Halaman

31 May 2012

102 terima Geran Teman 1Azam

Oleh FAUZI MOHD

Seramai 102 wanita yang berkecimpung dalam perniagaan kecil di negeri ini dibantu keluar daripada kepompong kemiskinan menerusi pemberian geran berbentuk peralatan perniagaan di bawah program Teman 1Azam.



Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Dato’ Yahya Khatib Mohamad berkata, peralatan keperluan perniagaan itu termasuk kelengkapan berniaga burger, andaman, dobi, menjahit dan gunting rambut.

Menurutnya, fasa permulaan itu melibatkan semua empat program iaitu Azam Tani, Azam Niaga, Azam Kerja dan Azam Khidmat.

“Program yang berteraskan konsep keusahawanan sosial itu menawarkan bantuan barangan perniagaan dengan kadar maksimum RM5,000 seorang.



“Selain itu, mereka turut dipertimbangkan bagi memohon pinjaman kewangan melalui skim pinjaman mikro di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia," katanya pada majlis penutup Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia di Pasar Awam Binjai Rendah, Marang hari ini.

Program penutup itu dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said. Turut hadir, Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Tan Sri Napsiah Omar.

Geran Teman 1Azam itu adalah salah satu inisiatif kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membantu golongan wanita dan ibu tunggal yang berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan diri dan keluarga.

Menurut Dato’ Yahya, usaha kerajaan memperkenalkan program itu merupakan strategi bagi menggalakkan golongan tersebut berdikari menerusi bidang keusahawanan.

"Program ini mampu membantu rakyat keluar daripada belenggu kemiskinan dan terbukti sebelum ini ramai peserta berjaya meningkatkan jumlah pendapatan antara RM500 sehingga RM700 sebulan," jelasnya.


JKKK diminta pantau hal ehwal kampung -MB

Oleh; Esah Abdullah

Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said meminta Jawatan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sentiasa memantau perkembangan yang berlaku sekitar kampung serta mengambil tahu mengenai kesihatan penduduk.



“Jangan sampai mereka masuk surat khabar, kerana ini membabitkan nama baik wakil rakyat kawasan berkenaan,” katanya di majlis Perjumpaan Menteri Besar bersama JKKK Daerah Kuala Terengganu bertempat di Stadium Negeri Kuala Terengganu hari ini (31 Mei).

Katanya, kerajaan beri peruntukan RM1 juta setiap kawasan untuk bantu rakyat di kampung-kampung yang menghadapi pelbagai kesukaran.

“Bantulah siapa saja yang layak, biar pun mereka berlainan parti, mudah-mudahan mereka nampak siapa yang lebih mengambl berat terhadap kebajikan rakyat,” katanya di hadapan kira-kira 2,227 orang daripada 293 JKKK dalam daerah ini.

Hadir sama, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato’ Sahlan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Haji Abdul Rahin Mohd Said dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Haji Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua Pengarah Biro Tata Negara, Raja Arif Raja Ali.

Turut serta dalam perjumpaan itu, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Haji Wan Ahmad Farid Wan Salleh; Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Haji Mohd Nasir Ibrahim Fikri; Adun Tepoh, YB Haji Muhammad Ramli Noh ; Pegawai Pembangunan DUN Batu Burok, Dato’ Haji Che Mat Jusoh dan Pegawai Pembangunan DUN Manir, Haji Yusof Hitam.

Menteri Besar juga berharap tidak ada yang mengambil sikap sabotaj parti semata-mata kerana tidak sebulu dengan calon yang dipilih pucuk pimpinan parti.

“Kalau parti kuat, kerajaan akan kuat dan JKKK juga akan teguh tapi jika parti rebah JKKK pun akan lenyap,” katanya.

Menteri Besar kemudiannya mengajak semua organisasi dalam kampung termasuk cawangan UMNO dan JKKK berpadu tenaga pertahankan parti dan kerajaan demi masa depan bangsa Melayu yang gemilang.





Dana Remaja diagih esok

Oleh: Suriati Ali

Anak jati Terengganu terutama golongan belia di negeri ini terus mendapat manfaat daripada kerajaan negeri yang sememangnya prihatin mengenai pelbagai aspek terutama berkaitan kebajikan, kemudahan dan pendidikan.

Terbaru, kira-kira 91,517 belia yang layak di seluruh Terengganu akan menerima Dana Remaja bermula besok (1 Jun) di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Daripada kira-kira RM18.3 juta akan diperuntukan di mana setiap belia berusia antara 18 hingga 40 tahun dan belum berkahwin layak menerima RM200.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata jumlah itu meningkat 10 peratus berbanding tahun lalu iaitu seramai 83,197 belia membabitkan peruntukan RM16.6 juta menerima dana itu.

Sehubungan itu, beliau meminta golongan belia dan remaja supaya sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan BN yang sentiasa membela nasib mereka.

“Dalam hal ini, adalah tidak wajar jika golongan belia ‘mengigit’ tangan yang memberi mereka makan.

“Mereka tidak wajar tepengaruh dengan hasutan pembangkang agar membenci Kerajaan BN, sebaliknya menyokong kerajaan pada setiap masa bagi memastikan BN terus memerintah negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti,”katanya.


Belanja RM36.26 juta, bayar elaun imam dan bilal

Oleh: Suriati Ali

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) membelanjakan kira-kira RM36.26 juta sepanjang tempoh 2008 hingga tahun lalu, bagi membayar elaun kepada 2,100 imam dan bilal seluruh Terengganu.

Daripada jumlah itu, pembayaran elaun sebanyak RM12.95 tahun lalu meningkat sekali ganda berbanding RM6.70 juta pada 2010 berikutan imam dan bilal menerima penyelarasan elaun baru.

Pesuruhjaya JHEAT, Haji Mohd Rozali Saleh, berkata kadar elaun yang diterima golongan itu bermula 1 Januari tahun lalu adalah sebanyak RM800 bagi seorang iman berbanding tiga skim sebelum ini iaitu RM650, RM625 dan RM600.

“Manakala bilal pula dibayar sebanyak RM600 seorang berbanding RM450, RM425 dan RM400,” katanya.

Menurutnya, JHEAT turut membelanjakan kira-kira RM480,000 bagi melaksanakan kursus pengimarahan masjid seluruh Terengganu sepanjang 2010 hingga tahun lalu.

“Daripada jumlah itu, sebanyak tujuh siri kusus dijalankan pada 2010 dengan melibatkan perbelanjaan hampir RM277,000, manakala lima siri kursus diadakan pada tahun lalu dengan peruntukan RM203,000.

“Seramai 1,830 peserta di kalangan imam dan bilal menyertai kursus mengimarahkan masjid menerusi tujuh siri dengan setiap siri merangkumi tiga sesi sepanjang 2010,” katanya.

Katanya, sehingga kini, lebih 70 peratus peserta berjaya hadir ke setiap sesi kursus yang lazimnya diperuntukkan kepada 100 hingga 120 peserta itu,” katanya.

“Pihak kami akan terus mengadakan program pengimarahan itu bagi memastikan peranan pemimpin barisan depan dalam masyarakat itu akan terus diperkasakan dan di pandang tinggi seluruh umat Islam,” katanya.


JKKK Jalan Tekukur, Gong Lingai muncul johan kampung bersih peringkat negeri

Oleh: Aida Abd Rahman



Menjadikan Kampung Bukit Wan, Batu Rakit yang memenangi pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri 2010/2011 sebagai indikator dan panduan memberi pulangan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Jalan Tekukur, Kuala Terengganu apabila memahat kejayaan serupa bagi kategori dalam kawasan operasi pada tahun ini.



Kemenangan kampung yang memiliki kepadatan 2,750 penduduk dan berbilang kaum diketuai Pengerusi JKKK, Puan Arpah Othman berjaya membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta RM250,000 sebagai dana bagi menjalankan projek pembangunan kampung.

