Halaman

02 March 2014

'Let's Talk and Let's To Global' (UMT) berjaya.

Idris menyampaikan hadiah kepada  Mohd Shafiq.
Oleh: Aminudin Ismail.

'LET's TALK and....LET's TO GLOBAL' itu ungkapan Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Idris Jusoh dan pelajar yang kedengaran pada Majlis Penutup Program Perdana 'Let's Talk and Let's to global' anjuran UMT yang diadakan di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), semalam.

Idris yang merasmikan program itu bersungguh-sungguh mahu pelajar di negeri dan negara ini mahir dalam bahasa Inggeris supaya mereka lebih berjaya dan maju.
Fatin (kiri), pelajar terbaik wanita.
Dalam ucapan perasmiannya, Idris mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada UMT kerana berjaya menganjurkan satu program yang mampu mempertingkatkan pengunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar yang menyertainya.

Katanya, selain pelajar, guru-guru yang terbabit dengan program itu juga secara tidak langsung akan menjadi terlatih. Idris berkata, pelajar yang terbabit dengan program itu hendaklah meneruskan pengunaan Bahasa Ingeris apabila pulang ke sekolah masing-masing nanti dan bukan hanya setakat menyertai program.

Dalam pada itu, pihak UMT juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan kerana memberi ruang dan kepercayaan untuk melaksanakan program itu.

Program yang diilhamkan oleh Prof, Madya Dr. Noraien Mansor itu adalah idea daripada Idris yang mahukan supaya program tranformasi ilmu antara Universiti dan sekolah dapat direalisasikan.

Beberapa acara diadakan sempena majlis penutup itu antaranya ialah penyampaian hadiah Pertandingan Drama Bahasa Inggeris dan persembahan semula drama serta pengumuman pelajar dan sekolah terbaik. 

Pemenang pertandingan drama dimenangi SMK Tengku Mizan manakala pelajar paling aktif ialah Mohd Shafiq Azmi dan Fatin Hanissa Muhammad Johary yang masing-masing menerima RM100.

Pada majlis itu juga diadakan acara pelancaran buku "Let's Talk an Let's To Global' yang ditulis oleh Prof. Madya Noraein.

Turut hadir ialah Naib Cancelor UMT, Prof. Dato' Dr. Ibrahim Komo dan SUK negeri, Mazlan Ngah, beberapa pegawai di JPN serta pensyarah dan guru-guru.
Sebahagian 260 murid yang hadir.

Antara tetamu jemputan yang hadir.

Idris menyampaikan hadiah kepada pemenang drama.

Antara pelajar perempuan yang hadir.

Tatamu asyik mendengar ucapan Idris.

Pemenang drama terbaik membuat persembahan semula.

 

No comments: