Oleh FAUZI MOHD
Gambar oleh Zulkipli Putra
Barisan Nasional (BN) Terengganu akan mewujudkan manifesto tambahan selain yang diputuskan di peringkat Pusat, kata Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said.
Beliau berkata, pihaknya akan melakukan penambahbaikan melalui perincian mengikut kesesuaian dan kehendak kerajaan dan rakyat di Terengganu.
“Secara prinsipnya, manifesto peringkat nasional akan dipersetujui semua BN negeri tetapi tentulah satu negeri berbeza dengan keperluan di negeri lain. Jadi kita akan menghalusi apa yang boleh dilakukan di peringkat negeri.
‘‘Kita mahu memperincikan perkara itu supaya kita boleh melaksanakannya sesuai dengan kehendak di peringkat negeri dan tambah perkara-perkara yang ada kaitan dengan Terengganu," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran projek perumahan Taman Koperasi Perdana yang dibangunkan Koperasi Pembangunan Daerah Kemaman Berhad di Kampung Pasir Minal, Binjai, Kemaman pagi tadi.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi, Dato' Mohamed Awang Tera, ADUN Air Putih, YB. Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dan Pengerusi koperasi terbabit, Ab. Ghani Azahari.
Dalam pada itu, Dato' Seri Ahmad memberitahu, antara manifesto tambahan BN Terengganu adalah untuk membina 10,000 unit lagi rumah mampu milik di seluruh negeri dalam tempoh lima tahun antara 2013 hingga 2018.
"Jumlah itu termasuklah seperti yang telah dijanjikan sebelum ini iaitu masing-mading 1,000 unit di DUN Wakaf Mempelam dan DUN Batu Buruk serta 500 unit lagi di DUN Ladang," katanya.
Manifesto itu kata beliau, berdasarkan kemampuan kerajaan negeri untuk menunaikan janji membina 10,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun pada 2008 hingga pertengahan tahun depan.
"Sehingga kini, kira-kira 8,000 unit rumah telah siap dibina dan bakinya akan diteruskan hingga tahun depan. Siap 10,000 unit yang kita janjikan, 10,000 unit lagi akan kita bina," ujarnya.