Halaman

07 December 2011

Belia diajak pertahan Kerajaan BN

Oleh: Kamarudin Mat Akib

Golongan belia di negeri ini diajak supaya mempertahankan Kerajaan Barisan Nasional BN) untuk terus memerintah Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana hanya BN yang mampu membela nasib mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, YB Rozi Mamat, berkata keprihatinan Kerajaan BN membela nasib golongan belia terbukti melalui peruntukan yang besar pada setiap tahun khusus untuk mereka.

“Melalui Bajet 2012 kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM30 juta untuk golongan belia dan Terengganu merupakan negeri paling banyak menyediakan peruntukan untuk belia berbanding negeri lain di Malaysia,” katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2012 di sidang Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Sementara itu, beliau mengecam sikap pemimpin Pas yang menyalahkan kerajaan semata-mata apabila berlaku gejala tidak sihat di kalangan belia.

“Pemimpin Pas hanya tahu berceramah tetapi tidak membantu kerajaan membasmi gejala tidak sihat di kalangan belia seperti lumba motosikal haram,” katanya.

Beliau sebaliknya meminta pemimpin Pas turut menyumbangkan idea bagi membanteras kegiatan tersebut bagi menyelamatkan golongan belia daripada terlibat dalam kegiatan tidak sihat dan membazir masa remaja mereka.


1 comment:

nordinismail said...

Kerajaan perlu lebih peka apa yg di perlukan olh para belia. Jangan merasakan budjet yg besar dpt memenuhi semua keperluan.Kerajaan seharusnya lbh peka terhadap peluang pekerjaan & kadar gaji yg di tawarkan di terengganu dan mestilah setanding dgn negeri2 yg di lain tadbir olh kerajaan BN.