam satu kenyataan

 “Usaha pendidikan berterusan seumpama itu boleh dimanfaatkan bagi proses pembinaan negara dan jati diri bangsa selain berharap dapat memupuk semangat integrasi nasional antara kaum, budaya dan agama melalui sejarah dan perjuangan tokoh terdahulu,”katanya.

Tarikh tutup permohonan pada 11 Mei 2014 depan dan segala pertnyaan mengenai pertandingan boleh melayari laman web jabatan,  http://www.penerangan.gov.my/terengganu atau hubungi Siti Mariam Mahdar di talian 09-6267831 dan Mohd Idris Deraman 09-6267826.

Mereka yang berminat juga boleh mendapatkan borang penyertaan di Pejabat Penerangan Daerah di seluruh negeri ini.

 

Kerajaan negeri sedia bantu sukan UCB- Rozi Mamat.

Rozi ketika melakukan gimmik perasmian SUKBEST.
Oleh: Aminudin Ismail.

KERAJAAN negeri memberi jaminan akan cuba membantu membangunkan sukan di Kolej Universiti Bestari (UCB) demi untuk kemajuan sukan di kolej universiti itu, kata Exco Belia,Sukan dan Sumber Manusia negeri,  Rozi Mamat.

“Kita kerajaan negeri Terengganu akan cuba sedaya upaya untuk memajukan sukan di kolej universiti ini. Sebagaimana yang saya diberitahu beberapa perkara oleh prof. (Naib Canselor).

Rozi (tengah) bersama naib canselor (dua dari kanan).
“Saya akan melihat hal ini satu persatu untuk diketengahkan di peringkat negeri bahawa keperluan dan kemudahan pembangunan infratruktur harus dibantu.

“Ianya adalah untuk melihat pelajar di UCB ini dapat membantu pembangunan sukan di negeri Terengganu ini,” katanya ketika merasmikan Kejohanan Sukan Bestari (Sukbest) UCB 2014 di Kolej Universiti itu, khamis lalu.

Katanya, program kesukanan itu menjadi satu budaya yang sangat penting dalam kehidupan manusia sekarang.

“Bersukan ini, bukan sahaja kita mahu beriadah tetapi juga sekarang ini sudah menjadi kerjaya kepada sebilangan anak-anak muda di negeri ini.

"Oleh itu saya berharap melalui sukan Sukbest ini kita dapat melahirkan athlet yang berwibawa untuk negeri Terengganu dan negara,” katanya.

Kejohanan sukan yang berakhir semalam itu menyaksikan Kontinjen B, Golden Eagle menang keseluruhan dalam sukan itu. Ianya disertai seramai 1,407 peserta yang terdiri dariapada empat kontinjen pelajar dan satu kontinjen staff membabitkan lapan acara sukan.

Olahragawan terbaik sukan itu ialah Mohamad Muktazam Ali Umar manakala olahragawati pula ialah Norus Adlina Nordin.

Turut hadir, Naib Cancelor UCB, Prof. Dr. Mustapha Ismail dan Timbalan Naib Cancelor (HEP), Prof. Madya Ahmad Suhaily Mohd Salleh.
Semangat...memberi semangat kepada peserta


Salam..bertemu peserta mengambil bahagian.

Sokongan..antara pasukan bertanding.

Tanding..antara peserta yang ambil bahagian.

Ikhlas..cenderahati untuk Rozi.

Tangkas..demontrasi silat turut diadakan.
Lepas...Rozi melepas satu acara.
Bergaya..seorang tekong menunjukan aksi dalam acara takraw.

 

Pasangan terharu terima insentif perkahwinan

Oleh: Suriati Ali

“Tiada perkataan mampu diluahkan melainkan syukur kepada Ilahi dan terima kasih kepada kerajaan Terengganu kerana saya dan pasangan, Saodah Mat Amin, 64, turut terpilih menerima insentif perkahwinan.