Hadiah kemenangan disampaikan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, di Padang Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman I, Kuala Terengganu, petang semalam (30 Mei).

Selain menggondol hadiah utama, JKKK Jalan Tekukur turut meraih hadiah terkumpul RM4,000 masing-masing bagi kategori Kebersihan Persekitaran Dalam Kawasan kampung, Keceriaan Landskap, Kawalan Vektor dan Kepimpinan.

Menurut Puan Arpah, sifat muafakat dan kerjasama semua AJK JKKK dan penduduk dengan bantuan penghulu sejak September tahun lalu bagi memastikan kampung mereka boleh memenangi pertandingan yang julung kali disertai itu membuahkan hasil apabila diumumkan johan pertandingan.

Katanya, ramai wanita kampung berkenaan terlibat dengan Industri Kecil Sederhana termasuk mengusahakan makanan seperti sate, karipap, popia, selain mengusaha kedai kek popular di bandar ini, Ziq Bakery & Cake.

“Ziq Bakery turut membantu memberi peluang dan ruang kepada anak muda yang menganggur untuk mempelajari selok-belok penyediaan biskut dan kek sebagai persiapan melibatkan diri dalam perniagaan itu.

“Malah, kami juga akan menganjurkan bengkel perniagaan untuk penduduk kampung bagi memberi pendedahan dan memajukan lagi kampung kami pada masa depan,” katanya.

Selain itu, Puan Arpah berkata balai raya di kampungnya juga akan dinaiktaraf dengan peruntukan RM265,000 bagi dijadikan dewan serbaguna untuk kegunaan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno menjalankan aktiviti persatuan, selain berfungsi sebagai gelanggang badminton serta juga lokasi bagi mengadakan majlis keraian serta kenduri.

Sementara itu, bagi kategori kampung luar kawasan operasi pula dimenangi oleh Kampung Gong Lingai yang membawa pulang wang tunai RM25,000 serta peruntukan RM250,000 bagi menjalankan projek pembangunan kampung.

Selain hadiah kemenangan itu, kampung berkenaan yang diketuai Pengerusi JKKK, Encik Mohamad Mat Ali, 55, itu turut menggondol wang tunai RM3,000 masing-masing bagi kategori Kebersihan Infrastruktur Dalam Kawasan Kampung, Keceriaan Landskap dan kawalan Vektor.





TERIMA KASIH FELDA DAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL…….


Oleh: Mastura Jamaluddin
Gambar oleh Mastura Jamaluddin

“ jangan sesekali lupa pada jasa FELDA yang banyak membantu orang Melayu dalam mengubah kehidupan sehingga menikmati kesenangan yang ada sekarang.

“Bila dah senang, ada segelintir peneroka yang sudah lupa pada jasa FELDA dan menjadi pengkhianat kepada bangsa Melayu, ”demikian pesanan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, kepada peneroka Felda yang sudah banyak menerima bantuan daripada kerajaan.

Menurut beliau, sikap lupa diri sesetengah peneroka Felda adalah ciri-ciri mereka yang tidak tahu mensyukuri nikmat yang di terima malah mendengar bisikan-bisikan luar untuk menentang kerajaaan.

“FELDA yang berdiri teguh sekarangan ini ditubuhkan hasil ilham daripada Parti Perikatan yang kini lebih di kenali sekarang Barisan Nasional,” katanya pada majlis perjumpaan dengan warga Felda Bukit Bading, semalam.

Durian runtuh sebanyak RM8,775,000 dalam bentuk cek telah di serahkan kepada peneroka yang diwakili Ketua Peneroka Felda Bukit Bading, Abdul Rahman Hassan.

FELDA Bukit Bading merupakan FELDA yang tertua di daerah Hulu Terengganu dan merupakan kawasan penerokaan terbaik di negeri Terengganu.

Majlis tersebut diteruskan lagi selepas itu dengan Perasmian Pecah Tanah 130 Lot Perumahan Generasi Baru oleh YAB Menteri Besar dan diikuti dengan persembahan kebudayaan pada sebelah malam.



Promo Teganu Kita @ Tv3! (Setiap Khamis - 6.00 petang)




Penerangan anjur Pidato 1Malaysia 2012 untuk bukan Melayu

Oleh: Aida Abd Rahman

Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (JPNT) mempelawa warga Malaysia bukan Melayu bagi menyertai Pertandingan Pidato 1Malaysia 2012 (Bukan Melayu) peringkat Negeri Terengganu yang akan diadakan di Kolej Komuniti Kuala Terengganu pada 21 Jun ini.

Pengarah JPNT, Puan Azizah Awang, berkata program tahunan ini menawarkan hadiah berjumlah RM4000 dengan johan akan menerima wang tunai RM1500, RM1000 (kedua), RM500 (ketiga) manakala lima hadiah sagu hati RM500 setiap pemenang.

Katanya, pertandingan yang bertemakan nilai-nilai murni itu bertujuan meningkatkan kesedaran, pengetahuan serta kefahaman orang ramai mengenai dasar negara khususnya Gagasan 1Malaysia selain memperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan dikalangan pelbagai kaum dalam kehidupan harian.

"Kita juga berharap dengan penganjuran program ini dapat menyubur serta mengekalkan semangat perpaduan di kalangan warga Malaysi, "katanya.

Kepada mereka yang berminat, boleh melayari lama sesawang JPNT di http://www.penerangan.gov.my/terengganu atau hubungi Encik Mohd Iskandar Jaafar di talian 012 9649939/ 019 9605939 atau Encik Hong Kam Chiong di talian 09 6267826.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 17 Jun 2012.





Peruntukan kebersihan tinggi, mentaliti masyarakat rendah

Oleh: Aida Abd Rahman

Menteri Besar kesal dengan mentaliti masyarakat Terengganu yang masih gagal menjaga kebersihan persekitaran sedangkan kerajaan memperuntukan jumlah hampir RM40 juta setahun bagi menjayakan usaha itu.

Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata masih banyak ruang dan peluang yang boleh ditingkatkan dalam aspek kebersihan bagi memastikan seluruh pihak berganding bahu memanfaatkan peruntukan besar yang disediakan kerajaan khususnya bagi membiayai kontrak kebersihan bermula dari sempadan Terengganu-Kelantan sehingga sempadan Terengganu-Pahang.

“ Pelbagai kerja kontrak kebersihan dilakukan termasuk memotong rumput, mengangkut sampah dan membersihkan longkang. Bagaimanapun, masih banyak lagi longkang tidak diuruskan dengan sempurna. Sudah menjadi tabiat orang kita mencampak puntung rokok, sampah-sarap..kertas serta plastik di bahu-bahu jalan terutama di kawasan lampu isyarat.

“Saya berharap budaya menjaga kebersihan di kalangan masyarakat kita berubah..sebab itu saya masih tidak berpuas hati. Pagi jalan raya bersih bagaiamanapun apabila menjelang petang sudah mula ada sampah dan kekotoran disebabkan sikap pengguna jalan raya termasuk masyarakat kita yang tidak prihatin dengan kebersihan,” katanya di sidang media selepas majlis penyampaian hadiah Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu 2011/2012, di Padang Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman I, Kuala Terengganu, petang semalam (30 Mei).


Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Za'abar Mohd Adib dan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Haji Khazan Che Mat.

Menteri Besar turut tidak berpuas hati dengan sikap segelintir kakitangan awam yang gagal mengurus kuaters kerajaan yang didiami mereka sehingga kotor dan ditumbuhi semak-samun.

Katanya, sebagai penjawat awam, penghuni kuaters berkenaan seharusnya mengambil inisiatif bergotong-royong sesama mereka pada setiap petang untuk membersihkan kawasan persekitaran tempat tinggal mereka.

Malah, apa yang lebih dikesalkan lagi ada di kalangan penghuni kuaters bertindak membela haiwan ternakan dan membina reban sehingga mencemarkan pandangan serta persekitaran, selain mengganggu ketenteraman jiran tetangga.

“Sesetengah daripada penghuni kuaters bertindak membela ayam dan ternakan sehingga kacau ganggu jiran. Perkara ini mesti dielakkan,” katanya.




30 May 2012

Pas guna artis tarik orang ramai hadir ceramah

Oleh: Kamarudin Mat Akib

Bagi orang terdesak, mereka akan menggunakan apa saja yang ada di sekeliling dan boleh mendatangkan faedah kepada mereka. Begitulah yang terjadi kepada Pas yang kebelakangan ini menggunakan beberapa artis bagi menarik orang ramai hadir ke cemarah mereka.

Sebelum ini, antara artis yang dijadikan ‘umpan’ oleh Pas untuk menarik minat orang ramai datang ke ceramah mereka ialah Bob Lokman dan Catriona Ross.

Kedua-dua artis tersebut telah ‘dijaja’ ke segenap pelosok sebagai ‘pelaris’ ceramah-ceramah Pas yang kian merosot kehadirannya akibat isu-isu lapuk diputarkan oleh penceramahnya.

Terbaru, seorang pelakon berstatuts janda, Abby Abadi pula ‘dijaja’ Pas untuk tujuan yang sama.
Dengan kehadiran Abby pada ceramah Pas, orang ramai menyangka atris berkenaan telah masuk Pas dan berjuang untuk parti tersebut.



Bagaimanapun, pelakon tersebut tampil memberi penjelasan di laman twitternya menafikan dia hadir dalam majlis Pas kerana minat pada perjuangan parti itu.

Sebaliknya, artis tersebut mendedahkan taktik busuk pemimpin Pas yang mengajaknya turut berada di pentas politik parti itu.

Perkembangan mutakhir Pas menggunakan artis untuk menarik minat orang ramai datang ke ceramah mereka secara jelas menzahirkan kaedah terdesak parti itu menggunakan individu tertentu bagi kepentingan politik mereka.

Inilah sikap sebenar pemimpin Pas yang bijak menggunakan peluang yang terhidang untuk ‘menjerat’ orang ramai dalam memberi sokongan kepada parti mereka.

Pemimpin Pas sebenarnya sudah tidak ada isu untuk menarik minat orang ramai datang ke ceramah mereka, lalu mereka menggunakan artis sebagai umpan.

Khabarnya ramai yang mengeluh apabila artis yang dipanggil sebagai penceramah sebenarnya mahu memberitahu orang ramai bahawa mereka kini sudah insaf setelah sekian lama hidup bergelumang dengan maksiat ketika menjadi artis dan kini mahu kembali ke pangkal jalan.

Sepanjang cermah tersebut, artis berkenaan tidak pun menyentuh pasal Umno atau Barisan Nasional (BN), mahu pun mengutuk pemimpin kerajaan BN seperti yang sering dilakukan pemimpin Pas.

Maka hampalah penyokong-penyokong Pas yang selama ini sering disogokkan dengan kata-kata hina dan nista terhadap pemimpin BN seperti yang dilakukan pemimpin mereka.





RM55 juta dana raya, RM24 juta dana bakti remaja

Oleh FAUZI MOHD

KERAJAAN negeri akan membelanjakan kira-kira RM55 juta untuk dana hari raya bagi menambahkan keriangan rakyat berpendapatan rendah pada Aidilfitri ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, dana itu dijangka mula diagihkan pada Ramadan ini dengan jumlah penerima dijangkat meningkat 10 peratus berbanding tahun lalu.



"Tahun lepas kita beri kepada lebih 176,000 penerima dan tahun ini, kita jangka ia bertambah 10 peratus," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman hari ini.

Tambah Dato’ Seri Ahmad, dana raya diagihkan dalam tiga peringkat iaitu kepada warga emas sebanyak RM200, keluarga miskin dan orang kurang upaya (RM300) serta yang mempunyai ramai tanggungan (RM400).

Jelas beliau, kelayakan untuk pemberian dana raya tahun ini juga dinaikkan daripada mereka yang berpendapatan isi rumah RM1,500 kepada RM2,000.

“Kerajaan negeri telah bersetuju untuk naikkan pendapatan isi rumah kepada RM2,000 seiring dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memberi bantuan kepada keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah,” katanya.

Tahun lalu, kerajaan negeri membelanjakan RM50.47 juta bagi tujuan itu, RM46.88 juta (2010), RM50.62 juta (2009) dan RM47.52 juta (2008).

Sementara itu katanya, Kerajaan Terengganu juga sedang mengemaskini data bagi bantuan Dana Bakti Remaja RM200 seorang yang akan diagihkan bermula Jun ini.

Tahun lalu kata Dato’ Seri Ahmad, sejumlah RM24 juta dibelanjakan untuk program bantuan itu, RM23.42 juta (2010), RM23.15 juta (2009) dan RM18.69 juta (2008).

“Tahun ini, kita jangkakan kira-kira 95,000 remaja mendapat manafaat daripada program berkenaan di seluruh negeri dengan perbelanjaan hampir RM24 juta,” ujarnya.


Peniaga di premis Maidam mesti jelas sewa ikut waktu

Oleh; Esah Abdullah

Semua peniaga yang menduduki premis milik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) bakal berdepan tindakan tegas jika liat menjelaskan sewa bulanan pada waktu yang ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Haji Wan Harujan Sulaiman mengesahkan terdapat peniaga memberi pelbagai alasan bila tiba waktu pembayaran.

“Kita tidak boleh berkompromi lagi dalam hal ini dan akan mengunci premis yang didapati tidak dapat menjelaskan sewa bulanan mereka,” katanya.

Katanya, semua kedai dan perumahan yang dibina di tanah baitulmal disewakan dan dengan cara itu hasil Maidam yang sebelum ini bergantung sepenuhnya kepada kutipan zakat akan bertambah.

Katanya, pihaknya terpaksa mengambil tindakan tegas dengan mengunci premis jika peniaga gagal membayar sewa bulanan dua bulan berturut-turut sebab ia melibatkan harta baitulmal.

Menurutnya, Maidam akan terus memajukan sebahagian daripada tanah Baitulmal di negeri ini dengan melaksanakan pelbagai projek termasuk pembinaan bangunan perniagaan dan perumahan.

“Semua premis dan perumahan disewakan kepada orang ramai untuk meningkat pendapatan dan akan disalurkan kepada golongan asnaf yang memerlukan,” katanya.





Saintis perlu sebar ilmu

Oleh: Suriati Ali

Para saintis diminta supaya tidak menjadikan ilmu yang mereka perolehi sebagai hak eksklusif, sebaliknya ia perlu disebar hingga ke peringkat akar umbi, bagi membolehkan masyarakat berkongsi pengetahuan di bidang sains.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Awang Sariyan, berkata ilmu yang dimiliki para saintis cukup berharga dan sewajarnya disampaikan kepada masyarakat, terutama pelajar agar mereka menjadi insan berwawasan dan progresif.

Beliau berkata, ilmu sains perlu diterap dan diberi penekanan kepada kalangan rakyat, seiring dengan matlamat pendidikan sains yang sentiasa menekankan usaha ke arah melahirkan masyarakat `celik ilmu’ dan bijak membudayakan ilmu sains.

“Masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan luas, bukan saja mampu menjadi pengguna teknologi berdedikasi, tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains.

“Jika seseorang itu berilmu, tidak mungkin wujud ilmu tahayul dan gemar mempercayai perkara-perkara kurafat.,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Penulisan dan Penerbitan Saintifik 2012, di Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu.

Seminar anjuran DBP dengan kerjasama Agensi Nuklear Malaysia yang bertema `Manjana Idea Menyerlah Karya’ itu disertai lebih 100 peserta pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Topik yang dibentang dalam program itu merangkumi cabaran hak cipta, undang-undang, peranan dan masa depan penerbitan saintifik.

Dr Awang Sariyan turut memberitahu, para pengkaji digalakkan menghasilkan penulisan berkualiti supaya ilmu sains dan teknologi dapat diperluas penyebarannya.

“Penulisan dan penerbitan karya turut memainkan peranan dalam transformasi idea dalam memberikan sumbangan kepada peradapan bangsa,” katanya.


Teroka sains mampu cipta teknologi

Oleh: Suriati Ali

Masyarakat terutama pelajar tidak wajar menganggap bidang sains itu terlalu sukar untuk difahami berbanding mata pelajaran lain.

Pengarah kanan (Program Pengkomersilan dan perancangan Teknologi) Agensi Nuklear Malaysia, Dr Zukifli Mohamed Hashim, berkata, jika mempunyai minat mendalam, tidak mustahil bidang sains akan menjadi mudah untuk diteroka kerana bidang ini cukup unik dan menarik.

Katanya, jika seseorang itu bijak memanfaatkan ilmu sains yang ada, kita boleh mencipta pelbagai teknologi canggih sepertimana tokoh tersohor sebelum ini di mana pernah mencipta, telefon, kapal terbang, robot dan sebagainya.

“Bidang sains kadang kala mempunyai satu stigma di kalangan masyarakat bahawa ia terlalu sukar untuk difahami oleh orang yang bukan berkecimpung dalam bidang sains.

“Oleh itu, bagi menyemarakkan perkembangan ilmu tersebut agar ia terus menyelinap di segenap masyarakat dan mereka mampu menghargai ilmu yang diterokai itu, sains perlu dimasyarakatkan,” katanya ketika berucap pada Seminar Penulisan dan Penerbitan Saintifik 2012, di Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu, hari ini.

Seminar anjuran DBP dengan kerjasama Agensi Nuklear Malaysia yang bertema `Manjana Idea Menyerlah Karya’ itu disertai lebih 100 peserta pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Topik yang dibentang dalam program itu merangkumi cabaran hak cipta, undang-undang, peranan dan masa depan penerbitan saintifik.

Dr Zukifli memberitahu usaha penyampaian ilmu dan pembudayaan sains perlu diberi nafas baru agar tidak menjadi sekadar penemuan atau aktifak.



Muslihat `saudagar janji '

Oleh: Aida Abd Rahman

Setiap kenyataannya sekadar retorik demi meraih perhatian umum. Apa yang lebih tepat, memastikan orang ramai percaya dan terpengaruh lalu melayakkan pemilik nama `Anwar Ibrahim’ dan konco-konconya mampu menawan Putrajaya sekaligus mengetuai pentadbiran negara. Itulah penangan tindakan puak pembangkang yang diumpamakan sebagai `saudagar janji’.

Muslihat demi muslihat dengan mempertaruhkan ` janji mega’ walaupun mereka sedar segalanya tidak realistik dan sukar dikotakan sama sekali.

Terbaru, puak penentang kerajaan yang diketuai Anwar Ibrahim itu berjanji untuk memberikan peneroka Felda RM50,000 dan bukan RM15,000 sebagaimana ganjaran sedang diagihkan kepada golongan itu oleh Kerajaan Pusat.

Angka yang cukup lumayan, berbanding RM15,000 yang sedang diagihkan Kerajaan BN dan Umno kepada peneroka di seluruh negara hampir sebulan lalu.

“Mereka tidak pernah mengimpikan mendapat RM15,000 ini. Tetapi biasalah, apabila kerajaan beri RM15,000 pembangkang kata kerajaan tiada duit. Apabila mereka memerintah pula mereka kata mahu beri RM50,000..Payahlah (putar-belit) begini.

“Inilah yang dikatakan `saudagar janji’. Hanya berjanji sahaja..memang mudah berjanji. Saya pun boleh berjanji. Tetapi sama ada boleh buat atau tidak,” kata Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, baru-baru ini.

Ironinya, Perdana Menteri mengumumkan habuan berjumlah RM1.689 bilion kepada 112,000 warga peneroka, di mana jumlah itu lebih besar berbanding dengan peruntukan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Durian runtuh itu akan diagihkan menerusi tiga fasa, di mana fasa satu RM5,000 untuk setiap peneroka, diikuti dengan fasa dua berjumlah RM5,000 kepada setiap isteri peneroka dan yang terakhir, fasa ketiga RM5,000 lagi akan diberikan kepada setiap peneroka generasi kedua Felda (anak-anak peneroka) dan jumlah itu belum termasuk pemberian saham Felda Global Ventures Holding.

Menurut Dato’ Seri Haji Ahmad, durian runtuh yang diterima peneroka Felda sebagaimana diumumkan Dato’ Sri Mohd Najib itu suatu yang tidak pernah terlintas di fikiran golongan peladang itu.

Pemimpin pembangkang itu cuba mengalih pandangan golongan yang sudah banyak mengalami transformasi hasil kecaknaan kerajaan yang menyediakan tanah rancangan bagi mereka mencurah keringat dalam sektor perladangan sekaligus berupaya melonjak ekonomi negara masa kini.

Bukan hanya kepada peneroka, janji pertama dan masih tidak luput di benak yang seringkali ditabur kepada umum adalah untuk menurunkan harga minyak sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri.

Angkara keinginan yang membuak-buak mendapatkan jawatan Perdana Menteri, Anwar sanggup membuat janji yang tidak masuk akal bersandarkan alasan Petronas memperolehi keuntungan puluhan bilion ringgit setiap tahun dan atas alasan itu harga minyak seharusnya diturunkan.

Walaupun mendabik dada lapan tahun menjadi Menteri Kewangan,malangnya Anwar gagal memberi idea dan buah fikiran yang bernas kerana semua rakyat faham dan sedar, harga minyak petrol, diesel dan lain-lain bahan api dalam pasaran bergantung secara keseluruhannya kepada harga bahan komoditi berkenaan di pasaran dunia.

Umum juga sedia maklum, Malaysia secara amnya masih menjadi negara pengeksport minyak mentah, namun harga bahan api di pasaran tempatan tetap berkait rapat dengan pasaran dunia. Lantaran itulah kerajaan tetap memberi subsidi dalam jumlah yang besar walaupun harga minyak terpaksa dinaikkan.

Retorik yang diuar-uarkan `saudagar janji’ bagi menurunkan harga minyak tidak berpaksi kepada realiti kewangan negara dan pada jangka panjang akan melemehkan kedudukan ekonomi Malaysia.

Selain isu minyak, banyak lagi yang dijanjikan Pakatan Rakyat (PR) termasuk menawarkan gaji minimum RM1,100 jika diberi mandat menerajui Kerajaan Pusat. Kadar itu RM200 hingga RM300 lebih tinggi berbanding paras diumumkan oleh Kerajaan Pusat, baru-baru ini.

Pada 30 April lalu, Perdana Menteri mengumumkan kadar gaji minimum RM900 bagi pekerja-pekerja di Semenanjung dan RM800 bagi mereka yang bekerja di Sabah dan Sarawak.

Manakala dalam Bajet 2012, Kerajaan Selangor yang diperintah PR mengumumkan gaji minimum RM1,500 bagi pekerja-pekerja syarikat berkaitan kerajaan.

Anwar berkata, mereka boleh menguatkuasakan kadar gaji minimum RM1,1000 kerana ia memadai dengan harga minyak dan barang diturunkan serta memberi pendidikan percuma.

“Sebab itu saudara kena faham gaji minimum RM900 dengan harga barang melambung naik, dengan pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dengan harga minyak tak turun memang tidak mencukupi bagi keluarga yang hidup di bandar,” kata Anwar ketika berucap pada majlis Himpunan Pekerja bertemakan "Menjulang Martabat Pekerja" anjuran Kerajaan Selangor di Stadium Melawati, pada Mei lalu.

PR juga menabur janji untuk mengambil alih semua konsesi tol yang meraih untung terlampau besar, bermula dengan konsesi Lebuh Raya MEX.

Rakyat sudah mampu menilai `semua sandiwara’ yang dimainkan golongan yang `terdesak’ bagi memastikan cita-cita yang dicanang bersama rakan akrab - Pas dan DAP itu mampu menjadi kenyataan, sedangkan diri sendiri diulit pelbagai skandal dan isu moral yang memual dan menyesakkan dada.






Hotel Maidam RM37 juta jana ekonomi tanah wakaf

Oleh FAUZI MOHD

Hotel wakaf pertama di negeri ini yang sedang dibangunkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan dijadikan model hotel berciri Islam.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman berkata, ciri-ciri tersebut meliputi pelbagai aspek perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan kelak.

Katanya, selain berada dalam persekitaran masjid, reka bentuk dan corak perkhidmatan kakitangannya kelak akan disesuaikan dengan kehendak agama manakala kemudahan seperti kolam renang akan diasingkan antara lelaki dan perempuan serta berbumbung.

"Hotel setinggi tujuh tingkat bernilai RM37.4 juta berhampiran Masjid Abidin di pusat bandar raya ini yang awalnya mengalami sedikit kesulitan dan ia dijangka siap sepenuhnya menjelang September ini ," katanya baru-baru ini.

Beliau berkata, hotel bertaraf tiga bintang itu dengan 180 bilik diharap dapat menampung keperluan dalam industri pelancongan negeri.

"Hotel yang belum diberi nama itu mula dibina pada Mei 2010 bagi mengatasi masalah kekurangan bilik hotel di bandar raya ini di samping menjana pendapatan bagi kegiatan Maidam dan menyediakan peluang pekerjaan," katanya.

Wan Harujan yakin hotel itu akan mendapat sambutan memandangkan kedudukannya dekat dengan masjid, perhentian bas dan Pasar Kedai Payang dan Masjid Abidin yang bersejarah.

Beliau berkata, Maidam memperoleh peruntukan bagi membiayai pembinaan hotel itu dari Jabatan Wakaf dan Haji Malaysia (Jawhar) dalam mempelbagai pendekatan menjana ekonomi tanah wakaf.

Katanya, Maidam bercadang membina tempat letak kereta bertingkat untuk kemudahan penginap kerana kawasan lapang yang agak terbatas dan kemudahan letak kereta agak terdesak di kawasan strategik itu.

Menurut beliau, hotel itu dijangka memberi peluang pekerjaan kepada hampir 100 orang terutama anak-anak yatim dan fakir miskin yang menerima bantuan zakat.

"Sekumpulan anak-anak yatim dan dari keluarga fakir miskin itu kini sedang dilatih di beberapa agensi pelancongan sebelum mereka diterima sebagai tenaga pekerja di hotel itu," katanya.




29 May 2012

IKB latih anak yatim yang tercicir dalam akademik

Oleh; Esah Abdullah

Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Terengganu (Perkaya) mengambil 300 pelajar untuk mengikuti kursus menjawab soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Yang Dipertua Perkaya, Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud Mansor berkata. semua pelajar terpilih ditempatkan di Asrama Perkaya Pulau Kerengga, Marang selama lima hari untuk mempelajari teknik menjawab soalan SPM.

“Kita menyediakan beberapa guru pakar dalam beberapa mata pelajaran penting untuk membimbing pelajar-pelajar ini agar mampu capai keputusan cemerlang dalam peperiksaan nanti,” katanya kepada Teganukita.

Menurutnya, Perkaya membelanjakan RM40,000 bagi menjayakan program ini dalam usaha memastikan pelajar terutama anak yatim mampu melakar sejarah kegemilangan dalam dunia pendidikan.

“Tanggung jawab kita bukan setakat penghuni di asrama sahaja tetapi anak yatim di luar sana yang tinggal bersama ibu serta saudara mara mereka,” katanya.

Tambah beliau, fokus utama Perkaya ialah pelajaran kerana melalui ilmu pengetahuan yang tinggi akan mengangkat martabat sesuatu bangsa itu di mata dunia.

Katanya, anak yatim yang kurang cemerlang dalam akademik, diberi peluang mengikuti kursus dalam bidang kemahiran di Institut Kemahiran Bestari (IKB) yang terletak di Setiu.

“Di sini mereka boleh mengambil kursus persijilan hingga ke peringkat diploma, jadi soal anak yatim terabai tidak timbul kerana peluang terbuka luas untuk mereka membuat pilihan,” katanya.




Klinik 1Malaysia di DUN Wakaf Mempelam

Oleh: Aida Abd Rahman

Penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam yang tidak berkemampuan tidak lagi perlu risau untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan kesihatan dengan kadar caj serendah RM1 apabila Klinik 1Malaysia bakal beroperasi di Kampung Kubang Parit tidak lama lagi.

Pegawai Pembangunan DUN Wakaf Mempelam, Haji Wan Mahyuddin Wan Ngah, berkata klinik cetusan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak itu memberi banyak manfaat kepada penduduk sekitar yang berpendapatan kecil dan tidak mampu menanggung kos yang tinggi untuk ke klinik swasta.

“Klinik itu akan dibuka dalam tempoh terdekat sebelum berakhir 2012. Kini, kerja-kerja logistik termasuk menyiapkan bahan-bahan perubatan dalam klinik berkenaan sedang dilaksanakan sebelum ia beroperasi sepenuhnya,” katanya kepada Teganukita, baru-baru ini.

Haji Wan Mahyuddin berkata, klinik itu bakal dibuka di premis perniagaan di kawasan perumahan yang sedang pesat dibangunkan, di KP Perdana, Kubang Parit.

Katanya, kawasan yang strategik teutama kemudahan jaringan jalan raya dan tempat parkir menjadi kriteria utama pemilihan lokasi bagi menempatkan klinik untuk kemudahan penduduk sekitar itu.

Selain itu, menurutnya jika sebelum ini penduduk yang tidak berkemampuan dan memerlukan rawatan kesihatan segera dibantu dengan menyediakan perkhidmatan membawa doktor bertauliah turun padang menerusi program `Doktor Bersama Masyarakat’ yang dijalankan sebulan sekali dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung sejak tiga tahun lalu.

“Dalam program itu, kita turut menyediakan borang-borang bantuan kebajikan kepada penduduk yang diselaraskan menerusi agensi seperti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu serta Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.

Katanya, penduduk setempat tanpa mengira usia dan latar belakang politik akan menerima manfaat cukup besar selain mampu berjimat cermat demi menjalani kehidupan lebih baik untuk mendapatkan rawatan kesihatan berbanding kelaziman.

Untuk rekod, Klinik 1Malaysia beroperasi tujuh hari seminggu bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam dengan menyediakan rawatan ringan seperti demam, batuk, selsema dan penyakit-penyakit ringan yang lain.


Selain itu, perkhidmatannya termasuk menyediakan rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil dan terkawal seperti diabetes, darah tinggi dan asma, prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan, membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti demam denggi serta khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan.





PMINT anjur larian perdana

Oleh: Suriati Ali

Larian Perdana Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) yang akan diadakan pada 23 Jun depan, menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM45,000 kepada peserta.

Urusetia program memerangkap Pengurus Bahagian Pentadbiran & Sumber Manusia PMINT, Haji Wan Adnan Wan Deraman berkata pihaknya mensasarkan 3,000 penyertaan di kalangan masyarakat Terengganu dengan mengenakan yuran yang sangat berpatutan iaitu RM10.

Katanya, pembayaran yuran penyertaan mestilah dibuat sebelum atau pada 21 Jun secara tunai atau wang pos. Baju T akan diagihkan kepada peserta pada hari bermulanya larian.

“Larian yang berkonsepkan `lari suka-suka’ dengan jarak tidak melebihi 10 kilometer (km) itu akan melalui beberapa lokasi menarik di sekitar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

“Trek larian bermula di dataran Taman Shah Bandar melalui Jalan Tok Lam dan Jalan Engku Fatimah di mana peserta larian akan melalui bangunan PMINT,” katanya pada sidang media di pejabat PMINT, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Katanya, peserta kemudiannya meneruskan larian melalui Jalan Sultan Ismail mengelilingi Bulatan Batu Bersurat dan Jalan Sultan Mahmud sebelum menyusuri Jalan Pantai Batu Burok dan kemudiannya akan melintasi Jalan Sultan Zainal Abidin.

“Kemucak larian atau garisan penamatnya akan berakhir di tempat di dataran Taman Shah Bandar iaitu lokasi sama ketikan memulakan acara.

“Pihak kami percaya pendekatan itu mampu menggalakkan rakyat Terengganu menyertai aktiviti kecergasan dan rekreasi di samping menyahut hasrat kerajaan yang ingin melahirkan masyarakat cerdas, sihat, berwibawa dan aktif,” katanya.



Pemimpin Pas usah ‘keras kepala'

Oleh: Kamarudin Mat Akib

Sikap pemimpin Pas yang ‘keras kepala’ dan menolak mentah-mentah sebarang usaha, termasuk pelawaan tokoh agama untuk menjadi orang tengah bagi menyatupadukan orang Melayu dan umat Islam, amat dikesali.

Selaras dengan saranan agama agar umat Islam sentiasa bersatu demi kebaikan ummah serta saling berbaik sangka sesama mereka, para pemimpin Pas sepatutnya siap sedia mengadakan muzakarah dengan Umno bagi kebaikan bersama.

Akhbar hari ini melaporkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sedia menjadi orang tengah demi memastikan muzakarah Umno dengan Pas untuk perpaduan Melayu dan Islam menjadi kenyataan.

Kesediaan Mufti Perak menjadi orang tengah dalam isu tersebut sepatutnya diterima pemimpin Pas dengan tangan terbuka, jika mereka benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam di negara ini.

Pemimpin Pas, termasuk Mursyidul Amnya, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak perlu mengelak lagi daripada menerima pelawaan Tan Sri Harussani bagi merealisasikan hasrat tersebut yang tentunya amat ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam di negara ini.

Mereka tidak wajar meletakkan sebarang syarat kepada Umno untuk mengadakan muzakarah itu demi kepentingan politik Pas, khususnya dalam usaha menjaga hubungan dengan DAP yang awal-awal lagi akan menolak sebarang usaha bagi menyatukan umat Islam.

Tidak siapa dapat membaca isi hati pemimpin Pas, termasuk Nik Abdul Aziz, tetapi kita takut mereka sengaja melarikan diri daripada mengadakan muzakarah itu kerana takutkan sekutu Pakatan Rakyat.

Pemimpin Pas tidak perlu bermain tarik tali dalam soal mengadakan muzakarah dengan Umno, jika mereka benar-benar ikhlas memperjuangkan agama Islam.

Sama-sama kita tunggu apa reaksi terbaru pemimpin Pas selepas Mufti Perak membuat kenyataan tersebut, atas rasa kesedaran mahu menyatukan umat Islam, tanpa mengira ideologi politik.

Rakyat negara ini, khususnya umat Islam boleh menilai apa helah pemimpin Pas selepas ini bagi mengelak daripada muzakarah tersebut diadakan selepas beberapa usaha sebelum ini gagal akibat sikap ‘keras kepala’ pemimpin Pas.



Kad Hijau Kepada Bakal Kontraktor

Oleh: Nurul Aziela Saberi

Seramai 60 peserta telah memperolehi Kad Pendaftaran Personel Binaan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) atau lebih dikenali dengan Kad Hijau setelah lima hari mengikuti dua kursus iaitu Kursus Induksi Keselamatan Dan Kesihatan Untuk Pekerja Binaan dan Kursus Personel Binaan anjuran Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur.



Khusus ini turut membabitkan tiga kawasan iaitu di Darat Kijal (rumah), Kg. Tengah (rumah) dan di Teluk Kalong (sangkar burung) untuk melakukan kerja-kerja praktikal mereka dalam menyempurnakan skop kursus masing-masing.

Menurut Pengarah CIDB Terengganu, Encik Ahmad Fahrin Mokhtar, dengan adanya Kad Hijau CIDB seseorang pekerja binaan akan dilindungi oleh Takaful insurans sebanyak RM21,000 sekiranya berlaku sebarang kemalangan sama ada di tempat kerja mahupun di luar tempat kerja dan mereka juga layak untuk mengikuti kursus sebagaimana yang telah dilalui oleh peserta-peserta pada minggu ini.

Tambah beliau lagi, dengan adanya Sijil Kecekapan Kemahiran yang dikeluarkan oleh pihak CIDB Malaysia, seseorang pekerja atau kontraktor akan memperolehi 40 CCD point bagi tujuan penyambungan lesen pendaftaran kontraktor dengan CIDB nanti.



Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said amat berterima kasih kepada pihak CIDB Terengganu dan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur kerana telah berjaya menganjurkan kursus seperti ini untuk anak-anak muda menceburi bidang kontraktor.

Beliau juga turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap sesetengah kontraktor yang mempunyai lesen kemudian meng “Ali Baba” kan lesen mereka kepada orang lain. Perbuatan mereka ini bukan sahaja merugikan mereka sendiri malah akan menyebabkan berlakunya penyelewengan ke atas lesen mereka.

“Dengan adanya kursus seperti ini, peserta dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang diberi untuk menjadi seorang kontraktor yang berjaya kelak,” katanya ketia merasmikan majlis penutup kursus tersebut di perkarangan Taman Bimbingan Kanak-Kanak, Teluk Kalong Kijal.








Agrobank serah zakat lebih RM96,000 kepada Maidam

Oleh: Nurul Aziela Saberi

Zakat perniagaan berjumlah RM96,253.90 telah diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Terengganu (MAIDAM) oleh Agrobank untuk zakat perniagaan mereka pada tahun ini bertempat di Kampus ITC, TATIUC Telok Kalong, semalam.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, bagi membantu golongan pengusaha kecil dan petani di negeri Terengganu sehingga Disember 2011, Agrobank telah meluluskan pinjaman mikro kredit sebanyak RM45.0 juta kepada 3,513 orang peminjam.

Dengan pembiayaan ini, golongan yang kurang berkemampuan dapat menjalankan perniagaan mereka dengan lebih berkesan dan sekaligus menjadi pelengkap kepada usaha untuk membangunkan usahawan.

Disamping itu, Agrobank juga telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM44,622 kepada golongan asnaf miskin yang terdiri daripada peniaga kecil/mikro, ibu-ibu tunggal serta pelajar-pelajar di sekitar Kemaman.

Seorang penerima yang ditemui, Wok Abdullah 76, berkata sumbangan yang diterima amat bernilai padanya untuk menampung perbelanjaan harian memandangkan dirinya hanya menumpang dengan cucu sulungnya.

“Saya berasa amat bersyukur dengan pemberian ini dan mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Pejabat Dun Kijal kerana telah memilih saya sebagai salah seorang penerima pada pagi ini,” katanya.

Bagi Pani Ibrahim 42, seorang pengusaha karipap secara kecil-kecilan berasa sangat teruja kerana telah menerima Mesin Uli Tepung seberat 6Kg yang bernilai RM1150.00.

