|
Acara Tarik Tali memeriahkan program. |
Teks dan gambar: Aminudin Ismail
SAMBUTAN Program Sehari Bersama BSA (Besut Setiu Agropolitan) anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang disertai kira-kira seramai 500 peserta projek itu meriah dengan dengan pelbagai acara yang diadakan.
|
Dr.Nur Azura...wujud ukhwah. |
Pangarah Pusat Jaringan Penyelidikan ECER, UMT merangkap pengarah program, Dr Nur Azura Sanusi, berkata program yang disertai kira-kira seramai 40 kakitangan dan penuntut UMT itu bertujuan mewujudkan hubungan silaturrahim dan ukhwah antara peserta BSA dengan warga UMT.
“Aktiviti kita pada hari ini ialah di bawah Pusat Kecemerlangan pembangunan sosio-ekonomi iaitu khusus kepada projek agropolitan. Hari ini kita adakan gotong royong, sukaneka, pameran dan beberapa acara lain untuk mengenali lebih dekat lagi komuniti BSA ini.
“Daripada UMT kami bawa sekarelawan siswazah iaitu pelajar diploma seramai 21 orang dan kami ada juga ada ‘staff’ seramai lebih kurang 20 orang. Juga daripada Pejabat Kesihatan Setiu yang mengadakan pemeriksaan kesihatan,” katanya.
Menurutnya, Selepas ini pihak UMT akan mengadakan beberapa lagi program untuk komuniti BSA itu , antaranya ialah program motivasi untuk pendidikan anak-anak yang akan diadakan secara berkala dalam bentuk modul dan latihan.
“Sebenarnya, program hari ini juga lebih kepada pengenalan supaya komuniti BSA ini lebih mengenali UMT lebih dekat bagi memudahkan kita menjalankan beberapa program lain selepas ini,” katanya
|
Nawi menyampaikan sumbangan Maidam kepada seorang anak peserta. |
Nur Azura berkata, terdapat juga seramai tujuh penuntut UMT yang berasal dari luar negara menyertai program itu antaranya ialah daripada Nigeria dan Indonesia.
Katanya, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program itu termasuklah pihak penaja, antaranya ialah Maidam dan Primula Beach Hotel.
Program itu dirasmikan oleh Exco Pertanian, Industri Asas Tani, perusahaan, Perladangan dan Komuniti negeri, Nawi Mohamad. Turut hadir ialah Naib Canselor UMT, Dato' Dr. Ibrahim Komoo dan Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu.
Berikut ialah gambar-gambar sekitar Program UMT di BSA, Panchur Menderu, Langkap, Setiu, hari ini:-
|
Hadir..antara peserta Bsa yang hadir. |
|
Jemputan..tetamu jemputan khas. |
|
Gelek..satu acara sukaneka yang menarik perhatian. |
|
Marihah (staff Bsa)...teruskan program di Bsa. |
|
Hadiah..Nawi menyampaikan hadiah kepada pemenang. |
|
Pilih..pakaian yang disumbang pelajar UMT. |
|
Bersedia..peserta acara dikir barat sempat ber'posing'. |
|
Selingan..acara dikir barat turut diadakan. |
|
Nur Amalina,21,(penduduk)...sambutan baik. |
|
Dua penuntut UMT sedang mengemas pakaian untuk diderma. |
|
Laju..acara terompah panjang turut diadakan. |
|
Ikmal, penuntut UMT...banyak pengalaman baru. |
|
Abdullah, 26 dari Nigeria..tertarik dengan budaya tempatan. |
|
Terima..Nawi menyampaikan hadiah kepada pengurus BSA. |
|
Acara memasak turut diadakan. |
|
Bantu..Pengurus BSA, Rahim Maulud bersama seorang anak peserta. |
|
Hadir...Nawi (dua dari kiri) bersama tetamu jemputan khas. |
|
Naib..pemenang ke 2 tarik tali menerima hadiah. |