Halaman

25 February 2014

400 pelatih PLKN di Bukit Wan.

Bazlan sedang memeriksa perbarisan pelatih PLKN.
Oleh: Aminudin Ismail.

KIRA-kira 400 pelatih Pusat Khidmat Negara (PLKN) dari Kem Merang Suria, Merang, Setiu gembira dapat menjayakan Program Khidmat Komuniti Pelatih PLKN Kumpulan 1, Siri 11/2014 bersama Komuniti Kampung Bukit Wan yang diadakan di Kampung Bukit Wan, Batu Rakit, semalam.

Rata-rata pelatih yang ditemui menganggap program itu banyak memberi pengalaman berguna terutamanya ketika dapat bersama-sama masyrakat menjayakan beberapa aktiviti kemasyarakatan antaranya ialah gotong-royong dan dapat berkenal mesra dengan penduduk dengan pelbagai aktiviti yang diadakan.

Selain gotong-royong, antara aktiviti yang diadakan ialah pemeriksaan kesihatan percuma, membuat kad pengenalan, aktiviti untuk murid sekolah dan pamiran.

Pelatih sedang mengecat pagar berhampiran sekolah.
Pegawai Penerangan Daerah Setiu, Noriham Ahmad berkata, kira-kira 1,000 terbabit dengan program itu, selain pelatih PLKN ia juga membabitkan penduduk kampung, beberapa agensi kerajaan dan sukarelawan pelancongan.

"Program ini adalah anjuran bersama Komuniti 1Malaysia, Khidmat Negara, Jabatan Penerangan,dan Kementerian Pelancongan Negeri Terengganu," katanya.

Katanya, Jabatan-jabatan lain yang terbabit ialah Klinik Kesihatan Batu Rakit, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pendaftaran, Polis, Pejabat Daerah Kuala Terengganu dan Tabung Haji.

Majlis perasmian penutup dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman, kira-kira jam 11.30 pagi. Dalamm ucapanya, Bazlan mahu semua yang hadir termasuk pelatih PLKN mengekalkan keharmonian antara kaum supaya negara ini sentiasa dalam suasana aman.

"Di negara ini, semua kaum dapat hidup aman dan damai. Kekalkan keharmonian perpaduan ini dan jangan buat hura-hara yang boleh merosakan negara sebagaimana yang sedang berlaku di sesetengah negara sekarang," katanya.

Turut hadir ialah Mohd Sabri Zakaria dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Terengganu, Wakil Pengarah Penerangan, Mohd Idris Deraman dan Mazlan Mohamed, Timbalan Komandan Kem Merang Suria.
Kaunter Jabatan Penerangan turut beroperasi.

Doktor memeriksa pelatih.

Tiga pelatih asyik menatap barang pamiran.



Pengerusi majlis memulakan acara.

Seorang penduduk menatap majalah Jabatan Penerangan.

Antara jemputan yang hadir.

Pelatih sempat 'berposing' untuk Teganukita.

Pelatih lelaki mendengar ucapan Bazlan.
Sebahagian pelatih yang hadir.

Pelatih segak ketika menyanyikan lagu 'PLKN"

 

No comments: