Halaman

22 December 2013

Majlis Mesra Koperasi Setiu di TH Hotel.

Seorang peserta menerima cenderahati dari Mohd Jidin
Oleh: Aminudin Ismail. 

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 100 peserta daripada 34 koperasi di daerah Setiu hadir pada Majlis Mesra Koperasi Parlimen Setiu yang diadakan di Hotel Tabung Haji, Gong Badak, dekat sini, semalam.

Majlis yang bertujuan untuk memberi lebih pendedahan mengenai koperasi itu dirasmikan oleh Exco Pelancongan, kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Terengganu, Dato' Mohd Jidin Shafee.

Mohd Jidin yang juga Pengerusi Majlis Perundingan Koperasi Peringkat (MPKP) Parlimen Setiu itu sempat mempengerusikan mesyuarat MPKP Daerah Setiu itu di tempat yang sama sebelum merasmikan program.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkifly Jusoh, Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar, Adun Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman dan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Terengganu, Mahmud Kadar.

Pada majlis itu, seminar koperasi turut diadakan dengan menampilkan dua penceramah untuk memberi maklumat ataupun ilmu tentang koperasi dan peluang-peluang perniagaan francais di negara ini.

Majlis Penyampaian cenderahati 'Jasamu di Kenang' turut disampaikan kepada beberapa ahli koperasi yang banyak berjasa kepada pembangunan koperasi di daerah Setiu.

Hadir..Mohd Iskandar (kanan) dan Bazlan turut hadir.
Selain itu, perlantikan Che Zulkifly Jusoh sebagai Pengerusi baru MPKP Daerah Setiu turut diumumkan oleh Mohd Jidin di majlis itu bagi mengantikan beliau yang tamat perkhidmatan pada akhir bulan ini.

Penubuhan MPKP yang bertujuan untuk menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial melalui gerakan koperasi dalam parlimen itu akan melantikan Ahli Parlimen sebagai pengerusi di peringkat Parlimen.

Sementara itu, Pengarah SKM Terengganu, Mahmud Kadar dalam ucapanya pada majlis itu mahu lebih banyak koperasi ditubuhkan di negeri Terengganu bagi menyeimbangi jumlah koperasi dari negeri-negeri lain.

Dengar..peserta program sedang mendengar ucapan Mohd Jidin.
"Di Terengganu ada sebanyak 566 koperasi sedangkan di Malaysia kita mempunyai kira-kira 10,600 koperasi, oleh itu saya mengharapkan jumlah koperasi di negeri ini akan dapat ditambah lagi pada masa depan," katanya

.

No comments: