Halaman

03 December 2011

Masyarakat perlu tingkat peguasaan bahasa Inggeris

Oleh: Suriati Ali

Masyarakat terutama pelajar dan golongan belia di negeri ini di minta mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris sama ada dalam pertuturan atau penulisan.
Pendekatan itu amat penting kerana fenomena pekerjaan kini dalam mana-mana sektor amat mementingkan penggunaan bahasa Inggeris untuk pelbagai tujuan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Sumber Manusia, YB Ahmad Razif Abd Rahman, berkata masyarakat di negara ini dilihat sudah mula menanam minat terhadap pelbagai bahan bacaan.



“Sistem pembelajaran yang diterapkan kepada pelajar hari ini jauh bezanya jika dibanding mereka yang berada dibangku sekolah awal 50-an dulu.

“Apa yang disediakan kerajaan, terutama berkaitan teknologi maklumat dan e-Book semata-mata ingin melihat setiap pelajar memperoleh keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan dan seterusnya membantu keluarga masing-masing hidup lebih selesa pada masa akan datang,” katanya.

Katanya, e-Book satu kesinambungan, ibu bapa dan guru harus bersama-sama berganding bahu merialisasikan harsat kerajaan untuk mengangkat generasi pelajar berada dipuncak kejayaan.

“Segala peralatan dan kelengkapan ICT di sediakan kerajaan manakala ibu bapa dan guru merupakan pendorong utama ke arah pelaksanaan program berkenaan,” katanya ketika berucap di satu majlis baru-baru ini.