“Dengan adanya Mesin Uli Tepung ini, saya tidak lagi menggunakan tangan untuk menguli tepung setiap hari sebanyak 14kg malah pendapatan saya akan bertambah dengan kemudahan tersebut,” kata Pani Ibrahim 42, pengusaha karipap kecil-kecilan.

Turut hadir pada majlis penyerahan wang zakat itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said.



Bina bangunan penyelaras, hasil sumbangan orang ramai

Oleh: Suriati Ali

Penduduk setempat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir kagum dengan keprihatinan pemimpin kawasan itu, YB Ahmad Razif Abd Rahman yang berusaha mendapatkan lokasi strategik dan mencari modal bagi membina bangunan penyelaras DUN.



Bangunan penyelaras yang dibina di Kampung Teluk Ketapang, Seberang Takir itu bernilai hampir RM700,000, bakal digunakan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, mesyuarat, jamuan dan sebagainya apabila siap sepenuhnya kelak.

Status kemajuan projek itu telah mencapai tahap 98 peratus siap di mana kini kontraktor Bumiputera yang dilantik sedang menjalanlan kerja-kerja terakhir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, YB Ahmad Razif berkata, bangunan itu dibina hasil sumbangan penyokong parti, orang ramai termasuk masyarakat Cina.
Katanya, pihaknya akan memanfaat sepenuhnya bangunan ini dengan melakukan pelbagai aktiviti berfaedah untuk penduduk setempat.

“Apa yang membanggakan, ia bakal menjadi markas terbesar menjelang pilihan raya akan datang,” katanya selepas hadir pada majlis perasmian bangunan itu, baru-baru ini.

Bangunan yang dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, turut dihadiri Isterinya, To' Puan Hajah Norliza Mahmud; Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Mohd Nasir Ibrahim Fikri; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Haji Ahmad Razif Abd Rahman dan Ketua Puteri UMNO Kuala Nerus, Puan Aida Azam.



Puan Aida berkata, pelbagai program dan aktiviti bakal dilaksanakan di bangunan itu untuk kebaikan parti BN.

“Saya berharap penduduk tempatan terutama di kalangan ahli UMNO memanfaat bangunan itu sebaik mungkin setiap kali program berlangsung,” katanya.


Pas ibarat `lalat hijau'

Oleh: Aida Abd Rahman

Menurut Wikipedia, Langau hijau (bahasa Inggeris: Green bottle flyatau greenbottle fly) merupakan sejenis serangga yang boleh terbang. Langau hijau bersaiz lebih besar berbanding lalat rumah dan mempunyai badan yang warna hijau berkilat.



Serangga berkenaan biasanya berbunyi berdengung-dengung, selain makan dengan memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap kembali makanan yang separuh hadam masuk kedalam perutnya melalui belalainya.

Haiwan itu mampu menyebarkan penyakit, disebabkan cara permakanannya dan sifatnya yang sering terbang ke tempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya.

Demikian juga diibaratkan sikap dan tindakan puak Pas yang seperti langau hijau kerana kemunculan spesies serangga itu boleh mengganggu keselesaan ketika kita sedang asyik menikmati juadah.

“Pas ini ibarat lalat hijau..Ada seekor sahaja tetapi menggangu kita ketika hendak makan. Malah kalau dibiarkan terbang bebas dan hinggap pada makanan.. boleh `peng’ lalat menyebabkan makanan tidaklagi boleh dimakan,” kata Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, ketika berucap di Majlis Bersama Peneroka Felda, baru-baru ini.

Perumpamaan itu bagi beliau menggambarkan sikap sebenar Pas yang cuba menjadi `batu api’ dengan menerobos ke kawasan peneroka Felda dan mengapi-apikan perkara yang tidak benar demi memastikan agenda politik mereka tercapai.

“Apa yang Pas laksanakan sepanjang lima tahun perintah Terengganu (1999-2004) ? Felda dia buat? Bila harga getah turun, dia mengambil kesempatan berceramah di Felda. Menghasut supaya peneroka Felda menentang kerajaan.

“Buat fitnah kepada pemimpin kerajaan dengan mengatakan harga getah turun dan bayar rendah kepada peneroka sebab kerajaan menanggung hutang banyaklah..sebab itu harga murah sebab nak bayar hutang. Bagaimanapun, apabila harga getah naik..Pas senyap pula,” katanya.

Malah, Pas juga membuat tuduhan kerajaan mahu menggadai tanah peneroka. Sedangkan, kerajaan sudahpun memaklumkan bahawa tanah yang disenaraikan kira-kira 6,400 hektar dikenalpasti di seluruh Terengganu itu belum dihuni mana-mana peneroka sehingga kini.

Tegas beliau lagi, senario hari ini jauh berbeza berbanding satu masa dahulu di mana kerajaan ketika itu susah dan berdepan kekangan sumber kewangan menyebabkan rakyat termasuk golongan peneroka turut menerima tempiasnya.

Bagaimanapun, hasil pemacuan dan kemajuan yang dijana pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang sentiada beruasa mengubah nasib rakyat dan negara, pelbagai usaha transformasi dilaksanakan yang memberi pelbagai limpah kenikmatan yang tidak terdapat di negara lain.

“Jika dulu rakyat terpaksa membeli pakaian serta buku teks sekolah, kini tidak perlu lagi berbuat demikian kerana kerajaan menyediakan kemudahan itu. Bukan sahaja buku teks, e-Book pula kerajaan sediakan. Jika dulu yuran kena bayar, sekarang tidak perlu bayar. Hendak peperiksaan pun kena bayar, sekarang `free’. Ada bantuan pakaian sekolah kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat sediakan. Ada makan tambahan , susu segar di sekolah, kelas tambahan dan tuisyen. Semua ini masih lagi mahu mengatakan kerajaan BN zalim? Malah, musim raya seduakan dana hari raya pula RM300, beri pula Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500,” ujar beliau lagi.

Hasil pembangunan dan dasar kerajaan juga, peneroka Felda yang dulunya miskin dan tidak ada tanah untuk bercucuk tanam, akhirnya ditempatkan di tanah rancangan serta diberi tanah dan kediaman yang selesa oleh kerajaan.

Selepas tanah yang diusahakan memberi hasil lumayan, sebahagian peneroka mula lupa diri dan membenci pemimpin kerajaan yang sebelum ini banyak berjasa, malah menerima fitnah yang dilontarkan pembangkang tanpa mengenang budi kerajaan kepada mereka.

Sebahagian peneroka kini sudah memiliki rumah besar dan kereta bukan sebuah atau dua, anak juga ramai berjaya dalam pendidikan serta kerjaya, selain mereka terus memanfaatkan bantun dan kemudahan daripada kerajaan tanpa henti.

Menteri Besar juga kesal dengan sikap puak Pas yang masih gagal menterjemahkan segala keprihatinan dan pertimbangan kerajaan Pusat bagi mengurangkan bebanan rakyat dengan menyediakan subsidi makanan dan barang keperluan.

Pembangkang masih lagi menyatakan BN sebagai barang naik. Sedangkan pembangkang yang menguasai beberapa negeri seperti Kelantan, Kedah dan Penang umpamanya juga gagal mentadbir dengan baik dan menurunkan harga barang di kawasan berkenaan.

Pas terus mencari salah dan buruk kerajaan sehingga pada masa yang sama terlupa dan sengaja buat tidak sedar setiap kritikan dan fitnah yang dilontarkan terpalit ke muka sendiri.

Contoh paling dekat dan tidak boleh dinafikan lagi, apabila Pas pernah menyalahkan Kerajaan BN membina jambatan Sultan Mahmud Kuala Terengganu suatu masa dulu dengan alasan suatu pembaziran, sedangkan puak mereka juga menggunakan jambatan berkenaan tanpa mengira waktu.




