Oleh: Aida Abd Rahman
Kerajaan Terengganu melebarkan perkhidmatan dan produk yang menggunakan jenama `Terengganu’ apabila T-Hardware, satu rangkaian peruncitan bahan dan alatan pembinaan akan dirasmikan di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Terengganu, esok (Isnin), jam 11 pagi.Pelancaran T-Hardware sempena Majlis Perasmian Program Seminar Transformasi Pembinaan dan pembekalan Summit 2012 yang turut berlangsung esok sehingga Rabu ini, bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.
Menurut satu kenyataan, majlis menandatangani perjanjian Persefahaman (MoU) empat penjuru anatara Yayasan pembangunan Usahawan Terengganu (YPU), Q-Bena Resources Sdn Bhd, Modular Mentari Sdn Bhd dan ZNZ Multitrade juga akan diadakan di majlis pelancaran itu nanti.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dato’ Za’abar Mohd Adib akan merasmikan program itu.