Mohd Jidin...sampai sasaran. |
SERAMAI kira-kira 250 peserta Festival Mencandat Sotong Antarabangsa 2014, Terengganu dari dalam dan luar negara akan memulakan cabaran mencandat sotong di sekitar Pulau Chepu, Setiu bermula jam empat petang esok. (hari ini).
Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, kesemua peserta itu tiba di Kuala Terengganu sejak beberapa hari lalu dan berakhir pada tengahmalam tadi melalui penerbangan terakhir FireFly dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu.
Enak ... peserta dihidang pelbagai makanan tradisi Terengganu. |
“Alhamdulillah, sambutan terhadap program ini amat mengalakan di mana seramai kira-kira 250 peserta dari dalam dan luar negara akan menyertai festival ini dan ianya sudah mencukupi untuk program yang pertama kali kita adakan ini.
“Persediaan kita telah membuat begitu rapi termasuklah seramai 1,000 penjaga termasuk Polis di tugaskan untuk menjaga peserta ini dan kita akan bermula pada pagi ini, bermula ke Wetland Setiu dan beberapa tempat yang menarik.
Asyik .... melihat majalah promosi pelancongan Terengganu. |
“Pada jam 4 petang kita membuat persediaan untuk bertolak ke Jeti Fikri ataupun Kampung Mangkok untuk mencari tempat atau lokasi terbaik antara Pulau Chepu hingga ke Pulau Bidong dan kita berharaplah, esok cuacanya menarik,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke Majlis Taklimat dan Makan Malam peserta mencandat sotong itu di Primula Hotel, Kuala Terengganu, sebentar tadi. (semalam).
Mohd Jidin berkata, peserta mencandat sotong itu dijangka akan kembali semula ke daratan kira-kira jam 10 malam dan akan meneruskan program itu untuk hari seterusnya.
Mesra .... meraikan kehadiran peserta. |
Katanya, antara peserta dari luar negara yang mengambil bahagian ialah dari China, Spain, Perancis, Jerman, Itali, Iran, England, USA, Chile dan Kanada dan yang paling ramai ialah dari negara China iaitu seramai 32 peserta.