Halaman

28 May 2014

16 jabatan dapat penarafan bintang

Oleh; Esah Abdullah
Gambar oleh Zulkipli Putra

Sembilan jabatan dan agensi kerajaan negeri menerima penarafan empat bintang pencapaian pengurusan kewangan 2013 daripada 16 jabatan dan agensi kerajaan yang menyertainya.

Setiausaha Kerajaan, Dato' Haji Mazlan Ngah berkata, enam jabatan lagi menerima tiga bintang dan tiada jabatan yang menerima kurang daripada itu.

Katanya, penyata kewangan negeri Terengganu 2013 telah menjalani pengesahan audit yang dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambing Buang.

"Penyata kewangan ini telah dikemukakan kepada ketua audit negera untuk diaudit pada 10 Februari lalu dan menerima sijil penarafan bintang audit hari ini," katanya dalam sidang media di pejabatnya semalam.

Dato' Haji Mazlan berkata, untuk mendapat empat bintang markah keseluruhan adalah 90 hingga 100 peratus manakala tiga bintang adalah 70 hingga 89.9 peratus.

Menurutnya, jabatan dan agensi yang mendapat empat bintang ialah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Pejabat Daerah Kemaman, Pejabat Perbendahaan Negeri, Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Pejabat Tanah Besut, Majlis Daerah Setiu ,Pejabat Tanah Marang dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu.

Manakala yang mendapat tiga bintang ialah Pejabat Tanah Hulu Terengganu, Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MBKT), Pejabat Tanah Kuala Terengganu, jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Perhutanan Negeri, Pejabat Daerah Kuala Terengganu dan Pejabat Daerah Hulu Terengganu.

Pencapaian ini lebih baik dari tahun sebelumnya (2012) iaitu enam jabatan menerima empat bintang dan lapan jabatan menerima tiga bintang.

"Sebagaimana tahun lepas setiap jabatan dan agensi yang mendapat empat bintang akan menerima RM20,000 sebagai penghargaan daripada kerajaan negeri," katanya.