 “Wang yang diterima kami sebanyak RM4,000 ini akan digunakan sebaik mungkin untuk kegunaan masa depan, selain menambahkan duit simpanan dalam Bank Tabung Haji,” penerima, Jusoh Ismail, 70.

 Jusoh berasal dari Gemuroh dan bekerja sendiri antara 93 pasangan yang hadir menerima insentif itu pada Majlis Perasmian Karnival Pembangunan Keluarga & Masyarakat 2014, di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu, malam kelmarin.

Majlis itu dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah. Hadir sama, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Mohd Shafaruddin Mustaffa.

 Pada majlis sama, Dato’ Mazlan turut menyampaikan pinjman modal jaya diri ibu tunggal, Insuran takaful berkumpulan ibu/bapa tunggal, bantuan persatuan ibu/ bapa tunggal dan bantuan pengurusan kelab warga emas.

 Jusoh turut memberitahu, dia bertemu jodoh dengan isteri, hasil risikan kawan-kawan dan atas persetujuan anak-anak.

“Saya yang kematian isteri dua tahun lalu, bersetuju untuk disatukan dengan Saodah, kerana tertarik dengan budi pekerti, selain mengetahui keikhlasannya menjaga makan minum saya,” katanya.

 Manakala Saodah yang kematian suami pada 2012 pula berkata, makcik terharu kerana ada pihak yang sudi memberikan kami RM4,000 atas perkahwinan kali kedua ini.

“Wang ini cukup berharga buat kami untuk membeli kelengkapan dapur, kerana sepanjang setahun usia perkahwinan, hanya bergantung kepada suami yang berkerja kampung dan sedikit sumbangan daripada anak-anak,” katanya.
Sementara itu, Dato’ Mazlan dalam ucapannya memberitahu kerajaan negeri melalui YPK memperuntukkan RM600,000 melibatkan 300 ibu atau bapa tunggal setahun, sebagai insentif perkahwinan.

 “Setiap ibu dan bapa tunggal akan menerima insentif perkahwinan sebanyak RM2,000 seorang dan jika ibu tunggal bertemu jodoh dengan bapa tunggal mereka akan menerima RM4,000,” katanya.

 

22 March 2014

Kepimpinan Ahmad Said Cemerlang- Ustaz Datuk Mustapha.

Mustapha sedang ditemubual Roslan (kiri)
Oleh: Roslan Abdul Rahman (Pengarang Teganukita) dan Aminudin Ismail. 
Gambar: Aminudin Ismail.

MENYOKONG dan mempertahankan pemimpinan yang ada sekarang termasuk di Terengganu adalah menjadi satu kewajipan dan tidak boleh sama sekali melakukan usaha-usaha menjatuhkannya kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam, kata Ustaz Datuk Mustapha Taib,  Penceramah Islam terkemuka.

Menurut beliau, dari segi Islam mempertahankan kepimpinan yang telah terbukti mengurus tadbir dengan baik darisegi kebajikan, agama dan kehidupan rakyat termasuklah keselamatan adalah menjadi suatu kewajipan selagi pemimpin itu tidak menyuruh kita melakukan perkara mungkar dan syirik serta menentang ajaran Islam.

Bercakap kepada TEGANUKITA, beliau menyifatkan Terengganu adalah sebuah negeri yang banyak memainkan peranan dalam meningkat syiar Islam termasuk bidang pendidikan, perumahan dan kebajikan yang kini diteruskan oleh Menteri Besar, Dato Seri Haji Ahmad Said perlu disokong dan dipertahan.

Beliau menyifatkan Menteri Besar Terengganu sekarang adalah seorang yang tegas, berani berjiwa rakyat serta sentiasa mengambil berat tentang soal-soal agama dalam konsep yang luas mencakupi seluruh kehidupann rakyat sebagai mana yang dituntut oleh agama Islam.

Mustapha...wajib taat pemerintah..
Katanya, usaha meneruskan pembinaan Imtiaz sebuah sekolah yang berteraskan ilmu masakini dan digabungkan dengan agama serta hafazan Al-Quran yang diperkenal menteri besar sebelum ini adalah menunjukan beliau seorang yang jujur dan berjiwa besar.

Sehubungan itu beliau meminta ahli UMNO dan pendokong BN Terengganu semua pihak menyokong kepimpinan Dato' Seri Haji Ahmad Said,

Katanya, apa yang penting ialah pendokong UMNO mempertahankan kerajaan BN yang sedia ada dan menghalang pihak pembangkang khususnya PAS daripada menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

 "Terengganu sudah merasakan betapa susahnya betapa periknya ketika pemerintahan  PAS sebelum ini dan rakyat khususnya orang UMNO perlu insaf dan  mempertahankan kerajaan BN sedia ada," katanya yang pernah menjadi ahli Dewan Ulama' PAS suatu ketika dahulu.

Beliau yang juga bekas panel pemikir JASA, berkata umat Islam perlu mengelak diri daripada terjebak dengan Fitnah yang dilakukan pihak tertentu kepada kerajaan sebaliknya menentang perbuatan seumpama itu yang bercangkah dengan ajaran Islam.

"Nabi Muhammad s.a.w telah berpesan pada dunia akhir zaman, pelbagai kekeliruan dan fitnah akan berlaku tetapi umat Islam diseru supaya memilih jalan yang baik dan diredhai oleh Allah dan bukanya jalan fitnah memfitnah," katanya yang juga bekas Pengarah Dakwah Yadim.

Ustaz Mustapha meminta rakyat negeri Terengganu terus mengekalkan pentadbiran kerajaan BN di bawah pemimpinan Dato' Seri Ahmad Said kerana ia terbukti berjaya mentadbir negeri ini dengan baik dan beliau juga berharap supaya rakyat Terengganu jangan menyerahkan kembali negeri ini kepada orang yang pernah gagal mentadbirnya.

 

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SASTERA DARUL IMAN (HASDI) 2013 DI PRINZPARK RESORT KUALA TERENGGANU. MAJLIS DISEMPURNAKAN OLEH YANG DIPERTUA DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU, MOHD ZUBIR EMBONG

Gambar-gambar oleh ZULKIPLI PUTRA (Jurufoto UKOM)

Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Mohd Zubir Embong ( kanan) menyampaikan hadiah Tokoh Sastera kepada Tuan Sharif Tuan Putera  sambil diperhatikan YB Ghazali Taib (tangah) ketika  majlis penyampaian Hadiah Sastera Darul Iman HASDI 2013 di Prinzpark Resort Kuala Terengganu tadi.


 







21 March 2014

Iskandar luang masa berkempen di Kajang.

Iskandar memberitahu sesuatu kepada seorang pengundi Prk Kajang.
Oleh: Aminudin Ismail.

UNTUK memastikan Barisan Nasional (BN) kembali mentadbir Kajang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Setiu meluangkan masa kira-kira satu jam bertemu pengundi di sebuah taman di Bandar Kajang, hari ini, berkempen untuk kemenangan BN.

Iskandar juga Ketua Pemuda UMNO Setiu dan Exco Pemuda UMNO Malaysia itu, tiba bersama dua Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda UMNO Setiu di Kajang malam semalam, sempat mengunjungi beberapa buah rumah pengundi Melayu China dan India.

Walaupun kebanyakan penghuni di taman itu tiada di rumah kerana keluar bekerja tetapi Iskandar bernasib baik kerana beberapa rumah yang dikunjunginya ada penghuni dan beliau sempat berkempen supaya memberi sokongan kepada calon BN pada piliharaya kecil Ahad ini.

Sempat 'jumpa seorang penduduk India untuk berkempen.
"Alhamdulillah, saya sempat bertemu dengan beberapa penduduk di kawasan ini, walaupun ada yang saya temui tidak mengundi di Kajang ini tetapi mereka memberi kesanggupan untuk memberitahu saudara mara dan kawan-kawan supaya pangkah BN pada hari mengundi nanti.

