Oleh: Mohammad Ishak
Kempen mencintai haiwan
kesayangan anjuran Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Besut semalam mendapat
sambutan orang ramai khusnya pemilik haiwan kesayangan.
Program sehari yang pertama kali
diadakan bertujuan memberi peluang orang ramai mengenali budaya menyangi haiwan
selain mendapatkan khidmat nasihat percuma dari jabatan berkenaan.
Pegawai Perkhidmatan Veterinar
Besut, Nik Mohd Hafiz Ramli berkata, sempena program itu pihaknya turut mengeluarkan
kad pengenalan haiwan kesayangan,klinik terbuka dan pertandingan cintai haiwan
tersayang.
Selain itu, katanya, orang
ramai juga berpeluang mengikuti ceramah bertajuki “Penyakit Haiwan Kesayangan
Kepada Manusia” serta cara penjagaan haiwan.
Sementara itu, Pengerusi
Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani,Perusahaan Perladangan, Nawi
Mohamad ketika merasmikan program itu meminta masyarakat agar tidak
sewenang-wenangnya membuang binatang terutama kucing di jalanan, sebaliknya
menyerahkan haiwan terbabit kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri.
Hadir sama ialah Pengarah JPV
Terengganu Dr Marzuki Zakaria.
Katanya, ini kerana JPV
Terengganu menyediakan pusat khas untuk memelihara haiwan berkenaan.
Tindakan membuang kucing di
tempat awam seperti pasar dan hospital malah kadang-kadang masjid bukan sahaja
tidak wajar tetapi juga menimbulkan masalah kepada pemilik premis, katanya
ketika menutup Kempen Cintai Haiwan Kesayangan di Pejabat Veterinar Besut, di
sini semalam.
Beliau juga menegaskan Islam
turut melarang umatnya menganiaya binatang, malah mereka wajib memastikan
haiwan yang dipelihara dijaga dengan baik.
Dalam kempen anjuran JPV
Terengganu itu, lebih 50 ekor kucing diperiksa oleh pegawai veterinar yang
turut menyediakan perkhidmatan memasang cip mikro secara percuma.