Oleh: Mohammad Ishak
Empat petugas Media Daerah adalah antara 76 penerima surat penghargaan Polis sempena Sambutan Hari Polis Ke 206 Peringkat Daerah Besut yang berlangsung di Padang Kawat,Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, Kampung Raja, semalam.
Penerima terbabit ialah Mohammad Ishak dari UKOM, Nodin Mohadi (Bernama),Kamaruddin Hamzah (Utusan) dan Mohd Taha Yaakub, Sinar Harian.
Ketua Polis Daerah Besut, Superentindan Kamaruddin Mohd Zakaria menyampaikan surat penghargaan kepada penerima terbabit. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh, ADUN Kota Putera,Muhamad Pehimi Yusof dan Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh.
Kamaruddin berkata, pemberian surat penghargaan kepada penerima terbabit adalah sebagai penghargaan kerana sumbangan mereka kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya, sempena sambutan tahun ini pihaknya turut mengadakan pelbagai program termasuk ziarah pusara wira Negara,Asisten Superintendan Zulkifli Mamat di Kampung Gong Bayor dan ziarah keluarga ACP Ibrahim Lebar. di Kampung Jabi, dekat Jertih.