Bekas Menteri, Dr Yusof Noor dan Dr Abdullah bersama calon BN Parlimen Besut
Oleh: Mohammad Ishak
Dua bekas menteri kabinet yang hadir sebagai pencadang dan penyokong kepada calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Besut, Dato' Seri Haji Idris Jusoh membakar semangat penyokong parti berkenaan yang hadir di Pusat Penamaan Calon, hari ini.
Bekas Menteri Perusahaan Awam, Tan Sri Dr Yusof Mohd Nor dan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Abdullah Md Zin masing-masing sebagai pencadang dan penyokong kepada Dato' Seri Haji Idris.
Kira-kira 2,000 penyokong BN berarak mengiringi calon BN kira-kira satu kilometer, bermula dari Pusat Khidmat Masyarakat, Kota Putera ke Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah Besut..
Laungan keramat “Gelombang Biru” yang diketuai calon Parlimen Dato' Seri Haji Idris disambut meriah oleh penyokong-penyokong BN.
Kesemua calon BN iaitu Dato' Seri Haji Idris Jusoh (Parlimen Besut); Muhammad Pahemi Yusof (DUN Jertih), Dr A Rahman Mokhtar (Kuala Besut); Nawi Mohamad (Hulu Besut), dan calon muka baru Mohd Mahdi Musa (DUN Kota Putera) tiba di tempat penamaan calon kira-kira jam 8.45 pagi.
Sementara itu, kehadiran calon PKR Dr Mohamad Abd Ghani,61,bersama pencadang dan penyokongnya yang tiba kira-kira jam 9.00 pagi mengejutkan orang ramai
Pengesahan calon PKR, Dr Abd Ghani bertanding atas tiket PKR menyebabkan DUN Kota Putera menjadi perhatian apabila berlaku pertandingan tiga penjuru di Parlimen Besut antara calon Mohd Mahdi Musa (BN) dan Adam Mat Said (Pas).
Penampilan Dr Abdulah Ghani yang juga bekas guru berpakaian baju biru iaitu hampir menyamai pakaian dipakai calon BN menyebabkan ramai yang keliru.
Sementara itu, calon PAS diiringi kira-kira 1,500 penyokong turut mengejutkan orang ramai kerana mereka membawa bersama kanak-kanak bawah umur mengiringi calon.