Pergerakan Puteri Umno Terengganu semakin giat mendekati golongan pengundi wanita muda agar mereka membuat pilihan tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), selain tidak terpengaruh dengan anasir luar.
Ketuanya, Puan Nordiana Shafie berkata, dia yakin majoriti besar daripada bilangan 294, 606 pengundi muda wanita di negeri ini, termasuk pengundi baru berumur antara 21 tahun hingga 40 tahun ke bawah memilih Barisan Nasional.
“Pelbagai usaha dan kempen dilaksanakan, semata-mata mahu mereka sedar bahawa BN membawa pelbagai kebaikan, kebajikan dan melaksanakan janji kepada rakyat dan bukan sekadar hanya menabur janji.
“Antara usaha yang dilakukan termasuk, turun ke setiap peti undi dengan mengadakan program pemeriksaan kesihatan percuma, bantuan cermin mata bagi mereka yang tidak berkemampuam dan pelbagai aktiviti,” katanya
.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Himpunan Gagasan Aspirasi Wanita Muda, di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Puan Nordiana turut memberitahu, Puteri Umno bersama pihak berkaitan tidak jemu mendekati pengundi dengan memesan supaya tidak mudah terpengaruh dengan maklumat tidak tepat, termasuk melalui lawan sesawang dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
Katanya, pendekatan itu dianggap cukup penting, kerana golongan muda adalah pelayar laman sesawang paling tinggi dan dikatakan gemar mendapatkan pelbagai maklumat yang belum tentu kesahihannya.
“Kita juga bekerjasama dengan Agensi Pembangunan Masyarakata (APMT) dengan mengadakan sembang-sembang minum petang dalam kelompok kecil di kampung-kampung.
“Pada masa yang sama bertanya apa kehendak mereka sebab sesetengah golongan muda ini tidak faham terutama kalangan wanita sebab mereka tidak bercampur dan tidak tahu tentang politik semasa,” katanya.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Wanita Melayyu Muda negeri Terengganu (Wardah) juga yakin golongan wanita muda ini memberikan sokongan penuh kepada pimpinan kerajaan sekarang.