Gembira...beberapa peserta tiba di LTSM, hari ini. |
PENGAMAL media dari luar negara, termasuk Negara China telah pun mula tiba ke Terengganu bagi menyertai Festival Candat Sotong Antarabangsa Terengganu 2014.
Peserta dari Chile seramai empat orang telah tiba semalam (10 April) melalui Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Kuala Terengganu. Manakala pagi ini (11 April) antara peserta luar negara yang tiba ialah China seramai 5 orang, India (3), Indonesia (4), Amerika Syarikat (2), Australia (1), Thailand (1), Hong Kong (1) dan Italy (1).
Tiga peserta luar negara teruja tiba di LTSM, hari ini. |
Dijangka keseluruhannya wartawan, bloggers dan semua pengamal media luar negara yang bakal menyertai pesta ini ialah seramai 102 orang.
Mereka akan digabungkan dengan peserta tempatan terdiri kira-kira 100 orang pengamal media tempatan, terutamanya dari media arus perdana Malaysia dan juga bloggers terkemuka di negara ini.
Mereka menginap di beberapa hotel utama di bandar Kuala Terengganu, termasuklah Hotel Primula, Permai Inn dan Grand Puteri.
Malam ini para peserta akan diraikan dalam satu majlis makan malam di Hotel Primula serta diberi taklimat sebelum akan berlepas ke Setiu Wetland keesokannya dan mencandat sotong di sekitar laut di daerah Setiu.
Gambar-gambar: Harris Fadzillah
Peserta dari China yang tiba hari ini. |