Halaman

04 December 2011

UMT dapat pengiktirafan Malaysian Book of Record

Oleh; Esah Abdullah



Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melakar sejarah apabila mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Record bagi skop penyediaan kemudahan perkhidmatan, kemudahan pelajar dan pengurusan alumni.

UMT juga turut cemerlang dalam sistem pengurusan kualiti dan menerima Sijil ISO 9001-2008 yang diadakan sempena perhimpunan bulanan di Dewan Sultan Mizan, UMT Mengabang Telipot.


Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Aziz Deraman berkata, UMT berada di landasan yang baik dan bergerak ke arah menepati sasaran 10,000 pelajar menjelang 2015.

“Sehingga ini jumlah pelajar di UMT lebih 7,000 pelajar yang mengikuti pelbagai program yang ditawarkan termasuk di Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin yang baru diwujudkan,” katanya di majlis Perhimpunan Bulanan UMT hari ini.

Selain itu Prof. Dato’ Dr Aziz mengakui hakikat, tanpa pengurusan yang cekap serta pelajar yang komited dan cemerlang, UMT tidak mampu berdiri megah seperti hari ini.

“Al hamdulillah peruntukan berjumlah RM138.6 juta yang diterima UMT setiap tahun mendapat tambahan RM6 juta menjadikan RM144 juta untuk tahun 2012,” katanya disambut tepukan gemuruh daripada semua warga UMT yang memenuhi dewan.




8 comments:

Anonymous said...

nawok!!!! hbat atas paper boleh la....try raso jd student skali

Anonymous said...

beci ak umt.....yuran mahal....duk main lg 2 la....nk arap ko gapo xtahu....

Anonymous said...

nak sumbat kat mna lah plajar 15 ribu tu.. stakat yg skrang ni pun berlambak duk kat luar.

Anonymous said...

sedih syial...mcm mne umt leh dpt MBR tok kemudahan pelajar walhal kemudahan pljar sgt trhad n lebih untuk STAFFFFFFFFFFF...parking kete pon x cukup..asrama x cukup...wifi slow +kat hostel xde wifi...pintu gate hanya bukak 1 saja kalo terbakor umt da berebut2 sume nk kuar...pui la...

Anonymous said...

xleh blah la umt ni..kecurian dlm asrma pon berleluasa...padahal gate bukak 1 je...pe yg pakguard buat....nk tempah bus umt pon payah kadang2 xdpt pon padahal bus berterabur....pakguard lak suke saman menyaman sbb parking silap tempt...padahal parking da mmg x cukup...kalo staf x plak dia saman....sape2 yg da merasa ddk asrama umt tau la cerita di sebalik udangnya....zzzz

Anonymous said...

cmne umt leh dpt trbaik nie sdangkan msalah air sering berlaku...sgt musykil...

Anonymous said...

nak student 15000 org?...bodohnye..blaja tinggi2 sampai prof pon xde otak nak pk jauh..mane ko nak campak student ramai tu?...2 kolej kediaman je ko ade..boleh menampung max pon 3-4ribu student..pusat islam ko pon mendap kat tanah paya yg ditambak..kontraktor lari..wahai NC, jgn ckp indah je belaka..fahami masalah student, jgn asyik masuk paper dan pergi oversea je...pantau staf2 ko yg x gune, mkn gaji buta..x amanah..syial la..

Anonymous said...

skang timbul isu parking berpusat plak..mmg x laksana kan lagi..tp confirm2 la owg bengang sebab umt nak mudahkan staf dia parking keta.biar student dia susah xpe.asalkan staf idup senang.apa2 hal pun staf yg dapat..skang ni sapa yg bayar yuran??staff ke student??parking yg baru 2 plak dah la kecik,mana nak bleh tampung keta2 student yg confirm2 bilangan dia ag byk dr keta staff.ape kata staf yg parking kat ctu..kan senang