Jenama yang baik mempunyai makna dan maksud yang jelas, apabila kita menyebut Alif-Min-Nun-Wau ianya menghasilkan perkataan yang membawa maksud BERIMAN. Perkataan ini mempunyai makna atau erti yang jelas.
Maka, dengan berpandukan tujuan ini kita akan mengatur langkah dan haluan yang betul dan tepat untuk menuju kepada matlamat hidup kita. Kemanisan perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara akan terasa di hati dan tiada lagi keraguan untuk bertindak.
Apa yang penting ialah kita perbaiki diri dari hari ke hari dengan menjauhkan diri dari perkara-perkara yang dilarang oleh agama.
Beriman adalah merupakan matlamat yang perlu ada bagi setiap insan yang hidup di atas muka bumi ini.
Semua manusia yang dilahirkan mempunyai tujuan hidup yang jelas di atas muka bumi ini. Orang-orang yang berjaya, kesemuanya sudah berjaya mencari tujuan hidup yang sebenar. Mereka mengambil masa dalam mengkaji aspek sebenar kehidupan mereka dan mereka usahakan segala tujuan hidup mereka.
UMNO adalah merupakah wadah perjuangan yang jelas di mana kita boleh memberikan sumbangan dan sokongan yang berterusan tanpa sebarang keraguan ke atas segala usaha murni yang dijalankan.
Kehidupan Ini.Hidup ini, jika tidak disertakan dengan tujuan yang jelas, segala tindak tanduk kita akan terjejas dan mungkin menjadi kesilapan dalam kehidupan. Tetapi, jika anda mempunyai tujuan yang jelas, segala perkara yang dilakukan akan menuju ke arah satu tujuan iaitu kesempurnaan. Jangan sekali-kali kita biarkan hidup kita ini dijadikan alat atau hamba untuk melakukan kerosakan misalnya bertolong-tolongan untuk mewujudkan suasana tidak aman di dalam negara.
Tujuan Yang Jelas.Islam mengajar kita tentang seni sebuah kehidupan yang disertakan tujuan yang jelas mengapa kita berada di bumi ini iaitu semata-mata untuk menjadi hamba kepada Nya.
Dia telah menggariskan panduan hidup menjadi manusia yang berjaya di dunia dan juga di akhirat kelak. Kita diibaratkan seorang yang sesat di tengah perjalanan, lalu diberikan sebuah peta untuk menunjuk arah yang perlu kita lalui untuk sampai ke sebuah destinasi yang kita impikan. Begitu juga dengan kehidupan, kita yang tidak boleh lari dari Islam itu sendiri. Allah memberikan kita panduan melalui al-Quran untuk kita fahami dan mengamalkannya agar dalam kehidupan kita di dunia ini yang membawa kita ke arah syurga-Nya yang tidak terhitung kenikmatannya.
Berpijak Di BumiPerjuangan Islam tidak berubah pernah berubah dari dahulu hingga sekarang dan ianya tidak akan berubah kerana desakan atau kepentingan duniawi atau kerana agenda pilihan raya.
Hidup tanpa tujuan, ibarat layang-layang yang terputus talinya. Terbang jauh di udara tetapi tidak tahu ke mana arah yang ingin disempurnakan. Percaya dan yakinilah bahawa segala yang terkandung di dalam al-Quran dan sunnah Nabi itu adalah benar dan petunjuk sepanjang zaman. Pelajarilah, fahamilah dan ikutilah segala yang dituliskan di dalam kitab suci al-Quran. Mudah-mudahan, Allah swt memberikan kita hidayah dan iman yang kuat untuk kita terus berjuang untuk berjalan merentasi masa yang semakin singkat ini.
Apa yang diperjuangkan oleh UMNO selama ini adalah melaksanakan apa yang dituntut oleh agama Islam. Perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan, serta memastikan kebajikan rakyat terbela dalam memajukan ummah tanpa sebarang diskriminasi terhadap kaum yang lain.
Islam meraikan tujuan di dunia.Islam menyuruh kita agar tidak juga melupakan kebahagian kita di atas muka bumi ini. Jika anda ingin menjadi seorang doktor, pastikan tujuan anda untuk menjadi doktor itu selaras dengan al-Quran. Islam ini lengkap dan sempuran malah ia sangat mudah untuk dipraktikkan di dalam kehidupan. Tiada satu pun yang tertinggal dalam memberi panduan dalam segenap aspek kehidupan manusia. Teruskan mengejar impian anda tetapi mestilah ianya halal dari sudut Islam. Kedamaian telah dikurniakan ke dalam kehidupan maka kita hendaklah memakmurkan kehidupan ini dengan menjaganya dari berlaku kerosakan, huru-hara atau ketidakselesaan.
Kukuhkan tujuan hidup.Pengukuhan tujuan hidup ini hendaklah dibuat secara istiqamah dalam memastikan ianya dilaksanakan semata-mata untuk mencapai kejayaan, kecemerlangan dan kegemilangan agama, bangsa dan negara.
Katakanlah sentiasa pada diri kita bahawa tujuan hidup kita adalah untuk menjadi orang yang beriman kerana perkataan ini benar-benar menyentuh hati apabila anda membacanya dengan hati yang tulus dan ikhlas.
Ingatlah apabila disebut sahaja perkataan UMNO, dalam bahasa Arab ianya jelas membawa maksud beriman dan orang-orang yang beriman sentiasa menghubungkan tali persaudaraan.