BN Terengganu akan membuat post-mortem punca merosot kerusi BN dalam PRU13. |
Barisan Nasional (BN) Terengganu akan melakukan post-mortem bagi mengenal pasti punca kekalahan calon-calonnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negeri ini.
Pengerusinya, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata perkara itu akan dlakukan segera bagi membolehkan tidakan segera dilakukan bagi mengenal pasti puncanya.
Beliau berkata, pihaknya mendapati kehadiran pengundi luar di sebahagian besar kawasan yang menyaksikan kekalahan calon-calon BN menjadi faktor kekalahan tersebut.
BN hanya memenangi empat daripada lima kerusi yang dipertandingkan di Parlimen Kemaman. |
Calon BN, Wan Hakim mendapat sokongan padu daripada ayahnya, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, yang juga mantan Menteri Besar Terengganu selepas menang kerusi DUN Air Putih, Kemaman. |
“Pada peringkat awal kita menjangkakan BN akan menang 28 kerusi DUN, tetapi keputusan yang dicapai jauh dari yang kita jangkakan,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Umno Bahagian Kemaman, awal pagi ini.
Dato’ Seri Haji Ahmad bagaimanapun, berkata pihaknya bersyukur kerana BN masih terus kekal memerintah negeri ini walaupun hanya dengan keputusan majoriti mudah.
“Kita (BN) akan terus memberi khidmat kepada rakyat Terengganu yang memilih BN sebagai kerajaan dan meneruskan dasar-dasar serta projek pembangunan yang dirancang sebelum ini,” katanya.