Halaman

27 February 2014

Bersepakat majukan pendidikan Dun Langkap.

Ramlan(Tengah) mempengerusikan mesyuarat.
Oleh: Aminudin Ismail. 

JAWATANKUASA Biro Pendidikan dan Multimedia Dun Langkap bersepakat mahu supaya mutu pendidikan dan pencapaian akademik pelajar di Dun itu akan terus dipertingkatkan bagi mempastikan jumlah pelajar yang mendapat straight A dalam peperiksaan utama akan bertambah pada setiap tahun.

Mesyuarat biro yang diadakan di Pejabat Dun Langkap, Sungai Tong malam semalam itu membuat pelbagai pendapat dan cadangan antaranya ialah mengadakan lebih kerap kem atau seminar peperiksaan diperingkat Dun atau sekolah dan menubuhkan Tabung Pendidikan Dun Langkap untuk mengumpul dana bagi melancarkan perjalanan program yang diatur.

Ramlan (kanan) bersama SU Penyelaras Dun.
Pengerusinya, Ramlan Isa, berkata mesyuarat biro yang pertama kali diadakan itu juga membincang mengenai satu program yang akan diadakan bagi membantu lepasan SPM melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Selain itu, mesyuarat juga bersetuju untuk menyebarkan maklumat mengenai segala aktiviti yang dilakukan oleh Wakil Rakyat Dun Langkap dan pelbagai aktiviti lain yang berlaku di Dun itu di laman sosial dan mini buletin yang akan diadakan nanti.

"Semua cadangan-cadangan ini kita akan bentangkan di mesyuarat sebenar yang kita adakan nanti dan di jangka Ahli Dewan Undangan Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor akan hadir bagi menyelesaikan beberapa masalah yang berbangkit," katanya.

Sementara itu, seramai 12 orang jawatankuasa biro yang dicadangkan hadir pada mesyuarat itu dan masing-masing nampak bersungguh memberi komitmen untuk memajukan pendidikan di Dun Langkap.
Antara yang hadir.

Mendengar cadangan yang diberi.

Dua pengetua Sekolah Menengah kuatkan lagi Biro.