Sebahagian 50 yang hadir membantah cadangan 'Himpunan guling kerajaan' |
BANDAR PERMAISURI: Seramai kira-kira 50 pemuda daripada beberapa pertubuhan dan persatuan di daerah Setiu membuat tiga laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu, di sini, hari ini berhubung cadangan mengadakan Himpunan Guling Kerajaan yang akan diadakan pada 31 Disember ini.
Jurucakap mereka, Norhairy Azli Hassan berkata, tujuh pihak terbabit dengan laporan polis itu, antaranya ialah Pemuda UMNO Bahagian Setiu, Majlis Belia Setiu, Belia 4B, Belia, Pertubuhan Mujahid, Persatuan Bolasepak Daerah Setiu dan MAYC Setiu.
Bersemangat..Iskandar dan beberapa pemuda meminta sokongan ramai. |
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Jabi, Mohd Iskandar Jaafar berkata, laporan polis itu dibuat supaya kerajaan bertindak tegas terhadap sesiapa sahaja yang cuba menghuru-harakan negara.
Iskandar (kiri) turut hadir di IPD Setiu. |
"Kita mahu memberi masej bahawa kerajaan serius dalam mengambil tindakan kepada sebarang unsur-unsur yang boleh mencetuskan huru-hara dan menganggu gugat ketenteraman awam. Kita harap kerajaan bertindak tegas kepada mereka kerana golongan itu adalah minoriti.
"Kita semua tahu bahawa perhimpunan itu tidak diberi permit dan ianya adalah salah di sisi undang-undang. Oleh itu saya meminta kepada semua terutamanya penduduk di daerah Setiu samada yang tinggal di Kuala Lumpur atau di sini, supaya tidak menyertai himpunan itu," katanya.