"Manakala yang mengundi di sini memberi komitmen untuk sokong BN. Saya mengharapkan calon BN yang bertanding akan mendapat sokongan padu dari pengundi di PDM ini supaya BN akan kembali mendapat mandat seterusnya mentadbir kawasan ini.

"Bagi meneruskan kesinambungan pembangunan yang ditinggalkan pemimpin BN yang pernah mentadbir Dun ini," katanya kepada Teganukita selepas selesai kunjungan itu.

Dalam kunjungan itu Iskandar sempat menghulurkan cenderahati ikhlas dari Kerajaan Negeri Terengganu kepada penduduk di kawasan taman perumahan itu.
Kebanyakan penghuni tiada di rumah.

Seorang penduduk gembira terima goodi

Iskandar sempat berbual dengan seorang penghuni.

 

JENTERA BN TERENGGANU DI KAJANG BERJALAN LANCAR.

Khomsa (kanan) bersama Jailani di Bilik Gerakan.
Oleh: Roslan Abdul Rahman (Pengarang TEGANUKITA).
Gambar: Aminudin Ismail.

JENTERA BN Terengganu di Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang berjalan lancar dan memberi suntikan kepada jentera tempatan di PDM Bandar Kajang. Ini terutamanya, gerakan bersepadu yang dijalankan oleh Jentera Wanita, Pemuda, Puteri yang bergerak dari rumah ke rumah pengundi sejak beberapa hari lepas bersama-sama jentera tempatan yang mengetuai gerakan kempen itu.

Penyelaras Urusetia Kontinjen Terengganu merangkap Setiausaha Kerja BN Terengganu, Mohd Khomsa Chik, berkata di bawah pimpinan YB Dato' Jailani Johari selaku Ketua Kontinjen dan Timbalannya A.Latiff Awang jentera Terengganu hanya bertindak sebagai pembantu kepada jentera tempatan dan semua operasi ditentukan oleh jentera tempatan di PDM Bandar Kajang.

Berkempen di Pasar Kajang.
"UMNO Bahagian Sepang juga turut mambantu selaku bapa angkat kepada PDM Bandar Kajang. Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said selaku pengerusi BN Terengganu mengarahkan jentera dari Terengganu membantu sebaik mungkin untuk kejayaan BN dalam PRK ini.

Menurutnya, Menteri Besar Terengganu dijangka tiba petang ini untuk membuat sentuhan terakhir terhadap kempen BN Terengganu di Kajang dan meraikan petugas yang bertungkus lumus sepanjang kempen dijalankan. 

Mohd Khomsa berkata, jentera Terengganu diberi peranan untuk fokus kempen kepada kira-kira 452 orang pengundi berbangsa Melayu di PDM Bandar Kajang.
Bilik Gerakan di Metro Avenue 1

Wanita bergambar kenangan.

Anggota kontinjen bersama seorang pengundi.
Kumpulan Pemuda UMNO Terengganu yang terbabit kempen.


BN ada peluang di Kajang- Dato' Rosli Mat Hassan.

Rosli (kanan) bersama Dato' Seri Shabery Chik di Bilik Gerakan BN di Bandar Kajang, semalam.
Oleh: Aminudin Ismail.

PEGAWAI Khas Menteri Besar Parlimen Dungun, Dato' Wira Rosli Mat Hassan yakin BN mempunyai peluang untuk memenangi Pilihanraya Kecil DUN Kajang yang akan diadakan pada Ahad ini berikutan prestasi yang ditunjukan kompenen BN.

"Saya nampak di PRK Kajang ini ketika hari penamaan calon semangat pengundi daripada BN terutamanya MCA dan MIC dan UMNO, saya nampak samangat kesatuan itu tinggi, semangat hendak bekerja pun tinggi.

"Saya diberitahu bahawa mereka semua sudah bergerak dengan cergas cuma darisegi realiti politik pilihanraya ialah apabila PRU yang lalu majoriti menang adalah besar, tapi kali ini, saya beranggapan peluang adalah 50/50.

Beberapa ahli UMNO sedang berbincang di Bilik Gerakan.
"Ini adalah kerana isu semasa banyak menyebelahi BN tetapi yang lebih penting adalah, kawasan ini adalah kawasan bandar, kebanyakan pengundi tinggal di luar kawasan jadi saya cuma berharap pengundi di kawasan Kajang ini lebih berfikiran terbuka.

Katanya, beliau mengenali calon BN, Chew Mei Fun, adalah seorang yang mempunyai intergriti yang tinggi, seorang yang jujur dan bekerja kepada rakyat.

"Dia memang suka (berkhidmat untuk rakyat) kerana ia pernah menjadi Timbalan Menteri. Seorang pemimpin yang dilihat sebagai berkemampuan dan apabila ia memang nanti, saya yakin kerajaan pusat mungkin membuat satu saluran peruntukan untuk rakyat Kajang," katanya.
Wanita UMNO Terengganu yang bantu kempen.


Amirul pecah rekod SBP peroleh 11A+

Oleh: Suriati Ali

 Anak kelahiran Kampung Air Sejuk, Setiu, Mohamad Amirul Shah Alias, muncul pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) negeri dengan pencapaian 11 A+, sekaligus memecah rekod Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Batu Rakit yang memperoleh A+ atau Cemerlang Tertinggi dalam semua mata pelajaran diambil dalam peperiksaan berkenaan.

 Mengakui tidak mempunyai rahsia tertentu, sebaliknya menurut Mohamad Amirul Shah, belajar secara berkumpulan dan sering memulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran sebelum memulakan pembelajaran antara amalan yang dilakukannya.

 “Saya selalu meletakkan pendirian, di mana untuk seeorang itu berjaya adalah dengan berusaha bersungguh-sungguh dan saya juga seperti mana pelajar-pelajar yang lain sering belajar secara berkumpulan.

 “Ini kerana, melalui cara belajar sebegini orang kurang cerdik akan berkongsi ilmu dengan dengan orang yang cerdik, di samping menjadikan kejayaan pelajar terdahulu sebagai perangsang untuk kita berjaya,” kata anak bongsu daripada lapan beradik ini.

Katanya lagi, dia juga tidak meletakkan sebarang tempoh jam tertentu untuk belajar sendiri, sebaliknya sentiasa fokus ketika guru mengajar di dalam kelas.

 “Malah, saya juga berpendapat rehat yang mencukupi juga penting bagi seseorang pelajar terutamanya dalam tempoh menghampiri peperiksaan,” katanya yang memperoleh keputusan 4A+ 5A dan 2A- dalam peperiksaan percubaan sebelum ini.

 Menurut anak kepada pasangan Alias Che Soh, 65, dan Mek Eshah Che Muda, 58, ini lagi, kejayaan yang diraihnya itu mungkin tidak akan diperoleh tanpa adanya sokongan dan dokongan daripada ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan dan keluarga.

 “Kejayaan ini juga hasil daripada semua pihak dan saya ingin berterima kasih kepada semua terutamanya kedua ibu bapa, guru-guru dan rakan yang banyak membantu hingga saya mencapai kejayaan seperti mana hari ini (semalam),” katanya.

 Ketika ditanya mengenai perancangannya selepas ini, Mohamad Amirul Shah mengakui bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.

 Sementara itu, ibunya, Mek Eshah mengakui Mohamad Amirul Shah seorang anak yang sentiasa mendengar kata dan gigih berusaha.

 “Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan rezeki yang diberikan ini (kejayaan Mohamad Amirul Shah) dan ternyata segala usaha dan penat lelahnya belajar selama ini terbalas dengan memperoleh keputusan yang cemerlang.

 “Sebagai ibu saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak saya, di samping ingin melihat dia berjaya di dunia dan di akhirat,” kata surirumah  itu