Risda lancar ops kutip biji getah.

Oleh; Esah Abdullah

Risda menyarankan pekebun kecil yang ingin membuat permohonan bagi tanaman semula getah tidak perlu lagi datang ke pejabat untuk mengisi borang sebaliknya boleh berbuat demikian secara talian terus.

Timbalan Pengarah Risda negeri, Puan Faridah Hariyati Mohd Jusoh berkata, proses melalui talian ini juga cepat dan boleh selesai dalam tempoh 24 jam berbanding mengisi borang secara manual yang mengambil masa 14 hari daripada tarikh dipohon.

Sehubungan itu, Risda juga melancarkan Ops Kutip Biji Getah bermula Julai ini bagi memastikan bekalan benih baru untuk pekebun kecil sentiasa mencukupi.

“Tahun lepas kita berjaya mengumpul 24 tan metrik biji getah dan tahun ini kita menjangkakan dapat mengumpul dalam jumlah yang lebih banyak,” katanya pada majlis Kempen Gerakan Membaja Peringkat Risda Stesyen Tepoh di Balai Raya Kampung Kesom Che Nordin, Belara semalam.

“Di samping menoreh, mereka boleh mendapatkan duit poket dengan mengutip biji getah dan kita akan beli dengan harga RM3 sekilogram,” katanya.

Katanya, Risda akan mengumpul dan mengenalpasti biji getah yang bermutu tinggi bagi menghasilkan anak pokok yang berkualiti .

Pada majlis berkenaan seramai 31 orang peserta baru telah mendaftar untuk tanaman semula getah secara berkelompok di atas tanah keluasan 50 hektar di Kampung Kesom dan sekitarnya.




Sukma 2012 – Terengganu sasar 40 emas pertahan kejuaraan

Oleh FAUZI MOHD

Meskipun belum meletakkan sasaran spesifik perolehan pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) 2012 di Pahang Julai ini, juara bertahan Terengganu yakin untuk mengumpul lebih 40 pingat emas pada temasya kali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB. Rozi Mamat berkata, keyakinan untuk memperoleh jumlah tersebut bersandarkan kepada keupayaan atlet baru dan program pembangunan sukan yang berjaya dilaksanakan.

Menurutnya, pada penyertaan kali ini, atlet baru akan diberikan kepercayaan bersaing untuk mendapatkan pingat emas.

"Kita mempunyai ramai atlet baru dan pemantauan akhir menggambarkan bahawa Terengganu bakal memberi saingan yang lebih kuat malah kita yakin mampu menjadi juara buat kali keempat.

"Buat masa ini sasaran pingat emas tidak boleh berikan secara terperinci namun saya percaya Terengganu mampu melakukan yang terbaik pada penganjuran kali ini," katanya selepas majlis pelancaran program Evolusi R semalam.

Evolusi R adalah satu program anjuran Pertubuhan Penunggang Motosikal Bersatu Malaysia (Riders & Rempit United) untuk membangunkan komuniti remaja bermotor selain menghindari generasi muda daripada terjebak dengan gejala negatif.

Sementara itu, Rozi berkata, acara yang diyakini mampu untuk menyumbang pingat emas buat Terengganu pada Sukma kali ini ialah basikal, angkat berat dan sukan tempur.

"Tahun ini acara kanu tiada dipertandingkan tambahan pula ada beberapa atlet kami yang bakal menyertai Sukan Olimpik namun kita yakin dalam acara yang ada kami masih mampu untuk mendapatkan pingat emas.

"Seperti yang kita tahu ada atlet muda kami telah layak ke Sukan Olimpik seperti atlet memanah dan tidak dapat beraksi pada temasya kali ini.

"Ia tidak menjadi masalah kerana melalui program pembangunan yang telah dijalankan sejak dahulu kita tetap berupaya memberikan saingan," kata Rozi.
Terengganu muncul juara Sukan Malaysia berturut-turut sejak 2008 dan tahun lalu negeri itu mengutip 23 pingat emas.



MAIDAM sumbang RM2,000 kepada Adik Nurussyahamah


Oleh: Mohammad Ishak 

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menyumbang RM2,000 kepada adik Nurussyahamah Taqiah Nurunnajmi,12, sebagai bantuan berulang alik dari Jertih ke Kuala Terengganu untuk mendalami ilmu Al-Quran di Institut Al-Quran Padang Midin pada hujung minggu.

Langkah itu dilakukan supaya adik Nurussyahamah kelak menjadi peserta terbaik dalam setiap pertandingan al Quran yang disertainya.ngkat antarabangsa dalam bacaan al Quran.

Sumbangan itu disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM Wan Harujan Sulaiman kepada pelajar berkenaan di rumah keluarganya di Kampung Alur Keladi, dekat Jertih, sebagai balasan di atas kejayaan beliau mencipta nama di peringkat Antarabangsa.

Kebolehan Syahamah sebagai qariah terbit selepas dia berjaya menjadi johan untuk pertandingan tilawah al-Quran peringkat Negeri Terengganu pada tahun 2007 dan 2008.

Detik itu menjadi permulaan buat anak kedua daripada empat beradik itu untuk terus menempa nama sehingga berjaya mendapat gelaran naib johan pada pertandingan tilawah al-Quran peringkat kebangsaan pada tahun 2010.

Kemuncak karisma Syahamah selaku qariah muda terlihat apabila beliau menjadi wakil tunggal negara ke Pertandingan Akhir Tilawah Al-Quran Kanak-Kanak Peringkat Antarabangsa di Doha, Qatar, pada Ogos tahun lalu.

Daripada 63 peserta di seluruh dunia, Syahamah terpilih dalam kelompok tiga terbaik bagi bersaing pada peringkat akhir. Pertandingan itu dianjurkan oleh Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Qatar dengan kerjasama saluran kanak-kanak stesen televisyen, Al-Jazeera.

Walaupun memenangi tempat ketiga, Malaysia perlu berbangga kerana Syahamah menjadi satu-satunya peserta perempuan pada peringkat akhir tilawah bertaraf antarabangsa itu.

28 May 2012

Cabaran fotografi Terengganu bersih dan indah

Oleh; Esah Abdullah

Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu menganjurkan pertandingan cabaran fotografi 1Malaysia Green 1Malaysia Clean (1MG 1MC) Terengganu bagi tujuan mempromosikan produk dan wajah-wajah pelancongan negeri melalui fotografi.

Pengarahnya, Encik Mohd Sabri Zakaria berkata, pertandingan bertemakan ‘Terengganu Bersih dan Indah’ itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan gambar-gambar penyertaan hendaklah diambil di seluruh tempat di negeri ini sahaja.

Katanya, hadiah tempat pertama berupa wang tunai RM1,000 beserta sijil, kedua (RM700), ketiga (RM500), keempat (RM400) dan kelima (RM200) manakala tempat keenam hingga ke-10 menerima sijil penyertaan dan setiap pemenang akan menerima sehelai baju T 1MG 1MC.

Menurutnya setiap peserta dibenarkan menghantar tidak melebihi dua keping gambar berukuran 8R = 8 inci x 10 inci beserta borang pendaftaran, CD yang mengandungi imej digital dan jika guna kamera analog (filem) sertakan bersama negatif/transparensi.

Borang dan gambar hendaklah dihantar sebelum atau selewat-lewatnya 30 Jun depan ke Pejabat Kementerian pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, No.6B, C&D Wisma MBKT, Jalan Hiliran, 20300 Kuala Terengganu.

Sebarang info dan maklumat penyertaan boleh didapati di facebook dan blog pertandingan www.facebook.com/Terengganu Photografy Challenge 1MG 1MC atau www.terengganubersihindah.wordpress.com.