Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.
Alhamdulillah, bersyukur kita ucapkan kepada Allah Taala kerana diberikan kesempatan menjadi tetamu Allah Taala selama sebulan di bulan Ramadan. Satu bulan yang disediakan kepada kita untuk mentarbiah dan mendidik diri agar menjadi orang yang bertaqwa.
Hari raya pula ertinya kita menyambut kemenangan. Kemenangan melawan hawa nafsu dan meninggalkan larangan Allah Taala dalam bulan Ramadan.
Semoga hari raya yang disambut ini, menjadikan kita lebih baik dari tahun sebelumnya.