Halaman

01 March 2014

Tuntung semakin kurang.

Oleh: Aminudin Ismail.

LANGKAH-LANGKAH bagi mengatasi kepupusan tuntung di negeri ini perlu diambil perhatian oleh semua pihak termasuklah masyarakat berikutan pendaratan spesis terancam itu di Setiu semakin berkurangan sejak lima tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif/Pegarah Eksekutif WWF-Malaysia (Tabung Alam Malaysia), Dato’ Dr Dionysius Sharma, berkata sebanyak 69 sarang tuntung dieramkan pada tahun lepas berbanding 114 sarang pada 2009.


“Tuntung laut sedang menghadapi ancaman kepupusan yang sangat krikital dan hal ini perlu ditangani secara serius.

"Amalan pemakanan telur tuntung yang masih berleluasa, kemusnahan habitat akibat pembangunan yang tidak terancang dan terperangkap pada pukat nelayan menjadi ancaman kepada spesis itu.

“Tuntung laut adalah satu spesis yang unik di mana mereka mendiami muara sungai serta kawasan tanah bencah dan anak-anak sungai.

"Selain itu, mereka juga berpindah semasa musim mengawan dan tuntung laut betina pula akan bertelur di kawasan pantai yang turut dikunjungi penyu,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, pemuliharaan tuntung laut haruslah dilaksanakan secara bersepadu dengan kerjasama pelbagai agensi dan organisasi komuniti tempatan supaya haiwan itu akan terus terpulihara dan tidak akan pupus pada masa depan.

 

No comments: