Halaman

26 February 2014

Program Cakna Alam hijaukan Kampus UNISZA Tembila


YB Mohd Mahdi Musa menanam pokok simbolik pelancaran program cakna alam

Oleh: Mohammad Ishak 

Program Cakna Alam UNISZA yang dilancarkan hari ini diharap mampu menghijau lanskap kampus universiti berkenaan dengan pelbagai tanaman tumbuhan selain satu usaha menangani isu pencemaran dan kerosakan alam sekitar.

Program yang diilhamkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang dilancarkan pada 4 Jun 2009 bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

Kampus UNISZA Tembila, Besut, tidak ketinggalan menyertai kempen berkenaan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti memmabitkan pelajar dan masyarakat setempat menghijaukan seluruh kawasan kampus.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa ketika melancarkan program itu mahu aktiviti menghijaukan kawasan dengan tanaman pelbagai sepsis pokok dan tumbuhan akan diteruskan pihak pengurusan universiti.

Majlis pelancaran itu dihadiri lebih 300 jemputan termasuk pelajar dan pemimpin komuniti setempat seperti Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berhampiran.

Timbalan Naib Canselor (Akademik) Dr Mohd Ikhwan Toriman berkata, sempena pelancaran itu pihaknya mengadakan pelbagai aktiviti seperti penanaman pokok, pertandingan memancing, memasak berasaskan ubi dan labu, pameran pendidikan dan pemeriksaan secara percuma.

Kampus Cawangan Tembila dengan keluasan hampir 1000 ekar kini hanya dibangunkan dengan bangunan pentadbiran, kolej kediaman dan kemudahan lain perlu diberi keutamaan dengan tanaman pokok untuk kelihatan hijau.