Haris Safwan cuba merampas bola daripada S.Chanthuru-foto : Harish Fadzillah
Perlawanan Liga Super 2011 di antara T-team dan Kelantan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu telah menyaksikan T-team membolosi gol lawan melalui jaringan 2 gol bergaya Nor Farhan dan Zairo Anuar pada separuh masa pertama.
Perlawanan semalam (5 April) berkesudahan dengan keputusan T-team menang, 4-3.
Pada separuh masa kedua T-team sekali lagi mengegarkan stadium apabila sepakan dari Indra Putra meletakkan T-team pada kedudukan selesa 3-0.
Walau bagaimanapun gasakkan dari pihak lawan membuka ruang pintu gol T-team apabila Danial Fadly berjaya membuka jaringan untuk Kelantan dan di ikuti oleh S.Chanturu, selepas beberapa minit jaringan pertama pasukan red worior terus menjadikan kedudukan 3-2.
Keghairahan pemain Kelantan mencari gol penyamaan akhirnya menerima padah apabila pasukan T-Team sekali lagi menghukum barisan pertahanan Kelantan untuk menjarakkan kedudukan kepada 4-2.
Pada minit-minit terakhir pengadil menghadiahkan penalti kepada pasukan Kelantan apabila S.Chanturu dijatuhkan didalam kotak penalti, sepakan yang di ambil oleh Shakir Shaari membuahkan hasil dan menjadikan kedudukan T-team 4, Kelantan 3.
Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad juga turut hadir memberi sokongan kepada pasukan negeri T-team.